Showing posts with label install EA. Show all posts
Showing posts with label install EA. Show all posts

TEAMVIEWER? Apakah Fungsi dan Keperluan untuk Install?


**Ini bukan artikel iklan untuk software TeamViewer yer. Cuma review ikhlas untuk memudahkan urusan rakan2 trader kedian hari untuk selesaikan masalah yang mungkin akan timbul nanti** 




Mesti dah ramai yang pernah dengar dan gunakan software TEAMVIEWER kan? Namun ada juga yang tidak pernah ambil tahu mengenai software ini. Jadi, apakah keperluan untuk menggunakan software ini di dalam trading Forex?

Contoh situasi seperti kat bawah ni.

“Adeh, macam mana nak selesaikan masalah install MT4 ni. Dah baca panduan kat blog Piphijau.com masih lagi tak faham2.”

“Haa.. mitak tolong Abu la buatkan. Dia dah boleh install MT4 tu. Tapi masalahnya sekarang ni, Abu pulak duk jauh!”


Isk, mesti pening bila ada masalah camni kan. Nak mitak tolong, kawan pulak duk jauh2. Kat sini la fungsi software2 seperti Teamviewer ni ek. Maksubnya kawan kita tu boleh menggunakan komputer kita secara REMOTE dari jauh. Dia boleh tolong install atau setup apa sahaja yang berkaitan dengan komputer tu.


Kat mana nak dapatkan installer untuk TEAMVIEWER tu? Boleh klik link ni ye untuk pergi ke official website https://www.teamviewer.com/




Lepas dah install, apa pulak yang perlu kita tahu untuk benarkan orang kawal komputer kita dari jauh? Kita perlu berikan mereka ID dan PASSWORD yang tertera di komputer kita. PASSWORD tersebut akan sentiasa berubah setiap kali kita SHUTDOWN dan LOGIN ke komputer kita.



Maksubnya, orang tersebut hanya boleh mengawal komputer kita untuk waktu yang kita benarkan sahaja. Mereka memerlukan PASSWORD baru sekiranya perlu untuk mengawal komputer kita lain kali.

Oh yee.. komputer kita dan rakan yang ingin membantu tu perlu ada sambungan internet untuk berhubung antara satu sama lain. Tanpa internet, software TEAMVIEWER tidak dapat berfungsi.


Maka, selepas ini, andai kita mempunyai masalah berkaitan MT4 atau Expert Advisor, bolehlah minta tolong dengan MANAGER2 NEGERI (link contact manager negeri) untuk tolong setupkan EA tersebut dari jauh.

--
Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/  

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

Pssssttt - Yang nak dapatkan info lanjut mengenai teknik GST manual atau Expert Advisor (EA) GST boleh la berhubung dengan penulis ye.

#piphijaultd #piphijaultdterengganu #abook #stp #trustedbroker #teknikGST #EAGST #jomwithdrawsokmo #kemahkeming #sharingiscaring #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

MT4 : Fibonacci??

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2.

Hari ni, penulis nak berkongsi sikit lagi pasal BASIC MT4. Kita bercerita pasal Fibonacci Retracement (atau biasa orang sebut Fibo). Dalam bidang analisa teknikal ni macam2 jenis teknik Fibo diperkenalkan. Diantaranya Smart Fibo, Fibo Musang, Fibo Gear dll (penulis sebutkan beberapa contoh shj ye, kalau ada lagi jenis2 fibo lain boleh la beritahu nanti penulis update semula).

Ok. Kembali kepada tujuan utama artikel ni. Jadi apakah perkongsian BASIC MT4 kali ini?? Hehe..tak sabar sungguh orang muda kalau nak dapatkan ilmu. Pakat dahaga ilmu belake.

Artikel ni bukan mengenai macam mana nak guna Fibo atau cara nak Tarik fibo ye. Untuk belajar teknik2 menggunakan fibo tu, rakan2 boleh la cari dalam FB. Ramai cikgu2 yang mengajar sekarang ni dalam FB. Bersilaturahim la dengan mereka, bertalaqi untuk mendapatkan ilmu dari mereka. Baru berkat ilmu yang kita nak belajar tu. Opss..panjang lebar pulak bebel. Ok2, terus ke tajuk utama.

Yang penulis nak berkongsi hari ini adalah macam mana kita nak dapatkan nilai untuk setiap level fibo tu secara automatic tanpa perlu kita menggunakan Crosshair atau dengan meletakkan horizontal line. Ada cara mudah sebenarnya untuk dapat nilai tu. Dalam forex ni kite kena cepat, baru tak terlepas entry yang berharga.

Gambar 1 : Perhatikan di sebelah kanan carta.

Sila perhatikan di sebelah kanan carta tersebut. Yang ada hanyalah level2 yang telah di setting secara default tanpa sebarang nilai. Maksubnya, untuk mengetahui nilai setiap level tu kita perlu klik crosshair dan letakkan di setiap level untuk mengetahui nilai level tersebut.


Untuk mudahkan kerja masing2. Ikuti langkah2 kat bawah ni untuk ubah setting default Fibonacci tersebut.

1) Klik 2x di atas fibo yang dah ditarik tadi.

2) Klik kanan, dan pilih Fibo properties.

Gambar 2 : Klik kanan, pilih FIBO PROPERTIES.

3) Akan keluar windows seperti di bawah.

Gambar 3 : Windows untuk setting Fibonacci.

4) Klik tab FIBO LEVELS.

Gambar 4 : Klik tab FIBO LEVELS.

5) Edit di bahagian Description. Tambahkan simbol %$ di tepi setiap level tersebut.

Gambar 5 :  Edit description. Tambahkan simbol %$.

6) Letakkan simbol tersebut untuk kesemua level fibo yang ada.

Gambar 6 : Edit kesemua level fibo yang ada.

7) Seterusnya klik OK.
8) Perhatikan di tepi setiap level fibo tadi telah ada nilai secara automatik. Jadi mudah la untuk kita letakkan PO, ikut je nilai yang terdapat disetiap level tersebut (mengikut teknik2 yang dipelajari la ye)

Gambar 8 : Perhatikan di sebelah kanan carta. Nilai untuk setiap level automatik diletakkan.

Pesan penaja – cari la cikgu untuk belajar macam mana nak gunakan Fibonacci Retracement dengan optimum. Melaburlah sedikit untuk mendapatkan ilmu. Tak rugi melabur untuk ilmu ni.

Psssttt..ada lagi yang nak join kelas PiphijauLTD di Suria Beach Resort, Cherating pada 27hb Ogos 2016? Klik link ni cepat2.

#piphijaultd.com #piphijaultdterengganu #sharingiscaring #kemahkeming #jomwithdrawsokmo #teknikGST #nakedchart #traderkampung #nubisbolehbuat

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.

--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 




**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.

MT4 : Install Expert Advisor (EA) dalam Metatrader (MT4)


Salam rakan2 trader semua. Masih belum terlambat nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kan. Rakan2 dah tahu cara nak combine semua indicator dalam MT4? Kalau belum boleh klik sini ye.


Ok. Bebalik kepada tajuk artikel kita plak ye. Jadi apa itu Expert Advisor? Mudah ke nak guna? Camne nak masukkan dalam MT4? Haaa...kalau nak tahu kena la baca sampai habis ye. Hehe..

Expert Advisor atau singkatannya EA boleh kita katakan sebagai robot yang menjalankan proses trading untuk kita. Maksubnya semua proses JUAL dan BELI akan dilaksanakan secara automatik berdasarkan kepada analisis programming EA tersebut. Kita cuma perlu ON kan EA tersebut. Cuma untuk memastikan segala proses berjalan lancar, adalah digalakkan untuk menggunakan VPS. Adehhh..ape plak VPS ni?? Hehehe..kena tanya kat pakcik Google la ye.

Jom kita sambung topik pasal camne nak masukkan EA dalam MT4 ye. Ok, langkah2nya adalah (macam nak memasak la plak ek..hehehe)

1 - Pastikan kita dah download siap2 EA tersebut kat dalam komputer kita ye. Nak tahu betul ke tak file tu EA senang je..pastikan extension dia adalah ***.EX4 ye. Kan tak pasal2 takleh nak guna sebab salah download file lain. Hehehe.. Copy siap2 file tu sebelum kita mulakan step2 kita ye

2 - Lepas tu, macam biasa, open MT4 rakan2 ye.

3 - Klik File -->> Open Data Folder


4 - Pastu akan keluar windows explorer. Apa lagi..klik la folder MQL4 -->> Experts. Haaaa..paste je file EA yang dah copy siap2 tadi. Takpun drag je dari folder kita save file EA tu.


5 - Dah setel tu. Close je dulu MT4 tu atau refresh semula connection. Yang mana2 dirasakan mudah la ye. Pastu buka semula MT4 tadi.

6 - Ok. Dah setel yang tu, kita teruskan dengan step seterusnya ya. Mula2 klik butang Auto Trading (bertukar warna kepada hijau). Seterusnya klik juga butang Navigator atau CTRL + N.



7 -  Haaa.. seperti dalam artikel sebelum ni, panel Navigator akan keluar di sebelah kiri MT4 kita. Scroll ke bawah sekali. EA yang telah di copy tadi akan berada di dalam senarai Expert Advisors seperti dalam contoh di bawah. Dalam contoh artikel ini, kita gunakan EA CloseAll_Acc_profit. Dah nampak EA yang kita nak gunakan tu kan..so apa lagi..drag la EA tu ke arah chart yang kita nak gunakan. Contohnya pair EuroUsd di timeframe H1.



8 - Dah drag tu, maka akan keluar la windows untuk setting EA tersebut. Ubahla setting tersebut mengikut SOP yang telah disediakan untuk EA tu. Atau pun kalau taknak pening2, gunakan sahaja setting default yang telah diberikan. Try and error. Hehehe..tapi kalau nak selamat baik dapatkan setting yang terbaik daripada programmer EA tersebut. Kan tak pasal2 akaun MC. Hehehe.




9 - Aikkk..takde perubahan pun kat chart? Tak jadi ke? Ada masalah ke? Tersilap langkah ke tadi? Hehehe.. sabor orang muda.

Cuba perhatikan sebelah kanan atas chart tu. Ada muka senyum tak? Haaa.. kalau ada maknanya step2 yang dibuat sebelum ni dah betul la. Kalau takde muka senyum tu maksubnya ada silap la tu kat mana2. Cuba ulang semula langkah2 kat atas. Selamat mencuba. Hehehe.



10 - On kan EA dah tahu. Takkan nak bior camtu je kan? Mesti la nak tahu cara camne nak Off kan plak ye. Ok, untuk Off kan EA tersebut mudah sahaja. Tekan kembali butang Auto Trading tadi. Pastikan butang tersebut bertukar warna merah dan muka senyum tadi dah jadi masam. Kih3x.. (masam la sebab deme dah Off kan dia) Tapi takpe. Nanti kita On kan semula bila perlu. Ikut je langkah2 kat atas ye.

Panjang lebor plak membebel kali ni ye. Hehehe. Seperti biasa, andai dirasakan artikel ni bermanfaat kepada anda dan rakan2, sila la share ye. Sharing is caring :)

Ada komen atau persoalan sila la kemuka di bawah ni ye.. takpun email ke sini ye.

#sharingiscaring
#nakedchart
#piphijaultdterengganu
#teknikGST
#wearemakinghistory

p/s - Penulis memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang berlaku. Artikel ini telah diolah semula.

Rakan2 trader sekelian, anda dijemput untuk menjenguk dan menglike page fb kami ye. Support kami :) terima kasih

Klik link ini untuk mendaftarkan akaun trading dengan PiphijauLTD.com.


--

Hilman Nawi
Piphijaultd Terengganu
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 


**UPDATE
  1. Rakan2 sudah tengok performance EA GST MasterPiece by Piphijau? Kalau belum, boleh ke sini untuk tengok dan nilaikan performance EA tersebut.
  2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan EA tersebut. Rakan2 boleh berhubung dengan manager2 untuk setiap negeri berdasarkan kepada list ni. Whatsapp je mereka, insya Allah mereka akan membantu rakan2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :