Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

13 Puasa #Perkongsian

Kisah Amirul Mukminin Umar bin Khattab Dan Seorang Pemuda Lusuh




Suatu hari, Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik mendiskusikan sesuatu.

Tiba-tiba datanglah tiga orang pemuda. Dua pemuda memegangi seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.


Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata kakak beradik itu berkata: “Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

Ramadhan Itu Rahmat

Kehadiran bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan hati yang gembira dan bersyukur oleh setiap umat Islam. Bulan yang mana umat Muhammad S.A.W yang bertakwa diuji dengan godaan nafsu bukan sahaja nafsu makan dan minum bahkan nafsu syahwat. Bulan yang rahmat dan terkandung di dalamnya dan 1001 kebaikan untuk umat Muhammad S.A.W.

Tetapi ada juga yang menganggap bulan Ramadhan itu suatu bulan yang menyusahkan dan menggangu perjalanan hidup mereka kerana terpaksa menahan lapar dahaga dan nafsu syahwat di siang hari.Mereka ini adalah orang orang yang tidak mendapat keuntungan dan rahmat daripada bulan yang suci dan mulia ini.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa diantaranya yang utama adalah menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Di samping itu ia dapat mendidik jiwadan memberikan nilai kesihatan kepada sistem pencernaan khasnya yang telah beroperasi sepanjang tahun untuk dapat berehat di bulan mulia ini.

Puasa juga mengajar erti bersyukur dimana budaya bersedekah lebih tertonjol di bulan ini. Orang yang lebih berkemampuan akan dapat menolong orang yang lebih lemah dan miskin samada dalam bentuk makanan ataupun wang ringgit. Ganjaran bersedekah di bulan Ramadhan ini pahalanya adalah berlipat kali ganda dibandingkan bulan bulan yang lain.

Orang yang berpuasa bererti diperintahkan kepadanya untuk bertakwa kepada ALLAH S.W.T, yakni dengan mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-NYA serta ikhlas lillahi taala.

Inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” - Surah alBaqarah: 183 Berdasarkan ayat itu, hikmah diwajibkan puasa ialah supaya wujud sifat takwa dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T

Usia Blog Piphijau ialah 10 Tahun !!!

[Pejam Celik Sekejap Je Rasa]

10 Tahun Berjuang (2008-2018) Dalam bidang penulisan blog berbagi Ilmu percuma.
Macam2 Dugaan,macam2 karenah Manusia.
Piphijau tetap konsisten "pekak" dengan "hati hitam" dan "sindiran" manusia.
Kini piphijau.com berwajah baru.Lebih Segar,lebih Mengganas.

PH = Pip Hijau
***Xde kena mengena dengan parti politik.Mat Sabu,Tun M,Najib,Kit Siang,Jho Lo,lebai ke ,tak lebai ke..kalau buat hal pun kena hentam bila Melibatkan kewangan Negara dalam blog analisis micro ekonomi ini.

P/s:
Along mencari calon penulis blog piphijau,fokus Ilmu bidang FX.Passion dalam bidang risiko ini.Menulis teknik,perkongsian,motivasi,tips,analisa dan Ekonomi.

Yang berminat tinggalkan email [Gmail] anda Di ruangan Komen.Along akan tapis.
Kepada Yang terpilih nanti,akan terus diserap sebagai penulis di blog piphijau.
"Email confirmation" akan dihantar untuk sahkan identiti.Dan bakal penulis boleh terus buka blogger.com , ruangan posting Piphijau tersedia automatik untuk penulis berkongsi.

Posting yang Publish dalam blog team admin akan bayar (USD2.00/post) .
Selepas 10 posting ke atas ,penulis perlu email ke ( HR@piphijaultd.com) "claim" pada pihak admin.(Beserta Bukti "Screen Shot" artikel)

Contoh:
Ahmad,menulis 17 artikel di blog piphijau sepanjang Jun 2018.Bayaran dari pihak admin ialah
17x2 = USD34.00 (RM136++)

Ini salah satu cara kami berkongsi rezeki sesama trader bersempena 10 Tahun penglibatan #Piphijau secara rasminya dikenali #netizen .

#10thAnniversary
#Piphijau
#PiphijauLTD

Kaedah Bodoh Panduan Ringankan Mobile Phone untuk MT4 dan Whats App

Salam 1 Malaysia,


Hari ini penulis ingin share benda paling mudah lajukan Mobile Phone.Sebab trader akan gunakan MT4 mobile untuk monitor.Disamping internet mesti laju kuasa "kuda",Hp juga perlu diservis,nanti nak close position yang kalian layer sampai penuh HP dan entry menjadi loss,walaupun guna multi terminal atau "close by"(Close position serentak kurang 2 saat walaupun ada 14juta layer)


Pernahkah anda mengalami masalah Paling men"celaka"kan emosi anda seperti gambar di bawah.


Letih dah tengok Youtube,search internet,masih tetap berat walau dah ikut step "auta" mat saleh,

Rupa2nya bersawang Whats App dengan file2,voice2 dan video2 sejak zaman Jurrasic yang kita tak delete.

Cikgu along jumpa kaedah mudah.

1.UNINSTALL games budak2 tak mumayyiz.Kita dah tua bangka,pergi mengajilah dari main COC dan pokimongo.

Pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi. Memandangkan mungkin anda ada membuang sejumlah aplikasi yang tidak digunakan, maka data-data cache untuknya turut akan disimpan – yang mana anda boleh membuangnya dan mendapatkan ruangan storan tambahan.

2.Lepas settle step di bawah ini,barulah HP kita selaju petir.Patutlah selama ini HP kita berat.Ada saka rupanya.

Pergi Storan "File".Ikut step gambar di bawah.


File Manager

Biasanya MT4 atau Whats App kita berat di SD card.
Cari File "WhatsApp"

Media

Inilah rupanya "saka" yang beratkan HP kita.Delete dan hapuskan semua.


Fuhh..lega..lepas setlle sesi buang saka di atas.Baru ingat nak beli ipong 7'cancel.
Hp terus laju 2 saat dr Ipong7 dari kelajuan membaling anjing.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk rakyat Malaysia yang tertekan,dah lah minyak naik ,HP asik Hang dan hati tisu "left" grup sebab HP berat,x daya nak layan bertalu2 whats App dan taligrem.


Aku berjudi 3 hari 3 Malam di The Venetian Hotel And Casino Macau

Salam 1 Bani Malaysia,

Tajuk di atas memang betul,

Aku bukan nak bangga atau bukan nak sembunyi,
ini kisah realiti yang perlu pandangan mata hati,
perlu kisah benar yang pahit seperti hempedu,
namun hikmahnya bernilai madu.

Aku bersama rakan ke Macau , The Venetian Hotel And Casino Macau , pada September 2014.
Tujuan utama ialah,

Bermain Judi.

Nak naik Kasino Genting,muka makan "Belacan" dan umat Islam tak dibenarkan langsung seinci pun melangkah, melainkan engkorang ada kabel menteri atau kerabat di raja.

Jadi keputusan ke sana melibatkan beberapa perkara yang melibatkan urusan kerja "MLM" rakan aku yang ada "Grand Gala Dinner" ,dimana aku menumpang ikut,saja nak amik angin tempat orang.



Jadi sambil diorang ada expo 3 hari ,aku pulak dah takde kije, nak hilangkan jemu, masuk lah kasino.
Tunjuk passport,boleh masuk.Dengan kawalan sekuriti yang amat ketat.
Kalau ada jambang,kirim salam pak Abu..awak kena duduk luar.

Mungkin muka aku ada macam cina kolot campur omputih..kikikiki.

Jangan risau,walaupun aku berjudi , time solat , aku naik bilik hotel,aku bawa kain pelekat sejadah.
Aku tunaikan hak tanggungjawab aku pada yang Maha Bijaksana.



Time kebulor,aku makan "halal food" kedai tauke "Pakistan" jual nasi arab baryani.

Dalam tempoh 3 hari tersebut ,aku  tak tidur mana,duduk meniarap atau semua meja-meja judi berguru setiap "Kategori" judi.
Aku akan pastikan aku dapat "PHD" pada setiap jenis judi.

Jenis-jenis judi yang aku ada title Dr "pelsu"


  • Table game. [Baling dadu antara feveret aku,dikira Besar (4,5,6) atau Kecik (1,2,3)]
  • Baccarat. 
  • Mini-Baccarat. 
  • Blackjack. 
  • Craps. 
  • Pai gow. 
  • Pai gow poker. 
  • Roulette.
  • Bankset.
  • Big Six wheel.
  • Bingo.
  • Longkang. [Feveret No.2 aku,dimana letak chip atas table,kalau x jatuh ke bawah,ko menang double chip ikut jumlah taruhan]
  • Dice games.
  • Faro.
  • Keno.


Woiii..ko belajar dari mana tu..

Aku jawab;

Ko penah main "Zynga Poker" dan adik beradik judi Zynga..lebih kurang sama je..cuma dikasino kena tukar "CHIP" atau"Token".

Aku tukar HKD 1500 (Di Macau,mereka menerima duit Hong Kong)
HKD 1500 = USD200 atau Rm800 duit bani Melayu.

Aku tak kira  banyak CHIP..adelah dalam dua genggam chip.
Jaket Aku kiri kanan penuh chip ,token judi.


Ini gambar aku di hari pertama nak masuk kasino,dah macam anak tauke cina balak.



The Venetian Macao, Cotai strip24 hours3400 slot machines and 800 gaming tables (550,000 square feet of casino space)





Ini gambo hari kedua,kawan aku amik gambar sembunyi-sembunyi.
jika amik kat dalam,pecah kamera dipijak sekuriti.
Di bawah belakang tu lah aku "full margin"..hehehe



Ini gambar hari ketiga selepas bejudi,wajah penuh "nur cahaya" hehehehe.
Masa tu pula dari HKD1500 dah jadi 3 kali ganda.
I phone 6 pula baru lancar..ferghhhh..
aku x beli...x main ipong..orang hulu je guna ipong..kikikiki..jangan marah.

Eh...kau makan ke duit untung judi..harooommm..

Aku jawab:

Aku x buat makan.Aku pun tak tau,tak sampai sehari hangus semua duit tersebut.
Engkorang jangan ikut perangai aku.
Aku bayo segala gst macau,tiket tren,tiket disneyland hong kong,segala tok nenek benda yang bukan makan.Kat sana,langkah aje,kena duit.


    

Kisah aku di atas hanya sebagai pengajaran.
Engkorang pulak jangan lah buat "itenary travel", tak fasal2 masuk "the vocket" ,aku yang boleh pekdah,dapat dose kering.

Kenapa Aku berjudi ?

1. Aku dapat bezakan atara trading dan judi.macam langit dengan bumi.
2. Mufti,Ustaz dan lebai2 takkan masuk sini mengkaji ilmu "muamalat",buat tesis ilmu "fiqh" , patuh syariah dalam kasino,jadi fitnah besar nanti.Jadi,cikgu along jadi wakil buat maslahat masyarakat.
3.Ini kaedah imu hikmah dan fardu kifayah.Ilmu yang perlu di baca dari mata hati.
4. Aku x ketagih langsung,dan balik Malaysia nombor ekor pun aku x beli,apatah lagi nak naik genting kasino.
5.Satu yang aku dapat disana,celakalah mereka yang ketagih dan meneruskan perjudian.huru hara anak bini.99% yang berjudi kasino.hangus kesemua modal.
6. Eh ..Ko untung long,rezeki sudah tertuliskan..dengar sini "BODO"..itu semua nasib sahaja.
7.Dan benar kalam Allah dan rasul yang mengharamkan judi.Hujah aku kukuh dihadapan Allah di mahsyar nanti.
8.Aku harap ,akulah melayu Islam terahir yang berjudi disana dan seluruh dunia.Jika ada lagi melayu Islam yang berjudi,walaupun dia adalah RAJA teragung dimuka bumi.Maka dia tetap berkawan dengan IBLIS laknatullah.
9. Jika ada Pemimpin yang meluluskan "LESEN" kasino,judi,lumba kuda,ketahuilah mereka di pihak yang "Batil" walaupun yang "back up" mereka mempunyai serban putih sebesar tayar "traktor" maka,jauhilah mereka selagi mana mereka me"luluskan" perkara yang mengsengsarakan rakyat tidak kira kaum dan agama.

Bukankah Forex dan Judi itu sama?

Aku jawab:

Air Jus Anggur "Yusuf Taiyoob" dan Air kilang Hijau di Shah Alam "Calsberg".Mana lagi ramai minum.Kilang mana yang paling besar.

Eh itu dah lama...

Orang Shah Alam ,malu sampai ke hari ini,tapi buat2 tak nampak kan ?

Pedas....

#SilaMeninggal.





Gambar HD Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Salam semua,

Tak lama lagi nak raya.
Minggu depan kita menyambut Aidilfitri 2016 
(1437 Hijrah).

Pembaca semua yang dah besar panjang semestinya sudah menukar duit raya untuk diberi pada anak buah buat Aidilfitri 2016.

Hari Ini penulis ingin berkongsi artikel berkaitan Gabenor Bank negara , siapa yang tandatangan dan pernahkan kita melihat tandatangan berharga ini di "note" wang kertas yang kita simpan dalam kocek.

Semoga kita celik sejarah.Tugas mereka yang paling berat akan ditanggung di mahsyar nanti ialah ,siapakah di antara mereka yang akan menghapuskan sistem dan amalan "riba" yang diasas oleh Puak-puak Freemason dan Rothchild.

Lu fikirlah sendiri...
GABENOR

Gabenor ialah gelaran bagi seorang eksekutif yang memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah atau tanah jajahan, pangkatnya di bawah ketua negara. Dalam persekutuan, gabenor merupakan salah satu gelaran yang sering digunakan untuk ahli politik yang mentadbir negeri. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya “Governor” berasal dari perkataan “govern” yang membawa maksud memerintah.
Gabenor juga boleh merujuk kepada ketua sesebuah institusi, seperti syarikat atau bank.
GABENOR BANK NEGARA

Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara). Sejak penubuhannya pada tahun 1959, Bank Negara Malaysia sudah mempunyai sepuluh orang Gabenor.Lapan Secara rasmi,dan dua lagi Gabenor sementara.
Gambar 1.A

Broucher Cetakan Bank Negara



Gambar 1.B

Sejarah Sebenar Gabenor Malaysia.(Mengikut Tarikh)

image

Gambar 1.1 : Gabenor Bank Negara Malaysia
SENARAI GABENOR PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tan Sri W.H. Wilcock
Januari 1959 – Julai 1962
image
Gambar : 1.2 : Tan Sri W.H Wilcock
Gambar : 1.3 :Tandatangan  Tan Sri W.H Wilcock
– Pada tahun 1959, beliau dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman sebagai gabenor pertama dan pengerusi lembaga bank pusat Malaya(ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun panjang. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak kemudian untuk 6 bulan lagi (dia bersara pada tahun 1962).
– Apabila dia tiba di Malaya, Encik HW Wilcock berkata matlamat utama beliau adalah untuk mengetahui bagaimana bank pusat boleh membantu orang-orang Melayu dan pembangunan industri masa depan negara ini.
(
Ini semua permainan konco-konco dajjal fremanson) Melayu Islam juga yang nak diorang tipu.Dengan perkataan paling femes "membantu".Hawooauu.
– Wilcock sentiasa mengiktiraf keperluan untuk Bank Negara yang akan diterajui oleh seorang tempatan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berkata:“Saya amat menghargai penghormatan  dalam membuat saya gabenor pertama. Tetapi saya percaya paling bersungguh-sungguh bahawa ketua bank pusat sesebuah negara harus menjadi kebangsaan negara itu.”
GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA
Tun Ismail bin Mohamed Ali
Julai 1962 – Julai 1980
image
Gambar 2.1 : Tan Sri Ismail Md Ali
– Beliau dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang, Selangor dan merupakan abang sulung dalam keluarga
– Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Ekonomi Perbendaharaan;pegawai ekonomi di Pulau Pinang; Pengawal di Jabatan Perdagangan Kementerian Perdagangan dan Industri; di Kedutaan Malaysia di Washington DC (1957-1960); Pengarah Eksekutif Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan di Amerika Syarikat.
– Sekembali ke Malaya pada tahun 1960, beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dan Gabenor Bank Negara (26 Julai 1962). Beliau memegang jawatan tersebut selama 18 tahun sehingga 26 Julai 1980.
– Sepanjang beliau menjadi Gabenor Bank Negara, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga negara ini muncul dengan konsep yang kukuh dan dihormati di mata dunia. Beliau menjadi ahli bank Malaysia paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara dari tahun 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai gabenor bank pusat yang paling lama berkhidmat di Asia.
image
Gambar 2.2 : Tandatangan Gabenor Ismail Md Ali
Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Taha 
Julai 1980 – Jun 1985
image
Gambar 3.1 : Gabenor Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Hj Taha
– Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Haji Taha adalah sorang yang terlatih dan bertauliah sebagai akauntan berkanun di Australia pada tahun 1964.
– Berkhidmat di BNM selama 16 tahun iaitu sejak tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus Jabatan Pelaburan & Perakaunan.
-Beliau dilantik menjadi Gabenor BNM pada 26 Julai 1980. Walaupun rekod rasmi menyatakan beliau memegang  jawatan Gebenor BNM sehingga Jun 1985 namun beliau telah meletak jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985. Ini disebabkan beliau tidak bersetuju dengan Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan dalam polisi kewangan dan Perbankan Bank Negara Malaysia.
image
Gambar 3.2 : Tandatangan Gabenor Abdul Aziz bin Hj Taha
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein
Jun 1985 – Mei 1994
image
Gambar 4.1 : Tan Sri Dato Jaffar Bin Hussein
– Tan Sri Jaafar Hussein telah dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 7hb Mac 1985. Beliau merupakan  lulusan akauntan dan pernah bekerja di Malayan Banking Berhad (sekarang dikenali sebagai Maybank)
-Beliau telah berkhidmat menjadi Gabenor selama 8 tahun 1 bulan. Dan telah meletak jawatan pada 1hb April 1994.
– Beliau meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kerugian BNM dalam pelaburan matawang ‘Forex’ ketika beliau menjadi Gabenor yg ketika itu Menteri Kewangan pada masa itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik di bawah pemerintahan perdana menteri Tun Dr Mahathir.
image
Gambar 4.2 : Tandatangan Tan Sri Jaffar Hussein
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don
Mei 1994 – Ogos 1998
image
Gambar 5.1 : Tan Sri Dato Ahmad bin Mohd Don
– Pada April 1982 , beliau menyertai Malayan Banking Berhad(sekarang dikenali sebagai Maybank) sebagai Pengurus Besar, Perbendaharaan. Semasa perkhidmatan beliau dengan Malayan Banking Berhad, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Kanan dan Ahli Lembaga Pengarah, maka sebagai Pengarah Eksekutif.
– Pada Januari 1991, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, jawatan yang beliau memegang sehingga 1994.
– Tan Sri Dato Ahmad bin Mohd Don telah di lantik sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 1994. Beliau telah meletak jawatan pada 1 September 1998. Beliau berkhidmat selama 4 Tahun 4 Bulan.
– Beliau telah meletak jawatan atas sebab tidak bersetuju dengan Tun Dr Mahathir yg ketika itu Perdana Menteri Malaysia dalam urus tadbir dasar kewangan negara.
image
Gambar 5.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Ahmad Mohd Don
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
September 1998 – April 2000
image
Gambar 6.1 : Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman
– Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
– Beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara pada 7hb September 1998.
– Beliau telah bersara pada 1hb Mei 2000. Beliau merupakan Gabenor yg paling singkat berkhidmat dalam sejarah Bank Negara Malaysia dgn perkhidmatan selama 1 Tahun 10 Bulan.
– Tandatangan beliau pada matawang Malaysia selalu di salah anggap orang ramai sebagai tandatangan wanita ‘Permaisuri Agong’ yg ketika itu bernama ‘Aishah’ isteri kepada Sultan Selangor (Agong ketika itu)
image
Gambar 6.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
Tan Sri Dato Ungku Dr.Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz 
Mei 2000 – 2016
image
Gambar 7.1 : Tan Sri Dato Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz

-Antara Gabenor paling tegas dan tidak bersetuju dengan skandal 1MDB.Beliau seorang yang suka berterus terang jika ada ketirisan.
-Beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1hb September 1998.
-Kemudian beliau dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1hb Mei 2000 sehingga 30 April 2016. Beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yg terdiri daripada seorang wanita. Beliau merupakan Gabenor Bank Wanita yg pertama di Malaysia.
-Terdengar rumus bahawa perkhidmatan nya akan ditamatkan pada April 2016. (Maka jawapan kepada Rumus tersebut dan Rumours itu benar sekarang)Jika benar perkhidmatan beliau ditamatkan pada 2016, beliau merupakan Gabenor kedua yang lama berkhidmat selepas Tan Sri Ismail Md Ali.
image

Gambar 7.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Gabenor Bank Negara Sekarang. (2016)


Gambar 8.1 : Datuk Muhammad Ibrahim
Biodata Datuk Muhammad Ibrahim
  • Nama : Datuk Muhammad Ibrahim
  • Gelaran : Datuk MI
  • Umur : 56 tahun (Tahun 2016)
  • Jawatan Terkini : Gabenor Bank Negara Kelapan bermula 1 Mei 2016
  • Jawatan Sebelum : Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010
  • Tarikh Sertai Bank Negara : 1984

Latar Belakang Pendidikan


  1. Sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  2. Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya
  3. Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Beliau juga berkhidmat sebagai :


  1. Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  2. Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  3. Ahli Institut Akauntan Malaysia
  4. Ahli panel Dana Amanah Nasional
  5. Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  6. Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa
  7. Felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.


Gambar 8.2 : Tandatangan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim
*Kredit my-koleksi

(Duit Raya baru Tahun 2016 )


Sumber : Wikipedia, Malaysiacoinsblogs, Lunaticblogs, my-koleksiblogs, Pro-CINS, Bank Negara Malaysia & google
Sumber Gambar : Malaysiacoinsblogs, my-koleksiblogs, numiscatblogs, & google,warisan numistic house
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :