Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

MAU JADI APA KAU NANTI?



Sekadar Berfikir..

Jika setiap tindakan orang lain selalu kau anggap ada "udang di balik batu"..

Jika setiap berinteraksi dengan orang lain kau selalu pasang kuda-kuda "anti pati" dengan jurus "mencurigai"..

Jika setiap berkomunikasi kau selalu ingin mendominasi, dan mau menang sendiri..
Gambar sekadar hiasan.


Mau jadi apa kau nanti?

Jika energi hidupmu hanya

Trading perlu ikut news atau teknikal

Ramai orang dalam forex terkesan nk ikut mana satu samada nk ikut news ke atau nk ikut teknikal ..ada yg kata pergi mampus dgn news ..dia sebernarnya bukan spa ikut sapa dan bkn salah sesiapa
..dalam forex sebenarnya dua2nya  adalah price maksudnya keduanya penting ..

As long as u profit should be okay ..bkn dia salah sesiapa tapi bagi saya yg lebih kpda 90% teknikal ..jadi bgi teknikal trader ingt kena fhm multitimeframe ..cari apa yg workable for you klau ats kertas tak jadi jgn sesekali bawa ke real trading nahas awk nnti ..


Ramai org masih lagi tak tahu terutama newbie kerana mereka confuse teknikal atau news nk ikut yg mana ..Of course yg pling utama adalah money management !!! belajarlah dari masta guru tujuh petala langit 7 petala bumi tak prnh mc pun xde money management yg baik jgn harap akan berjaya ..kerana kunci berjaya adalah konsistensi yg awak perlu fokus ..Forex is about investing

NASIHAT DARI SAHABAT BUAT SAHABAT

Pernah dengar ayat motivasi ini "berkata jujur dalam satu minit boleh menghilangkan beban seribu tahun dan berkata dusta satu minit boleh menambahkan beban seribu abad" .

Seperti kita semua tahu pentingnya kepercayaan dalam perkara apapun.Di dalam zaman era yang sedang maju sekarang semua orang memerlukan kepercayaan tidak kiralah apapun tambahan dalam sektor perkerjaan kerana dunia sekarang ini berapa ramai saja yang mampu bercakap benar .

Sebagai contohnya di dalam dunia forex trading ini mengapa anda perlu menipu atau pun scam orang lain demi kepentingan anda sendiri .Disebabkan anda menipu orang lain tanpa anda sedar anda telahpun mencemari dunia forex .Ini menyebabkan orang ramai akan menunding jari dan menyalahkan dunia forex ni dengan mengatakan skim cepat kaya atau pun sebagainya sedangkan forex ini jika ilmu dan pengalaman yang digunakan dengan betul ianya adalah satu platform yang mampu menjana wang dalam erti kata lain ialah lubuk duit.Disebabkan penipuan oleh beberapa orang scammer menyebabkan anda menutup periuk nasi real trader lain yang ingin menolong sesama trader atau pun orang yang baru ingin jinakkan diri dengan market . Oleh itu,kita selalu dengar ayat berbunyi kalau pinggan retak mungkin kita boleh gamkan ianya semula tapi takkan pernah sama seperti asalnya .Samalah seperti kepercayaan kalau sekali ia dikhianati mungkin kita dapat maafkan orang itu tetapi hati akan kekal.Mungkin kita tidak akan hilang sedikit kepercayaan terhadapnya.


SEKIAN DARI SAYA 
NASIHAT BUAT DIRI SENDIRI 



Nilai Seorang Khalifah

Ketahuilah bahawa TIDAK ADA manusia yang sempurna, tapi dengan KACAMATA CINTA, semua manusia terlihat SEMPURNA, Pandanglah dunia dengan mata hati dan ikhlas maka akan terciptalah KACAMATA CINTA.

Saat dirimu merasa sulit untuk berubah..
TEMUKAN SESEORANG yang menjadi alasan kuatmu untuk BERUBAH!

Sampai bila anda harus jadi penonton untuk kemenangan orang lain? Jangan menyerah kalah dengan keadaan sebab sesungguhnya andalah seorang juara itu. Jadilah pemenang!!! Make it happen.

Tidak penting seberapa banyak ilmu dan pengetahuan yang sudah anda dapatkan..

Yang jauh lebih penting adalah, seberapa besar kemahuan anda untuk segera "take action" mempraktiskan ilmu yang sudah anda dapatkan, sebab itulah yang secara nyata bisa mengubah nasib kehidupan kamu..

"Kehidupan ini sesungguhnya sangat sederhana, dan menakjubkan untuk dinikmati..yang menjadikan rumit dan ribut adalah olah atau pengolahan perasaan ego-ego dan ilusi pikiran sendiri.."

Teruskan hidupmu dengan sebuah semangat perjuangan yang hebat sebagai seorang khalifah yang unggul dimuka bumi ini kerana sesungguhnya kamu diciptakan dengan penuh kesempurnaan dan kehebatan.

Antara Nafsu dan Saiz Lot

Nafsu bermaksud keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat

Dalam konteks Dagangan pula Nafsu boleh dikaitkan dengan bukaan lot yang besar, dengan tidak mengambil kira Risiko mengalami kerugian yang besar. Lot saiz dalam dagangan bermaksud nilai lot yang mahu dibeli atau dijual pada satu masa pada harga pasaran Semasa.

Kecenderungan segelintir pedagang tidak mampu Kawal Nafsu Ketika berdagang adalah Salah satu sebab kerana tamak dan gelopoh untuk meraih untung yang besar hanya untuk seketika dan bukan berpanjangan dan konsisten.

Bagi mengawal Nafsu Ketika berdagang antara caranya adalah dengan hanya meletakkan peruntukan maksima 5% dari equity dagangan untuk bukaan saiz lot dagangan.

Perjalanan Hidup

Kehidupan adalah berkat dan hadiah dari Tuhanmu, keranaNya nikmatilah dengan penuh rasa syukur. Jangan menyesal pada masa lalu dan takut akan masa depan, jalani hidup hari ni hasil dari pengalaman masa lalu dan perancangan untuk masa depan dengan penuh semangat dan keyakinan.

Sering kali manusia hanya menghitung kesulitannya – bukan kebahagiaannya, pandanglah dunia dengan mata hati dan mulai berbahagia dan bersyukur, lihatlah apa yang kamu ada sekarang dan mulailah bersyukur jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain kerana dirimu karaktermu adalah unik, spesial dan kamulah yang paling tinggi darjatnya jika benar benar kamu orang orang yang beriman.

Jadikan persaingan menjadi bahagian nikmat dari Allah yang boleh membuat diri kita semakin lebih baik dan membuat kita mampu berbuat yg terbaik, teruskan hidupmu sendiri dengan semangat perjuangan harmoni dan bersyukur.

Pahitnya hidup itu memang nyata, namun begitupun dengan adanya harapan dan impian dalam hidup, maka pahitnya itu akan manis pada akhirnya kerana sebuah kopi yang pahit tidak akan manis dengan sendirinya jika kita tidak meletakkan gula didalamnya kebahagian itu adalah sesuatu yang perlu diusahakan.

Hidup adalah gabungan bahagia dan derita yang harus dihadapi, Rahsia yang harus digali, Tragedi yang harus dialami, Kegembiraan yang harus dibagikan, Cinta yang harus dinikmati, Tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dan perjalanan dan perjuangan yang harus diteruskan tanpa mengenal erti hampa dan putus asa.

Ketika kamu telah memulai hidup dengan percaya padaNya, melangkah dengan penuh keyakinan kepadaNya, maka percayalah kamu tidak akan pernah kehilangan harapan, kamu adalah lebih dari apa yang kamu fikirkan, teruskanlah hidupmu dengan syukur beserta dengan semangat perjuangan harmoni yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa.

Seseorang manusia masih belum gagal ketika ia jatuh dan kalah, melainkan ketika ia menyatakan untuk berhenti bertindak maka bermulalah kegagalan dalam hidupnya, jika Anda membiarkan diri Anda sendiri tidak disiplin dalam hal-hal yang kecil, kemungkinan juga Anda tidak akan disiplin dalam hal-hal besar, segalanya bermula dari anda.

Tidak perlu kesempurnaan untuk mendapatkan kebahagiaan. Kerana kebahagiaan sesungguhnya adalah ketika kamu melihat pada sisi lain dengan cara apapun secara sempurna, terima kenyataan dan bersyukur dalam hidupmu.

Cinta itu mungkin perlu gagal untuk lebih mengenalinya, cinta itu mungkin perlu sakit untuk lebih memahaminya, tapi kamu tidak boleh menyerah untuk menggapainya dalam maksud mencari tujuan hidup, pasangan hidup dan kejayaan hidup didunia dan diakhirat, teruskan melangkah dengan gagah dalam meneruskan misi perjuangan hidupmu dengan yakin, syukur dan semangat yang tidak pernah mengalah.

Biarkan Imajinasimu terus bergerak maju, tapi jangan sampai akhlakmu bergerak mundur.

Yang membuat hidup ini lebih ber erti adalah perjalanan hidup itu sendiri, bukan apa yang sudah di dapat atau ketika sampai di tujuan, Hadapi saja hari ini dengan penuh semangat dan syukur kepadaNya, Satu dua masalah yg terjadi, itu adalah "perasa" yang membuat kita "terasa" nikmat hidup.

Kelemahan terbesar manusia adalah ketika dia ingin menyerah kalah dalam hidupnya, sedangkan kekuatan terbesarnya adalah ketika dia mahu mencubanya sekali lagi, jika engkau tidak berubah menjadi dirimu yang baru dan lebih kuat, dunia akan terasa semakin sulit, hadapilah harimu dengan penuh gagah, syukur, yakin dan semangat perjuangan harmoni untuk hidupmu sendiri.

Menjadi tua itu adalah sebuah takdir tetapi menjadi dewasa atau matang itu adalah sebuah pilihan.

Ketika kau berpikir untuk menyerah dan berputus asa, cubalah ingat kembali apa tujuanmu sebelumnya.

Masalah adalah sebuah anugerah, Dimana kita boleh mempelajari, mendapatkan hikmah dan memberikan inspirasi untuk bertindak untuk lebih hebat dan maju, teruskan hidupmu dengan syukur, yakin dengan sebuah semangat perjuangan untuk hidupmu sendiri.



122 Blog FX Edisi English Terbaik Dunia


Salam,
Hari ini cikgu along senaraikan 122 blog Bahasa Inggeris terbaik di dunia.
Sebelum ini saya dah senaraikan  Top 100 untuk blog Bahasa Melayu (1) ,boleh rujuk LINK


  • Senarai Blog Forex Edisi Bahasa Inggeris (2)
    • 2.1DailyFX - Forex Market News
    • 2.2Forex Factory
    • 2.3FXStreet - The Foreign Exchange Market
    • 2.4BabyPips - Learn Forex Trading
    • 2.5Official InstaForex Blog
    • 2.6HotForex Analysis
    • 2.7ForexLive
    • 2.8Investing.com - Forex News
    • 2.9Forex MT4 Indicators
    • 2.10FxPro Blog for forex traders
    • 2.11Learn To Trade The Market | Professional Trading Education Blog
    • 2.12NinjaTrader Blog
    • 2.13Finance Magnates | Financial and business news
    • 2.14Market Traders Institute
    • 2.15Earn Forex - Forex Trading Information, Learn About Forex Trading
    • 2.16

      Forex Crunch

Antara Setup dan Rezeki

Analisa teknikal merupakan sebuah analisis yang melibatkan perkiraan logik dan pergerakan harga pasaran yang berdasarkan oleh beberapa maklumat antaranya Harga Lantai, Harga Siling, Permintaan dan Pengeluaran serta faktor Ekonomi dan Semasa Dunia.

Setup adalah merupakan sesuatu kebarangkalian dan ketepatan berdasarkan
kiraan dan analisa teknikal seseorang pedagang. Setup juga boleh dikategorikan
sebagai kayu ukur atau tempat mulanya pedagang melakukan transaksi jual beli dagangan.

Rezeki adalah merupakan sesuatu yang diberikan atau dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Rezeki juga tidak semestinya berupa bentuk kewangan semata-mata. Ia juga boleh dikurniakan dalam bentuk lain sebagai contoh kesihatan yang baik, fizikal yang sempurna,
orang sekeliling yang menyenangkan, mudah beribadah Dan sebagainya.

Begitu juga dengan Setup dalam dagangan yang telah dizahirkan oleh Allah kepada
siapa yang dia berkehendak.

Kawalan Risiko Dalam Dagangan

Risiko membawa maksud perihal kebarangkalian berlakunya
kemungkinan tertentu samaada dari segi kewangan, harta, diri, dan pihak ketiga.

Kawalan Risiko dalam dagangan bermaksud kebarangkalian berlakunya
transaksi rugi dalam dagangan yang melibatkan kekuatan ekuiti modal  pedagang
bagi mengelakkan ekuiti hangups atau kekurangan margin untuk membuka sesuatu
transaksi dagangan.

Kawalan Risiko yang baik adalah sebanyak 1-5 peratus sahaja dari jumlah ekuiti
bagi sesebuah saiz lot yang dibuka Ketika memulakan urusan dagangan.

Ini mampu mengawal risiko daripada rugi besar dan juga dapat mengekalkan margin minima untuk
dagangan. Ia diperakui dan digunapakai oleh pedagang-pedagang besar dan syarikat-syarikat korporat dunia.

Emosi Mudah Dikawal Ketika Hati Tenang

Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian,
disposisi dan motivasi.

Ini boleh dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan tahap emosi
seseorang trader ketika memulakan dagangan .

Perasaan yang seolah-olah seperti transaksi dagangannya itu betul dan tepat serta tidak pernah silap. Perangai pula yang tidak mahu sabar dan hendak cepat sahaja mahu untung, erti kata lain takut akan transaksi dagangan sedang terapung-terapung. Keperibadian pula boleh dikaitkan dengan sikap sombong dan berlagak pandai, yang mana dirasakan seolah-olah dirinya sahaja yang betul.

Hati yang tenang merupakan sesuatu nikmat yang diimpikan setiap umat manusia.
Dalam konteks Dagangan Matawang, Pedagang yang mampu mengawal emosi secara total
dan baik adalah mereka yang mempunyai hati yang tenang ketika mulakan transaksi dagangan. Ini kerana hati yang tenang mampu mengatasi perasaan yang buruk.

Apabila hati seseorang itu tenang, ia mampu untuk bersabar dan berfikir secara rasional. Hati yang tenang juga dapat mengatasi sikap sombong dan berlagak pandai.

4 PERKARA BESAR DALAM HIDUP

Kerugian terbesar manusia bukanlah pada saat mengalami kerugian pada perniagaannya,
melainkan pada saat dia kehilangan 'SEMANGAT' hidupnya

Kebankrapan terbesar manusia bukanlah pada saat dia kehilangan segalanya,
melainkan pada saat dia kehilangan 'HARAPAN' hidupnya

Kehilangan terbesar manusia bukanlah pada saat dia ditinggalkan oleh teman-teman
dan orang-orang yang dicintainya, melainkan pada saat dia kehilangan 'KENDALI' atas dirinya

Kerugiaan, Kebankrapan dan Kehilangan terbesar manusia adalah pada saat dia 'TIDAK MENGENAL siapa dirinya


Sempena bulan baik ini, marilah kita MULA buku baru mengenal diri kita, kelebihan, kekurangan serta potensi kita untuk kita menempuh alam dunia yang semakin mencabar.


LET'S TRANSFORM!!!

Ramadhan Itu Rahmat

Kehadiran bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan hati yang gembira dan bersyukur oleh setiap umat Islam. Bulan yang mana umat Muhammad S.A.W yang bertakwa diuji dengan godaan nafsu bukan sahaja nafsu makan dan minum bahkan nafsu syahwat. Bulan yang rahmat dan terkandung di dalamnya dan 1001 kebaikan untuk umat Muhammad S.A.W.

Tetapi ada juga yang menganggap bulan Ramadhan itu suatu bulan yang menyusahkan dan menggangu perjalanan hidup mereka kerana terpaksa menahan lapar dahaga dan nafsu syahwat di siang hari.Mereka ini adalah orang orang yang tidak mendapat keuntungan dan rahmat daripada bulan yang suci dan mulia ini.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa diantaranya yang utama adalah menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Di samping itu ia dapat mendidik jiwadan memberikan nilai kesihatan kepada sistem pencernaan khasnya yang telah beroperasi sepanjang tahun untuk dapat berehat di bulan mulia ini.

Puasa juga mengajar erti bersyukur dimana budaya bersedekah lebih tertonjol di bulan ini. Orang yang lebih berkemampuan akan dapat menolong orang yang lebih lemah dan miskin samada dalam bentuk makanan ataupun wang ringgit. Ganjaran bersedekah di bulan Ramadhan ini pahalanya adalah berlipat kali ganda dibandingkan bulan bulan yang lain.

Orang yang berpuasa bererti diperintahkan kepadanya untuk bertakwa kepada ALLAH S.W.T, yakni dengan mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-NYA serta ikhlas lillahi taala.

Inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” - Surah alBaqarah: 183 Berdasarkan ayat itu, hikmah diwajibkan puasa ialah supaya wujud sifat takwa dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T

Rezeki Pagi : Ramai Trader Selalu Lupa!

Apa yang kita selalu buat sebaik sahaja bangun pagi dan buka mata? Saya yakin, 80% trader tegar akan terus membuka MT4 mereka, samaada dalam PC, laptop ataupun phone masing-masing, bimbangkan position yang tengah floating, ataupun takut terlepas entry gap!

Namun tahukah anda, kebanyakan orang yang berjaya memulakan pagi mereka dengan aktiviti yang jauh berbeza?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang Multi-millionaire dan juga motivator terkenal, Stefan James, beliau mendapati bahawa kebanyakan public figure yang berjaya mempunyai rutin pagi yang istimewa yang juga dipanggil 'Morning Ritual'.

Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa individu-individu ini memperuntukkan permulaan hari mereka, sejurus selepas bangun pagi dengan 'self-empowerment rituals' yang menjadi pasak kepada semangat mereka untuk memulakan hari tersebut.


Mari kita lihat hasil kajian brader Stefan ni:

1. Tony Robbins (Global Motivator)

Tony Robbins memulakan hari beliau dengan mandi di dalam kolam air panas ataupun sejuk. Tony merasakan aktiviti tersebut membolehkan badan beliau berasa segar. Recharging and refreshing!


2. Barrack Obama (Ex-President of US)

Obama memulakan morning ritualnya 2 jam sebelum menghadiri apa-apa majlis atau mesyuarat setiap hari. Rutin beliau terdiri daripada 45 minit sesi 'working out', bersarapan pagi yang sihat serta mengelakkan diri daripada sebarang negative vibes, termasuklah mengelakkan diri daripada melihat berita dan surat khabar! Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti tersebut merupakan perkara paling penting dalam hidupan harian beliau. 


3. Steve Jobs (Founder Apple)

Steve Jobs pernah menyatakan dalam satu sesi Graduasi di Stanford University yang beliau hadiri, bahawa beliau telah melakukan 'morning rituals' yang sama selama 33 tahun! Apa yang beliau lakukan? Beliau akan memandang cermin setiap pagi, dan bertanyakan soalan ini,
"Jika ini adalah hari terakhir dalam hidupku, apakah yang akan aku lakukan?"
That, my firend, is a very powerful question!


4. Bill Gates (Microsoft)

Bill Gates akan memulakan hari beliau dengan sesi 1 jam di atas threadmill sambil menonton video motivasi. Dasyatkan? Orang yang pernah menjadi individu paling kaya di dunia pun perlukan motivasi!


5. Richard Branson (British Virgin)

Rutin Richard ni lain sikit, setiap pagi beliau akan buka langsir besar-besar, meditate, dan tunggu sehingga cahaya matahari keluar dan memancar terus ke matanya! Selain itu, beliau juga akan mengisi aktiviti pagi samada dengan berenang, surfing ataupun bermain tenis.


Seperkara lagi yang ingin saya highlightkan di sini adalah, waktu mereka bangun pagi. Kalau kita perasan, kebanyakan orang berjaya ni akan bangun pagi seawal mungkin dan penuhkan moment tersebut dengan aktiviti yang mencergaskan diri dan jiwa.



World Bosses' Wake Up Time - sumber: Funder and Founders

******

Sebenarnya tabiat bangun awal pagi ini telah pun disarankan dalam Islam, dengan amalan tahajjud setiap 2 per tiga malam, ataupun sekurang-kurangnya mengamalkan solat fajar setiap kali sebelum fadhu subuh.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

'Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya'

Dalam Al-Quran juga banyak terdapat galakan untuk umat islam bangun awal pagi dan mengerjakan ibadah, 'morning ritual' bagi kita yang beragama Islam. Malah ada dua surah yang khusus menceritakan kelebihan orang yang bangun awal pagi dan beribadah, yakni di dalam surah Al-Muzammil dan Surah Al-Mudasthir.


******

Kesimpulannya, terpulanglah kepada kita, bagaimana kita hendak merencanakan hari-hari kita dengan lebih baik. Jika orang barat telah pun berjaya membuktikan bahawa bangun awal pagi dan refleksi diri mampu menjadikan mereka berjaya, apatah lagi kita yang beragama Islam yang sepatutnya lebih yakin dan percaya dengan keistimewaan-keistimewaan yang telah dijanjikan kepada kita melalui amalan tersebut.


Wallahua'lam.


Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


'til then, Happy Tahajjud!

7 Kesilapan Besar Dalam Trading

Setiap trader bercita-cita untuk menjadi trader yang profitable dan konsisten, namun tak ramai yang betul-betul mengulangkaji kesilapan sendiri dalam trading. Hakikatnya, mereka yang rajin yang menilai semula kesilapan-kesilapan dalam entry mereka akan berjaya mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama berulangkali.




Berikut adalah 7 Kesilapan Besar Dalam Trading yang boleh kita ambil iktibar bersama:


1. Tidak Meletakkan Stoploss Pada Entry.

Ini memang kesilapan classic yang dilakukan oleh semua trader tak kira newbie mahupun trader yang dah bertahun dalam bidang ni. Benar, kita paling sakit hati bila price makan stoploss dulu, baru pergi ke arah yang kita mahukan. Sakitnya tuh di sini! Namun, penggunaan stoploss dapat mengelakkan akaun kita daripada MC dan mengelakkan kita daripada menanggung kerugian yang lebih besar jika market tidak bergerak ke arah yang kita mahukan.

Malah, pergerakan market pada tahun kebelakangan ini (2010 ke atas) agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sesuai dengan economic volatility yang dialami oleh semua negara di dunia ketika ini. Pair yang dahulunya cuma bergerak sekitar range 400 pips sebulan kini boleh pergi sehingga 600 pips dalam seminggu!


2. Mengubah-ubah Stoploss Level

Trader yang biasa melakukan kesilapan seperti ini selalunya rajin tengok chart, jadi bila price menghampiri stoploss level yang telah disetkan awal-awal tadi, mereka akan mengubah stoploss ke level yang lebih jauh. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, kita perlu membuat analisa lengkap dahulu sebelum membuat entry, dan berpegang pada analisa yang kita lakukan. Sekiranya price tetap pergi ke stoploss kita, maka ia bermakna analisa kita tidak tepat!

Harus diingat, trading ini adalah a war of probability, bermaksud price boleh pergi ke mana-mana arah, dalam buy ada sell, dalam sell pun ada buy. Jadi kita cuma perlu pilih the highest probability to win the war, not to avoid the probability!


3. Terlalu Cepat Mengambil Profit

Ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan oleh mana-mana trader pun, termasuk saya. Mana taknya, price dah tinggal 10  pips nak touch TP, boleh pulak reverse dan langgar BE! Lazimnya, kita akan tahan tengok floating merah dalam MT4, tapi bila biru je, tangan terus gatal nak close!

Cara paling mudah untuk mengelakkan perkara begini berlaku adalah - elakkan melihat chart dengan kerap. Sekiranya price tak kena TP dan hit BE atau SL, kita semak semula analisa kita, part mana yang kita terlepas pandang. Try to spot it earlier in the next trade. Ingat, ambil profit awal akan mengurangkan RRR entry kita, dan mengurangkan profit factor dalam keseluruhan entry kita.

Try to press on your win, the result will blow your mind!


4. Full Margin Entry / Layer Macam Esok Market Tutup Selama-lamanya

Maaf kalau ada yang terasa, tapi anda sendiri setuju bahawa market bukan kita punya, kan? Tidak salah untuk layerkan entry anda, namun anda perlu ada kiraan risiko terlebih dahulu. Saya sendiri akan layer di level-level entry yang saya rasakan signifikan, selagi belum touch SL yang telah ditetapkan. Tapi ia bukan bermaksud kita perlu layer sehingga tak nampak chart tu! Bila price tak pergi ke arah yang kita jangkakan, mulalah kita pasang teknik harapan!


5. Terlalu Banyak Masuk Group Forex

Ok perkara ini agak sensitif, namun hakikatnya, jika kita mempunyai terlalu banyak group-group forex dalam Whatsapp, Telegram ataupun Facebook yang seringkali berkongsi entry dan signal, ia akan mengganggu emosi kita dalam trading. Remember, there is always a buy in sell and a sell in buy!

Cukuplah dengan satu dua group yang kita selesa dan betul-betul faham dengan cara mereka analisa market. That's it, remove saja yang lain. Psikologi trading kita lebih penting berbanding analisa dan signal orang lain. After all, kalau kita ikut signal mereka salah, kita yang tanggung rugi, bukan mereka!


6. Trade Dengan Mentaliti Nak Cepat Kaya

Trade sebab nak cepat kaya? Confirm anda akan cepat miskin! Trading hanyalah satu platform untuk dapatkan income dengan cara yang mudah tanpa perlu menjual dan sebagainya. Namun ia bukanlah platform untuk anda cepat kaya.

Mungkin ramai yang terpengaruh dengan beberapa individu yang sebelum ini menjalankan Skim Cepat Kaya bertopengkan forex - bergambar sana sini dengan kereta mewah mereka. Lupakan angan-angan tersebut. Cukuplah kita target untuk menjadi consistent and profitable trader, insyaAllah the money will came later. Remember, trading is a journey where only a few survive til the end. Bukannya depo 100USD hari ni, esok terus call NAZA nak booking Lamborghini!


7. Tiada Backup Capital / Modal

Suka saya ingatkan, 95% trader akan loss dalam market. Numbers won't lie. Always trade the money that you can afford to lose. Logiknya mudah, kalau anda habis keseluruhan modal sekalipun, anda masih anda duit untuk bayar komitmen bulanan, dan masih ada kapital untuk next trade. Namun, jangan sesekali trade dengan niat untuk 'revenge the market'. Take a break, bagi emosi dan mental stabil dulu, baru layan chart balik.

Bayangkan kalau anda depo semua duit yang ada, apa akan jadi kalau anda lose kesemuanya? Nak makan apa? Remember, it is just a war of probability. Market ni takda hati perut, dia tak kisah pun kalau itu je duit yang kita ada. Dia tak kisah pun kalau itu duit pinjam dari mak bapak ka, bekas awek ka. Kalau dia nak telan, dia telan ja!



Itu sahaja perkongsian setakat ini. Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini. Kalau anda rasa ada lagi kesilapan yang selalu trader kita buat, boleh share dalam komen di bawah.


'til then, Happy Trading!

7 Tabiat Trader Yang Berjaya

Ramai daripada kita bercita-cita untuk menjadi trader yang successful, paling tidak pun, berjaya mencapai status jutawan melalui trading. Idola-idola trader seperti Jesse Livermore, Warrren Buffet atau George Soros, semuanya berjaya membuktikan mereka mampu menjadi billionaire hanya dengan trading.

Namun dalam keghairahan itu, tak ramai daripada kita yang betul-betul serius untuk menumpukan pada satu-satu kaedah atau trading strategy seperti idola-idola tersebut. Kita lebih gemar melompat-lompat ke satu teknik dan kemudian ke teknik yang lain, atau dalam istilah trading nya, Butterfly Trader.

Sedangkan apa yang kita perlu lakukan, cuma mendalami satu teknik yang berkesan, dan kemudiannya sesuaikan dengan psikologi, margin dan masa yang kita ada - sekaligus mencipta strategi dan peraturan kita sendiri dalam trading.

Dalam post ini saya akan kongsikan 7 tabiat atau habit seorang trader yang berjaya. Apa tabiat tersebut? Mari kita lihat satu persatu.


1. Belajar dan terus belajar tentang perkara Basic.

Seperti kata pepatah, sebesar-besar rumah, ia tetap terbina daripada seketul batu-bata. Adalah sangat penting jika anda berhajat untuk menjadi seorang trader yang berjaya untuk mengetahui segala basic di dalam trading seperti:

i -     Candlestick Patterns
ii -    Bid/Ask Price
iii-    Support and Resistance / Supply and Demand
iv -   Asas Trend
v -    Market Structure
vi -   Asas Brokerage
vii -  Pair Correlation
viii - Pair Range and Volatility
ix -   Fundamental Effect

Jika anda suka-suka terjun ke dalam bidang ini tanpa asas-asas di atas, nyata anda ikhlas bersedekah kepada broker!


2. Kaji dan buat latihan / backtest.

Trader yang berjaya seringkali bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan backtest pada satu-satu teknik yang mereka pelajari. Ia boleh digambarkan sebagai 'flight simulator' kepada trading dalam real account. Backtest seperti ini akan mengukuhkan psikologi trading anda, meskipun di dalam keadaan market yang tidak menentu. Jangan tak percaya, trader yang berjaya juga ada loss dalam trade mereka, tetapi yang pastinya ia bukan 'by accident'.


3. Mengira risiko sebelum mencongak untung.

Seringkali kita menganggap market ini kita yang punya, maka kita dengan angkuhnya tekan entry tanpa memikirkan berapa risiko / loss yang bakal kita hadapi. Kesilapan kita adalah kita selalu mengira profit yang bakal kita dapat, sebelum menilai loss yang bakal diterima. Ada dua cara mudah untuk anda mengawal risiko anda iaitu:

a. Meletakkan stoploss pada entry anda, berdasarkan analisa yang telah anda lakukan. Stoploss mestilah tidak terlalu dekat dengan entry, kerana ia akan mengganggu psikologi anda. Memadai jika anda setkan berapa loss yang sanggup diterima daripada entry tersebut, dan jangan layer-layer tanpa kiraan  yang tepat!

b. Anda boleh juga meletakkan modal yang minima untuk satu-satu pair, sebagai contoh, anda mengkhaskan satu akaun dengan modal 30USD khusus untuk trade pair EURUSD. 30USD tersebut adalah jumlah yang anda sanggup total loss. Jika anda entry dan layer berdasarkan analisa anda, insyaallah psikologi anda tidak akan terganggu, kerana ia adalah risiko yang sanggup anda terima!


4. Plan the trade and trade the plan.

Saya percaya, ramai daripada kita mampu menghasilkan analisa yang baik. Malah, pada satu tahap, kita mampu entry dengan zero float. Namun sayangnya apabila entry sudah membiru, kita gagal mengawal emosi dengan baik - bila price reverse je dan kita lihat profit makin berkurang, terus kita close entry tersebut. Maka melepaslah kita bila tengok price pergi ke tempat TP yang kita setkan awal-awal tadi. Selalu kan jadi macam ni?

Memetik kata-kata Warren Buffet,

"I don't have to be the smartest in the class, I just have to be the most disciplined"

Nyata trader yang berjaya sebenarnya cuma perlu lebih berdisplin, tak kira samada dalam analisa ataupun dalam entry. Set your own rules, and follow it!


5. Bersosial

Ya, ia mungkin kedengaran pelik, tetapi hakikatnya, lebih sedikit masa anda luangkan untuk menghadap entry anda, lebih mudah anda mengikuti trading strategy anda. Namun ia bukanlah bermakna saya suruh anda bersosial di tempat-tempat maksiat, tetapi lebih kepada hidup berkomuniti, beriadhah, mengeteh dengan kawan-kawan atau seumpamanya. Ia juga membuatkan anda rasa normal!


6. Muhasabah

Adakah anda berjaya mengumpul profit yang banyak minggu ini? Loss? Penting untuk anda bermuhasabah dan mengenalpasti kelebihan atau kesilapan yang anda lakukan dalam analisa anda. Seperti juga backtest, muhasabah analisa sendiri juga akan mengurangkan kesilapan anda di masa akan datang.

Malah, tidak keterlaluan jika saya mengajak anda untuk bermuhasabah amalan yang kita lakukan pada minggu lepas. Cukupkah ibadah kita? Sedekah? Jika kita percaya bahawa rezeki itu daripada-Nya, maka nikmat yang mana lagi yang harus kita dustakan?


7. Istiqamah

Oh cliche nya! Namun, suka atau tidak, istiqamah atau berdisplin mengulangi tabiat di atas setiap minggu adalah kunci utama untuk anda menjadi trader yang konsisten dan profitable. Tak percaya, anda cubalah!





"I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times" - Bruce Lee



Semoga anda belajar sesuatu daripada post ini.


'til then, Happy Trading!

Pegang 5 Kunci ini, Dunia Forex Milik Anda






👉Fokus
Kita selalu dengar nak berjaya perlu fokus. Tapi kita hanya dengar sahaja tanpa action daripada kita sendiri. Fokus pada trading, fokus pada satu teknik. Dalam bidang forex, ramai yang saya lihat mereka tidak fokus. Terlalu ghairah untuk kaya, nak cepat pandai tapi tidak fokus. Belajar terlalu banyak teknik tapi hakikatnya satu teknik pun dia tidak dikuasai. 


Kata Bruce lee “ saya tidak takut pada orang yang belajar 10 000 teknik tendangan, tapi saya takut pada yang selajar 1 tendangan dengan 10 000 kali latihan”



Percayalah, sekali anda belajar teknik baru, sekali lagi anda jadi newbie untuk teknik itu. 


👉Emosi 

Emosi antara perkara paling penting dalam trading. Ramai trader boleh tahan floating 20 usd tapi bila profit 2 usd terus take profit. Banyak perkara yang merosakkan emosi seorang trader antaranya apabila analisa yang dilakukan oleh trader tersebut tidak sama dengan analisa trader-trader lain. 


Faktor lain lemahnya emosi seorang trader ialah kerana kurangnya penguasaan terhadap sesuatu teknik, dengan kata lain, tidak tahu apa SOP teknik yang dipelajari. 



👉Pip 

Antara psikologi trader berjaya ialah keuntungan mereka tidak lagi dikira dengan banyaknya USD, tapi diukur pada bilangan pip yang berjaya dikutip.


👉Rajin Membaca


Ciri orang berjaya yang utama ialah rajin membaca. Nak berjaya dalam trading, ada jalannya. Anda lalui jalan itu dan anda akan terjumpa satu bilik, untuk masuk kebilik itu anda perlukan satu kunci, kuncinya ialah ilmu. Membaca ialah jalan utama untuk mendapatkan ilmu. Anda membaca artikel ini, insyaALLAH, sifat orang berjaya ada pada anda.


👉Sabar


Gagal itu proses, rugi itu proses, mc juga satu proses. Proses untuk berjaya. Proses ini bukan sehari atau sebulan, boleh jadi bertahun. Belajar daripada kegagalan dan kerugian, tulis sebab kerugian dan jangan ulangi lagi kesilapan itu .Pejam mata, sabar, Jalan terus.



Sabar yang penting dalam trading ialah apabila anda nak masuk position. Jangan terburu-buru masuk position hanya kerana anda melihat pergerakan pasaran sedang bergerak laju. 

Senarai Negara Yang "MENGHARAMKAN" Forex Trading Online


Salam 1Malaysia,




Straight To The Point.Isu ini bukan sebab fatwa mufti atau perkelahian halal haram patuh syariah yang tiada kesudahan dikalangan netizen.

Ianya melibatkan isu dan skandal khas setiap negara di bawah yang masih belum terungkai.

1.Belarus


2.Bosnia & Herzegovina

3.British Columbia (Canada)

4.Bulgaria


5.China (Strict regulations if not total ban)


6.Cuba


7.India


8.Indonesia


9.Ivory Coast


10.Iran


11.Liberia


12.Lithuania


13.Macedonia


14.Malaysia
(
Forex Scandal ~ Bank Negara Malaysia (BNM) recorded US$10 billion worth of foreign exchange (forex) market losses in the early 1990s, far higher than it had ever admitted. )


15.Montenegro


16.Myanmar


17.Nigeria


18.North Korea


19.Pakistan


20.Quebec (Canada)


21.Romania


22.South Korea


23.Sri Lanka (Recently relaxed but not confirmed)


24.St. Helena


25.Sudan


26.Syria


27.Ukraine


28.Zimbabwe



*Of the 195 countries in the world:
28-BAN Forex Online
The rest List of countries where forex trading is legal 

Di atas ini adalah 28 Senarai negara (Termaju Didunia) yang "BAN" forex online disebabkan beberapa perkara seperti point2 di bawah :

1.Sesetengah negara di atas memiliki akta yang "mandatori" mengenai AMLA ( Anti-Money Laundering ).Dengan tujuan mengelakkan skim ponzi atau skim cepat kayap.


2.Negara tersebut masih mengkaji kaedah terbaik untuk mengelakkan rakyat mereka men"deposit" sewenang-wenangnya duit tunai ke luar negara yang tidak memberi hasil kepada KDNK setiap negara tersebut.

3.Mengharamkan terus penggunaan Kredit Kad apabila melibatkan pembelian online daripada peniaga luar negara selain dari negara mereka.

4.Mengehad atau me "limitkan" pengeluaran dana atau penghantaran remit dana ke luar negara.

5.Menyekat segala transaksi "pengeluaran" melalui "Proksi" utama (Negara kita ialah BNM) yang mengawal keluar masuk duit yang melibatkan dana luar dari luar negara atas arahan pihak berkuasa sesetengah negara tersenarai.

6.Khuatir dana pengeluaran dari anggota pengganas atau dana "deposit" ke pihak pengganas.

7.Tidak memberikan sebarang hasil percukaian terhadap negara tersebut disebabkan "Remit dari Luar Negara" .

Sebagai contoh negara kita mempunyai akta LHDN 2004 yang "mengecualikan" cukai ke akaun individu walaupun ada rakan dari seberang yang menghantar "withdraw" sebanyak 2.6 Billion Rupiah, dan bebas dari sebarang cukai.

Individu tersebut juga boleh tenang makan di restoran mamak dengan 4 keping roti canai tanpa dicuit Lembaga LHDN.



Rujukan LHDN disini :
English
B.M


Rujukan Data di atas :
English

Semoga bermanfaat.

Kaedah Bodoh Panduan Ringankan Mobile Phone untuk MT4 dan Whats App

Salam 1 Malaysia,


Hari ini penulis ingin share benda paling mudah lajukan Mobile Phone.Sebab trader akan gunakan MT4 mobile untuk monitor.Disamping internet mesti laju kuasa "kuda",Hp juga perlu diservis,nanti nak close position yang kalian layer sampai penuh HP dan entry menjadi loss,walaupun guna multi terminal atau "close by"(Close position serentak kurang 2 saat walaupun ada 14juta layer)


Pernahkah anda mengalami masalah Paling men"celaka"kan emosi anda seperti gambar di bawah.


Letih dah tengok Youtube,search internet,masih tetap berat walau dah ikut step "auta" mat saleh,

Rupa2nya bersawang Whats App dengan file2,voice2 dan video2 sejak zaman Jurrasic yang kita tak delete.

Cikgu along jumpa kaedah mudah.

1.UNINSTALL games budak2 tak mumayyiz.Kita dah tua bangka,pergi mengajilah dari main COC dan pokimongo.

Pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi. Memandangkan mungkin anda ada membuang sejumlah aplikasi yang tidak digunakan, maka data-data cache untuknya turut akan disimpan – yang mana anda boleh membuangnya dan mendapatkan ruangan storan tambahan.

2.Lepas settle step di bawah ini,barulah HP kita selaju petir.Patutlah selama ini HP kita berat.Ada saka rupanya.

Pergi Storan "File".Ikut step gambar di bawah.


File Manager

Biasanya MT4 atau Whats App kita berat di SD card.
Cari File "WhatsApp"

Media

Inilah rupanya "saka" yang beratkan HP kita.Delete dan hapuskan semua.


Fuhh..lega..lepas setlle sesi buang saka di atas.Baru ingat nak beli ipong 7'cancel.
Hp terus laju 2 saat dr Ipong7 dari kelajuan membaling anjing.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk rakyat Malaysia yang tertekan,dah lah minyak naik ,HP asik Hang dan hati tisu "left" grup sebab HP berat,x daya nak layan bertalu2 whats App dan taligrem.


Ilmu Personel Coaching Piphijau - Preview

Salam satu Malaysia buat semua.

Tak sampai berapa jam lagi , kita akan masuk tahun 2017.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan Allah taala makbulkan doa kita untuk dilepaskan dari lilitan hutang yang membelenggu keliling pinggang kita rakyat Malaysia.

Ditambah lagi dengan kos sara hidup, harga barang yang dahulunya "Menteri Auta" kata GST menurunkan harga barang.
Sekarang,hapah pun rakyat tak dapat,melainkan "dedak" BR1M sebagai gula-gula untuk melupakan kesengsaraan yang berlaku.
Ini rumus dan sifir zaman "freemason" auta "dajjal" bagi Rm2 pada rakyat,kaut diam-diam Rm10 tanpa disedari.

Jangan jadi bodoh si "Jamban Tongkol" bertuala di depan orang,tak tau malu.
Esok berjubah kupiah depan kedai judi "kuda".Tak senonoh,memalukan melayu.

Ok..ok..melalut pulak,

Berbalik kepada tajuk di atas,

Maka akan ada soalan-soalan "tipikal" Bani Melayu dan bani satu Malaysia:


1.Berapa Harga?
2.Ada buat PC lagi?
3.Free ke Bayar?
4.Saya Nak boleh?
5.Bila boleh dapat lengkap kesemuanya,complete set?

6.Saya dah pernah PC,nak semua set lengkap boleh?

Jawapan:

1.Tiada Harga

2.Dah malas nak buat.
3.Ikut suka hati cikgu along.Selagi Najib PM,duit RM tak berapa laku.

4.Boleh,dengan syarat follow blog ini.
5.Cikgu along akan share buat hilang jemu duduk rumah,mana tau satu minggu satu muka,ikut rajin,ada dekat 500 muka lebih,in sya Allah setiap bab saya akan rajinkan diri merakam video dan guide satu-satu sampai semua faham.
6.Boleh dapat semua,tapi saya akan guide satu-satu di blog ini sama macam orang lain,sebab yang dah PC,biasalah Melayu mudah "lupa".Jika dapat cuba periksa balik dimana modul ini dismpan,bawah katil , hilang ataupun buat-buat bakar.


Jadi ,selepas ini saya akan guide ilmu ini di blog ini,satu persatu,in sya Allah,panjang umur kita ikhtiarkan khatam dalam tahun 2017 sampai semua trader dapat manfaat.Cikgu cuma share ilmu dan pengalaman.

Untung atau MC ,bab-bab rezeki aturan Yang Maha Kuasa ini saya tak mampu nak jawab.
Awak pergi hadap cermin,tepuk dada,tanya iman.


Di bawah ini adalah gambar-gambar Preview Modul (19 Bab) Ratusan muka surat untuk tatapan anda semua secara permulaan.

Dah belek semua satu-satu,jangan lupa komen di bawah:

Nak tulis apa cikgu along?

Ikut suka awaklah.Dah tua bangka belaka.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :