Showing posts with label indicator. Show all posts
Showing posts with label indicator. Show all posts

[BASIC MT4 : INDICATOR ATR] : PART 2

Part 2: ATR (Average True Range)
.
.
Salam sejahtera semua. Dah baca PART 1 di sini?
.
.
Semoga faham la ye. Ke kurang faham lagi? Hehehe. Ok2. Abam sambung sikit lagi pasal ATR ni ye.
.
.
Ada sorang rakan PM abam tanya pasal ATR ni. Soalannya, adakah ATR ni boleh digunakan sebagai ENTRY POINT? Jawapannya TIDAK! Kenapa? Sebab ATR ni secara ringkasnya hanya menunjukkan AVERAGE RANGE untuk sesuatu PAIR pada TIMEFRAME tersebut. Maksubnya dengan ATR kita boleh agak berapa lagi baki pergerakan pips yang akan berlaku sebelum MARKET berubah arah.
.
.
Contoh, untuk pair EURUSD timeframe D1 (daily) adalah 623 point atau 62 pips. Rujuk gambar di bawah.
.
.
source : ATR EU D1.png (27 Disember 2017)
.
.
Berdasarkan kepada chart EU tersebut, maka kita boleh andaikan PRICE akan bergerak sebanyak 33 pips lagi sebelum membuat RETRACEMENT. Maka kita boleh letakkan nilai yang selamat untuk TP dan juga SL yang bersesuaian dengan harga semasa.
.
.
Untuk SL kita tambah/jauhkan sedikit jarak dari nilai ATR tersebut untuk menggelakkan terkena SL. Manakala untuk TP kita akan letakkan nilai yang sedikit kurang daripada nilai ATR tersebut untuk memastikan PRICE sentuh TP yang kita letakkan.
.
.
FAHAM KE FAHAM?

---
HILMAN NAWI
.
HYBRID FX
.
.
.


[BASIC MT4 : INDICATOR ATR] : PART 1

[BASIC MT4: INDICATOR ATR]
.
.
Apa kejadahnya ATR ni? Apa fungsi dan macam mana ia berfungsi? Custom indicator ke?
.
.
ATR @ Average True Range adalah default indicator yang terdapat di dalam MT4 (desktop dan HP). ATR dikira berdasarkan kepada formula di bawah:-
.
.
source: https://en.wikipedia.org/wiki/Average_true_range
.
.
Mak aii. Siap ada formula tu. Macam susah je nak mengira ATR ni. Hehehe. Sabar-sabar. Ni abam nak share cara nak gunakan indicator ATR ni.
.
.
Ok. Mula2 untuk masukkan dalam MT4 ikut je step dalam gambar kat bawah ni ye.
.
.
source: mt4 PIPHIJAULTD
.
.
Dah tu, macam mana plak nak guna tu? Letak saja sebagai perhiasaan takde guna. Hehe...
.
.
Cuba abam2 akak2 cuba baca dekat website bawah ni. Kot2 boleh faham sikit macam mana ATR ni bekerja.
.
.
.
.
Dah baca pun tak faham lagi? Parah ni. Hehehe. Meh jumpa saya, kita ngeteh. Belanja nescafe tarik cukup la J
.
.
.
.
p/s - nanti abam sambung PART 2 untuk cara penggunaan indikator ATR ni ye. Doakan abam sihat dan ada idea untuk sambung skit lagi ye :)

MT4 : Cara Mudah Combine Indicator dalam 1 Windows

Rujuk kotak merah (3 indicator diletakkan dlm 1 windows)
Macam mana nak combine semua indicator kita dalam 1 windows seperti contoh kat atas ye? Dolu2 saya nak sangat buat camni tapi tak reti. Merata bertanya dengan kawan2 tapi tak semua tahu..so last2 bertanya kat Pakcik Google. Pakcik ada bagitahu tapi dalam bahasa omputih la plak. Mujur ada setiausaha tolong translate kan. Kih3x. Jadinya, hari ni rasa macam nak kongsi camna nak buat tapi dengan bahasa kampung. Moga2 senang skit sahabat2 nak faham nanti.

1- Kita mulakan dengan buka MT4. Chart bogel dulu la ye.

Chart bogel
2- Seterusnya klik butang Navigator ataupun boleh gak guna "Ctrl + N". Janji windows Navigator tu keluar. Kih3x

Klik kotak merah tu (Navigator @ "Ctrl + N")
3- Gambar kat bawah tunjuk kedudukan windows Navigator tu.

Windows Navigator (dalam kotak merah)
4- Jadi kita mulakan dengan tarik indicator pilihan pertama kita ke arah chart kita tadi. Contoh yang kita gunakan ni RSI (Relative Strength Index). Akan keluar windows setting untuk kita ubah mengikut teknik masing2. Yang ni kita gunakan default setting je lah ye.

Tarik je indicator pilihan ke arah chart
5- Klik je "OK" dan hasilnya indicator pertama muncul kat bawah tu haa..

Indicator pertama RSI
6- Kita dah sampai kat kemuncak artikel ni. Langkah seterusnya adalah tujuan utama artikel ni ditulis iaitu nak tambah pelbagai indicator dalam 1 windows.

Acaner tu? Haa.. Ikut je step seterusnya. Macam step nak tambah indicator pertama tadi, cuma kali ini kita tarik indicator pilihan kedua ke arah kotak @ windows indicator pertama tadi (rujuk gambar kat bawah ni). Seperti tadi juga, kita ubah setting yang perlu untuk indicator kedua ni.

Tarik indicator kedua kita mengikut arah anak panah (kotak windows indicator pertama tadi)
7- Klik je "OK" dan hasilnya seperti tadi juga indicator kedua akan muncul kat bawah tu bersama dengan indicator pertama tadi.

Kedua-dua indicator akan berada di dalam kotak yang sama
8- Mesti ada yang bertanya, "Boleh tak kalau nak letakkan lebih dari 2 indicator kat dalam 1 windows?"

Haa..ni jawapan dia. Mestilah boleh. Takde masalah nak letak banyak mana pun indicator kat dalam tu. Nak letak semua pun boleh. Tapi jadi semak la nantikan. Jadi, kalau boleh letak la indicator yang dirasakan perlu sahaja.

Kat bawah ni contoh 3 indicator kat dalam 1 kotak@windows. Selagi rasa ok dan bermanfaat letak la banyak mana pun indicator yang diperlukan.

Dalam contoh ni kita letakkan 3 indicator sekaligus iaitu RSI, RVI dan STOCHASTIC OSCILLATOR)
Sekian, perkongsian saya kali ini. Kalau ada cadangan@persoalan mengenai basic MT4 untuk perkongsian lain di artikel seterusnya boleh la bagitahu saya ye. Saya cuba kongsikan setakat yang tahu.

#sharingiscaring
#nakedchart
#piphijaultdterengganu
#teknikGST
#wearemakinghistory

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.



--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :