Showing posts with label ilmu forex. Show all posts
Showing posts with label ilmu forex. Show all posts

[Support & Resistance]


SnR adalah satu konsep di mana pergerakan harga akan berkemungkinan besar untuk berhenti dan reverse pada harga tertentu. Yang mana ia akan menyentuh harga tersebut beberapa kali tanpa memecahkan tahap tersebut.


Tahap support adalah di mana permintaan dianggap cukup kuat untuk mengelakkan harga jatuh, manakala tahap resistance adalah harga di mana penjualan dianggap cukup kuat untuk mencegah harga naik lebih tinggi

Berdasarkan kepada maksub tersebut, bolehla kita huraikan SnR dalam bahasa mudah ianya adalah tempat di mana sesuatu harga itu akan bertahan daripada terus menurun atau menaik.


[Jadi apa kegunaan SnR dalam forex trading?]

SnR boleh digunakan sebagai tempat untuk entry atau take profit (TP). Untuk menentukan samaada sesuatu SnR itu kuat atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa kali sesuatu tahap harga itu bertahan. Semakin banyak kali harga tidak mampu untuk menembusi tahap tersebut maka semakin kuat la tahap tersebut.


[Macam mana nak gunapakai SnR dalam trading?]
Antara cara yang biasa penulis gunakan untuk menentukan kekuatan tahap SnR adalah dengan melukis satu garisan untuk melihat berapa kali tahap tersebut telah bertahan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman.


Gambarajah 1 : Carta kosong tanpa sebarang indicator.

Gambarajah 2 : Tukarkan carta kepada LINE CHART (ALT+3)

Gambarajah 3 : Lukiskan satu garisan lurus di tahap2 di mana harga telah bertahan banyak kali. Bulatan merah adalah tahap Resistance, manakala bulatan biru adalah tahap Support.

Gambarajah 4 : Seterusnya tukarkan kembali kepada Candlesticks chart (ALT+2). Maka kita akan dapati harga telah retrace/reverse di kawasan yang telah kita tandakan dengan warna merah (resistance). Sekiranya harga mampu untuk memecahkan tahap Support di kawasan bulatan biru, maka pergerakan market adalah kuat untuk turun ke bawah


Untuk yang nak download nota dalam bentuk pdf boleh klik link ni ye. Share lah sekiranya dirasakan bermanfaat untuk semua. Doakan yang baik2 untuk penulis. Terima kasih.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



Pegang 5 Kunci ini, Dunia Forex Milik Anda






πŸ‘‰Fokus
Kita selalu dengar nak berjaya perlu fokus. Tapi kita hanya dengar sahaja tanpa action daripada kita sendiri. Fokus pada trading, fokus pada satu teknik. Dalam bidang forex, ramai yang saya lihat mereka tidak fokus. Terlalu ghairah untuk kaya, nak cepat pandai tapi tidak fokus. Belajar terlalu banyak teknik tapi hakikatnya satu teknik pun dia tidak dikuasai. 


Kata Bruce lee “ saya tidak takut pada orang yang belajar 10 000 teknik tendangan, tapi saya takut pada yang selajar 1 tendangan dengan 10 000 kali latihan”



Percayalah, sekali anda belajar teknik baru, sekali lagi anda jadi newbie untuk teknik itu. 


πŸ‘‰Emosi 

Emosi antara perkara paling penting dalam trading. Ramai trader boleh tahan floating 20 usd tapi bila profit 2 usd terus take profit. Banyak perkara yang merosakkan emosi seorang trader antaranya apabila analisa yang dilakukan oleh trader tersebut tidak sama dengan analisa trader-trader lain. 


Faktor lain lemahnya emosi seorang trader ialah kerana kurangnya penguasaan terhadap sesuatu teknik, dengan kata lain, tidak tahu apa SOP teknik yang dipelajari. 



πŸ‘‰Pip 

Antara psikologi trader berjaya ialah keuntungan mereka tidak lagi dikira dengan banyaknya USD, tapi diukur pada bilangan pip yang berjaya dikutip.


πŸ‘‰Rajin Membaca


Ciri orang berjaya yang utama ialah rajin membaca. Nak berjaya dalam trading, ada jalannya. Anda lalui jalan itu dan anda akan terjumpa satu bilik, untuk masuk kebilik itu anda perlukan satu kunci, kuncinya ialah ilmu. Membaca ialah jalan utama untuk mendapatkan ilmu. Anda membaca artikel ini, insyaALLAH, sifat orang berjaya ada pada anda.


πŸ‘‰Sabar


Gagal itu proses, rugi itu proses, mc juga satu proses. Proses untuk berjaya. Proses ini bukan sehari atau sebulan, boleh jadi bertahun. Belajar daripada kegagalan dan kerugian, tulis sebab kerugian dan jangan ulangi lagi kesilapan itu .Pejam mata, sabar, Jalan terus.



Sabar yang penting dalam trading ialah apabila anda nak masuk position. Jangan terburu-buru masuk position hanya kerana anda melihat pergerakan pasaran sedang bergerak laju. 

Apa itu The Fed & FOMC..?



Related image



Bagi trader forex pasti sudah terbiasa dengan dua entiti ini, iaitu The Fed & FOMC.


πŸ‘‰The Fed - Ringkasan daripada The Federal Reserve System, iaitu Bank Pusat Amerika. 
Kalau di Malaysia kita ada Bank Negara, di Jepun Bank of Japan ( BOJ ) , di United Kingdom mereka ada Europen Union. 

Bank Negara, The Fed, BOJ…walaupun namanya berbeza pada setiap negara tapi tugasnya tetap sama iaitu, antaranya untuk menguruskan matawang, bekalan wang (dasar kewangan) dan kadar faedah yang sekaligus akan memberi kesan kepada kekuatan ekonomi dan keutuhan matawang sesebuah negara. 

Related image

πŸ‘‰FOMC - Ringkasan daripada The Federal Open Market Committee. FOMC akan bermesyuarat sebanyak 8 kali setahun bagi meninjau perubahan ekonomi dan kewangan selain membuat keputusan adakah bank pusat akan mengubah jumlah wang dipasaran. Keputusan akhir FOMC biasanya ditentukan dengan cara pungutan suara (voting) diantara para anggotanya.

Ramai menjangkakan tiada kesan yang kuat pada FOMC Meeting Minutes jam 2 pagi nanti kerana tiada dasar baru yang akan ditetapkan pada perjumpaan kali ini.


[Trick FOREX] - Close All Manual dengan Henpon

Salam semua rakan2 trader.
.
.
Hari ni abam nak share trick untuk close all entry secara manual tanpa skrip dengan HP. Pernah tak rakan2 hadapi keadaan di mana entry scalping atau lot gajah duduk dah biru.
.
.
Entry dah biru, takkan nak biarkan. Iyer dak??
.
.

Nak close satu persatu banyak lak layer yang ada. Kalau close manual mesti ada potensi untuk entry yang dah biru tu jadi merah semula. Kannnnn. Jadi acaner? Ada cara cepat ke dengan HP ni?
.
.
Ada cara@trick sebenarnya kalau nak close all secara manual dengan HP ni. Meh abam share neh.
.
.
Kan dah boleh close all dalam profit kannn..
.
.
Klik link ni. P sedut kat sana. Andai rasa bermanfaat kongsi la kat rakan2 lain ye. Semoga kita semua mendapat faedah dari trick ni.
.
.
Yang belum ada akaun dengan broker PIPHIJAULTD boleh la ushar2 link ni ye. Pilih je yang mana2 rasa berkenan di hati. Kami sedia membantu untuk daftar akaun.
.
.
--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

#piphijaultd #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat
.
.
Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan Abam Man ye.



Ilmu Personel Coaching Piphijau - Preview

Salam satu Malaysia buat semua.

Tak sampai berapa jam lagi , kita akan masuk tahun 2017.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan Allah taala makbulkan doa kita untuk dilepaskan dari lilitan hutang yang membelenggu keliling pinggang kita rakyat Malaysia.

Ditambah lagi dengan kos sara hidup, harga barang yang dahulunya "Menteri Auta" kata GST menurunkan harga barang.
Sekarang,hapah pun rakyat tak dapat,melainkan "dedak" BR1M sebagai gula-gula untuk melupakan kesengsaraan yang berlaku.
Ini rumus dan sifir zaman "freemason" auta "dajjal" bagi Rm2 pada rakyat,kaut diam-diam Rm10 tanpa disedari.

Jangan jadi bodoh si "Jamban Tongkol" bertuala di depan orang,tak tau malu.
Esok berjubah kupiah depan kedai judi "kuda".Tak senonoh,memalukan melayu.

Ok..ok..melalut pulak,

Berbalik kepada tajuk di atas,

Maka akan ada soalan-soalan "tipikal" Bani Melayu dan bani satu Malaysia:


1.Berapa Harga?
2.Ada buat PC lagi?
3.Free ke Bayar?
4.Saya Nak boleh?
5.Bila boleh dapat lengkap kesemuanya,complete set?

6.Saya dah pernah PC,nak semua set lengkap boleh?

Jawapan:

1.Tiada Harga

2.Dah malas nak buat.
3.Ikut suka hati cikgu along.Selagi Najib PM,duit RM tak berapa laku.

4.Boleh,dengan syarat follow blog ini.
5.Cikgu along akan share buat hilang jemu duduk rumah,mana tau satu minggu satu muka,ikut rajin,ada dekat 500 muka lebih,in sya Allah setiap bab saya akan rajinkan diri merakam video dan guide satu-satu sampai semua faham.
6.Boleh dapat semua,tapi saya akan guide satu-satu di blog ini sama macam orang lain,sebab yang dah PC,biasalah Melayu mudah "lupa".Jika dapat cuba periksa balik dimana modul ini dismpan,bawah katil , hilang ataupun buat-buat bakar.


Jadi ,selepas ini saya akan guide ilmu ini di blog ini,satu persatu,in sya Allah,panjang umur kita ikhtiarkan khatam dalam tahun 2017 sampai semua trader dapat manfaat.Cikgu cuma share ilmu dan pengalaman.

Untung atau MC ,bab-bab rezeki aturan Yang Maha Kuasa ini saya tak mampu nak jawab.
Awak pergi hadap cermin,tepuk dada,tanya iman.


Di bawah ini adalah gambar-gambar Preview Modul (19 Bab) Ratusan muka surat untuk tatapan anda semua secara permulaan.

Dah belek semua satu-satu,jangan lupa komen di bawah:

Nak tulis apa cikgu along?

Ikut suka awaklah.Dah tua bangka belaka.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :