Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Bank Adalah Sistem Fitnah "Dajjal" dan Komplot Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia


Salam semua,

Hari ini penulis ingan berkongsi 2 video yang sangat "mustahak" untuk dilihat dan memerlukan anda meluangkan sedikit masa supaya kita menjadi manusia yang ingat akan pesan Allah dan Nabi s.a.w iaitu:



"Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." 
[Surah Al-Baqarah : 275
]

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman"
[Surah Al-Baqarah : 278]

Firman Allah S.W.T : Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”.
[Surah Al-Baqarah 279]

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan".
[Surah Al-Imran 130]


Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu tiba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang ( yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya) ."
[Surah Ar-Rum : 39]



Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba."
[Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]
Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal keluar sesegera mungkin.

Sekarang penulis perincikan kepada anda, apa dia itu sistem dajjal:
1- Sistem kewangan Islam berjaya dihapuskan secara mutlak
(Agenda dajjal berjaya)
(Dinar & Dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
2- Wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia
(Sistem dajjal)
(Sistem kewangan Islam sebenarnya berlandaskan emas & perak sebagai nilai matawang)

3- Wang kertas akan digantikan beransur-ansur dengan wang elektronik (Sistem dajjal)
(Dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas)
(Dari kertas bertukar menjadi duit digital)
(Kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold)
(Moneybooker, digital check,bitcoin dan lain-lain)


Lihat Video di bawah bagaimana sistem dajjal ini mengusai dunia dengan kewangan berteraskan sistem riba' yang tiada penghujung.




4- Berita, media, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli
(CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland)
5- Ekonomi dunia dikuasai agen-agen dajjal melalui YAHUDI.
(VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
(Makanan segera jenama dunia)
(Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
(Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
(Teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)

Ini adalah kiasan Nabi s.a.w ramai antara kita terkena "debunya"

Lihat Video animasi kartoon di bawah bagaimana sistem dajjal ini menipu kita satu keturunan hidup-hidup.







6- Pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat) binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal. Pyramid merupakan salah 1 sistem terbesarnya. (sekiranya anda perasan, setiap bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun ada binaan pyramid) pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia.

Setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan.

Dengan kaedah yang sama juga, Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat, bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan, jika anda solat ke dalam masjid, dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah, iaitu tepat di bawah lilitannya, kerana itulah bila kita sebagai Muslimin, masuk masjid hati pasti menjadi tenang.


Lokasi Pyramid lama:
Mesir (lebih dari 3 bijik)
China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)

Lokasi Pyramid moden:
KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)
Dubai
Hollywood
Semua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)
Anda cariah sendiri dah bersepah2 sekarang.
Itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad s.a.w benar-benar berpesan pada kita, baca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dan, baca 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, maka diri anda akan terlindung dari fitnah dajjal ini.

Semoga bermanfaat untuk perkongsian kali ini.


Dua soalan dan Dua jawapan perbankan Islam


Salam Aidiladha buat semua,






Gambar 1- Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam



Gambar 2 - Lembaga Pengarah Bank Islam

Hari ini penulis mengemukakan dua soalan dan keluhan dari rakyat dan 2 jawapan dari pihak perbankan Islam dimana mereka ini "ahli" dalam bidang muamalat dan syariah.

Soalan dan jawapan di bawah,penulis tidak "edit" dan mereka menggunakan bahasa dan ejaan tulisan yang mereka anggap mudah difahami semua.

Semoga kisah dibawah ini menjadi tauladan dan ingatan buat kita hari ini dan anak cucu akan datang.

Soalan Rakyat 1:

Saya merupakan peminjam pembiayaan kenderaan Bank Islam sejak tahun 2010. Saya tertarik dengan promosi 0 downpayment bawah promosi Gradhitz ketika itu dan setiap bulan saya membayar RM775.

Kini setelah 4 tahun pembiayaan, timbul pula masalah apabila pihak Bank Islam tanpa memaklumkan pada peminjam telah tag C dalam laporan Bank Negara Malaysia.
Hal ini disedari bila saya cuba untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Pegawai dari Bank Rakyat memaklumkan tag C ini adalah penjadualan semula pinjaman yang biasanya dibuat oleh peminjam untuk mengurangkan pembiayaan dan memanjangkan tempoh pinjaman.
Saya telah pergi ke Bank Islam cawangan terdekat untuk mendapatkan perjelasan mengenai hal ini sebab saya tidak pernah memohon untuk penjadualan semula pinjaman.
Masalah saya kemudian dipanjangkan ke bahagian pembiayaan automobil Bank Islam di Butterworth. Pegawai pusat pembiayaan automobil bernama Puan Su memaklumkan yang pembiayaan saya telah tertunggak 2 bulan.
Saya memaklumkan sebagai kakitangan awam saya hanya boleh bayar selepas 25 haribulan jadi tunggakan yang sebenarnya cuma sebulan.
Tapi yang paling mengejutkan beliau mengatakan tag C dibuat sejak Ogos 2013 tanpa memaklumkan pada peminjam dan Bank Islam dengan ‘baik hati’ telah membayar sebulan pembiayaan saya sedangkan setiap bulan saya membayar jumlah yang sama cuma tertunggak sebulan.
Saya bertanyakan apa jalan penyelesaian untuk untag C dalam laporan BNM, pegawai berkenaan mengesyorkan saya membuat surat rasmi kepada Bank Islam serta membayar RM2348.14.
Saya terkejut dengan jumlah yang disebut sedangkan sms yang saya terima mengatakan jumlah yang tertunggak adalah dua bulan yakni rm1458.00, jadi mana datangnya lagi sebulan? Pegawai berkenaan mengatakan jumlah yang sebulan tu adalah pada bulan 8 yakni bila Bank Islam dengan ‘baik hati’ membayarnya.
Inilah kali pertama saya mendengar sebuah bank yang baik hati tolong bayar ansuran peminjam. Bagaimana sebuah bank yang ada tertera ISLAM tanpa merujuk dengan peminjam membuat keputusan dengan sukahati? Bukankah pihak bank perlu mendapatkan perjelasan dari peminjam atau sekurang-kurangnya memaklumkan pada peminjam tindakan yang diambil oleh pihak bank?
Saya amat kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam dan rasa menyesal kerana mengambil pembiayaan dari Bank Islam. Kini baru saya tahu kenapa ramai ahli keluarga saya dan rakan-rakan lebih selesa dengan bank-bank konvensional yang lain.
Bank Islam hanya menggunakan Islam pada nama sahaja tapi amalan tidak mencerminkan Islam langsung.

By: Kama Kamarul

Soalan Rakyat 2:



Assalamualaikum. Bank2 yang dilabel Islamic di malaysia memang orang ramai dah tahu - produk haram di'laras'kan menjadi produk halal. Sebahagiannya menjadi benar2 halal tetapi ada beberapa produk yg dilabel Islamic masih syubhah dan memang terang2 haram.

Contohnya:
1. urusan jual beli spt rumah, kereta apa2 je berkaitan 'jual beli' rata2 memang ikut lunas syariah. Apa yg berlaku ialah bank membeli bagi pihak pembeli dan menjualnya kembali kpd pembeli dgn harga baru termasuk kadar untung. Itu ok...
2. produk pinjaman peribadi dll yg berteraskan pinjaman semata-mata. Mulanya saya ingat semua level dah ok tapi bilamana saya semak modus operandi sehingga ke tahap tuntutan hutang kembali, di situlah bermulanya permainan & pelarasan terma syariah. Saya sendiri sekarang ni menjadi mangsa riba Bank CIMB Islamic bank. bank2 yg mengaku 'Islamic' ini biasanya akan mengenakan cas kewangan (finance charge) dan cas lewat bayaran (late charge service) dan dinyatakan dlm penyata2 yg dihantar kpd penghutang. Inilah sumber rezeki haram mereka - ya terus terang saya katakan haram sebabnya Yahudi mengamalkan 'cas' lewat dan pelbagai 'cas'yg memungkinkan jumlah pokok perlu meningkat apabila sampai kembali ke tangan mereka. Kalau pinjam melalui kredit card di ATM, pasntinya RM50 dicas juga tak kira berapa yg dikeluarkan. Pokoknya semua transaksi kemudian dilabelkan cas. So bila nak tahu semua itu ialah RIBA? Bila mana kita dapat surat lawyer konvensional.... Laywar akan maklumkan kelewatan bayaran pokok bersama2 INTEREST akan disusuli tindakan undang2. Surat pun dah BI, memang terang2 itu dipanggil interest. Bank CIMB Islamic amal interest? Ya. Saya ada bukti kukuh di tangan. Dah la mengaku Islamic bank, ambil pula peguam konvensional yg terang2an amalkan riba (tanyalah peguam2 syarie), maka mereka bank Islamic ini sendiri upah peguam yg amal riba... Islamic la konon... Kesimpulannya, tak perlu saya panjang2kan isu ini yg sudah pun saya jumpa 'semut hitam di atas batu hitam di malam hari' spt yg Nabi ingatkan tentang fitnah2 yg akan muncul kpd umat islam. Memang bank yg melabel diri mereka Islamic ini, PENIPU! PEMAKAN RIBA! dan PEMBAYAR RIBA! Semoga Allah jahanamkan mereka semua!!!
By: Adi Nur Aidil Ali




Kedua-dua jawapan di bawah mudah-mudahan menyelesaikan soalan yang masih tidak berjawab di atas.Along sebagai penulis blog hanya mengemukakan pandangan dari bidang ilmu "sangka baik" ,manakala bidang syariah dan hukum perlu dirujuk kepada yang lebih "ahli".

Jawapan 1 :

Haji Mohd Nazri Chik - Ketua bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad


Jawapan 2 :

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Mentaliti trader forex


Salam semua,


Mari kita kenali ,anda mentaliti trader di tahap mana


Peringkat 1

Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi profit dengan mudah.

Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor “Tuah” @ luck yg menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya anda tetap mengira yang anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan sebaliknya.Anda yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method atau system yang lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda sendiri,anda selalu melawan market kerana perasaan marah anda.anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau membiarkan keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa saja modal yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu…

90% mereka mereka yang berkecimpung didalam kerjaya forex akan sampai ke level ini sahaja..Mereka biasanya menjadi bankrap ,berhenti trading dan menggangap apa yang terjadi hanyalah mimpi buruk belaka.Sebahagian lagi tetap berkeras dan terus mencari modal dari orang lain dan trading seperti orang yang hilang akal,dalam seminggu dua modal yg mereka perolehi dari orang lain itu habis lalu mereka terus mencari mangsa seterusnya..Mereka masih mengaku yang mereka seorang “Trader” dan biasanya mereka akan membuka pejabat broker sendiri @ bekerja dipejabat broker yang lain untuk terus mendapatkan modal .Hanya faktor “waktu” ,Sampai bila mereka dapat bertahan dilevel ini,dan waktu selalunya menang…90% trader ada di level ini dan hanya 10% akan meneruskan kerjaya mereka keperingkat seterusnya…


Peringkat 2

Pada level ini anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya tidak tahu trade dengan betul dan,anda tidak pun memiliki kebolehan untuk trading yang dapat menghasilkan profit secara konsisten dan anda tahu sebabnya..Ditahap ini,dalam hati anda akan diselubungi "Hasad" dan menilai orang lain lebih rendah ilmu dan harta berbanding anda.Timbullah fitnah yang anda lihat "koyak kecil"kekurangan trader lain sedangkan baju sendiri "koyak rabak" akibat ego dan "berasa" diri Sgt tinggi ilmu.
Anda sedar selama di level satu semua yang terjadi adalah dibawah pengaruh emosi anda sendiri yang tidak dapat berfikir secara waras.

Maka anda mula mencari sesuatu yang dipanggil “Holy Grail”.(system trading yang sempurna iaitu system yang tak pernah rugi bila digunakan ) Anda mula membeli sistem2 yang ada di internet,anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari USA UK Australia Europa sampai ke Russia.Anda baca semua ebook yang ada,Anda akan praktikkan semua system yg terdapat dimuka bumi ini yang anda perolehi,Anda menjadi seorang yang dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di gurun sahara yang dahagakan air..
Pada level ini anda akan membaca semua secara terperinci tentang indicator,Anda akan menguji semua indicator yang ada di software trading anda,Bahkan anda mungkin akan membuat indicator sendiri (Biasanya gabungan 2 @ 3 indicator) Anda akan bermain main dengan Moving average, Fibonacci lines, Pivot ,Divergence ,DMI,ADX Bollinger bands dan keseluruhan indicator yang ada.

Anda tahu bahawa market terlalu rumit untuk dijangka dengan menggunakan hanya dengan 1 indicator sahaja.Anda tahu gabungan ideal dari setiap indicator itu.Anda tahu ketepatan dan kelemahan indicator tersebut.Anda akan mencuba TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut,Kekadang anda akan bergabung dengan mana mana forum @ chat room trader dan bertanyakan apa apa yang anda tidak faham tentang forex pada trader yang lebih senior. Pada penghujung level ini anda akan mendapatkan 5 -10 sistem yang agak lengkap dan mencuba mencari yang mana antaranya paling sesuai dan terbaik yang bakal anda gunakan.Dari 10% trader yang ada dilevel ini hanya sekitar 7% yang berjaya ke peringkat ketiga.


Peringkat 3

Pada akhir peringkat 2 anda menerima hakikat bahawa punca kegagalan anda bukan terletak di sistem.Anda menyedari bahawa anda boleh mendapat keuntungan walau hanya menggunakan moving average sahaja tanpa indicator lain ( system yang begitu simple) jika anda betul betul menggunakan akal anda dan risk management yang sepatutnya.
Anda mula membaca buku tentang saikologi trading atau artikel2 berkaitan dengannya.Dengan memahami isi kandungannya maka akhirnya anda sebenarnya sudah memasuki peringkat pencerahan. (menghampiri kejayaan).Peringkat pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting ,Didunia ini tidak ada seorang pun yang mampu menjangka secara tepat apa akan terjadi pada pergerakkan market 30 minit kedepan.

Maka anda mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan peribadi anda.dan mampu menjana lebih banyak keuntungan daripada kerugian.Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinannya untuk mendapat profit lebih besar dari lost dan juga bila ada signal dari system anda yang membenarkan anda berbuat demikian.Anda juga akan menggunakan stop lost kerana anda sedar stop loss adalah risiko bisnes yang ada didunia trading.

Ketika stop lost yang anda pasang kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun yang boleh mengjangkakannya..dan itu bukan kesilapan anda.Trading yang seterusnya akan meningkatkan kemungkinan profit kerana anda sedar system anda memberi lebih profit dari lost.Anda sedar bahawa didalam dunia trading hanya ada beberapa perkara terpenting yang perlu di ambil kira dan tak boleh dipandang ringan ,iaitu konsistensi ,saikologi trading ,Risk Management dan yang terpenting adalah displin anda sendiri dalam melakukan jual beli forex.Anda mempelajari tentang Risk Management 2% yang digunakan kebanyakan proffesional2 traders di seluruh dunia.Dalam hal ini ia memberi peringatan kisah 2@3 tahun yang lalu ketika ada yang menasihatkan perkara yang sama pada anda tentang risk ini tetapi tak pernah anda endahkannya..Ketika itu anda belum matang dalam trade tetapi sekarang anda sudah berubah dan lebih bersedia.
Dari 7% trader yang ada di peringkat ini hanya sekitar 5% berjaya menuju ke peringkat seterusnya…


Peringkat 4

Ok sekarang anda hanya trade bila system anda membenarkannya. Anda tidak teragak agak untuk cut lost bila anda fikirkan wajar berbuat demikian dan tanpa ragu ragu begitu juga sebaliknya bila anda ambil profit kerana anda sentiasa sedar system anda memberikan keuntungan melebihi kerugian pada jangka masa panjang.Di peringkat ini anda mulai target keuntungan anda hanya dengan 20-30 pip dalam sehari.dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu anda meningkatkan lagi target sehingga ke 40 pip sehari dan akhirnya semua ini biasa buat anda.

Anda masih harus bekerja keras untuk sentiasa memperbaiki system anda, menguasai emosi dan melaksanakan Risk management yang anda pegang.
Peringkat ini berjalan antara 4-6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke peringkat seterusnya..


Peringkat 5

Nah , sekarang anda sampai di peringkat teratas,,Peringkat yang paling diharapkan oleh seluruh trader didunia ini.Diperingkat ini anda trade secara semulajadi.Anda menguasai semuanya.Anda dapat menari bersama pergerakkan market walau turun @ naik.Kemana pun arah market bergerak anda telah pun menunggu di posisi yang betul .Anda hanya tunggu dan melihat profit anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit..

Ini lah peringkat kemuncak seorang trader, Inilah kejayaan sebenarnya.Anda telah menguasai emosi anda dan sekarang anda trading dengan akaun yang terus membesar setiap hari dari compounded profit yang anda perolehi Anda akan jadi bintang di trading chat room, dan orang orang akan mendengarkan apa yang anda katakan,Anda kenal dengan pertanyaan mereka kerana anda di kedudukan mereka satu masa dulu.Anda akan memberikan nasihat dan pedoman ,Namun anda tahu kebanyakkan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana meraka masih di Peringkat 1..

Anda tidak mempunyai masaalah kewangan lagi.Anda mampu membeli segalanya yang anda idamkan selama ini.Anda mampu membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet.Anda boleh pindah ke hotel 5 bintang dan menjadi penghuni tetap disana.Anda mempunyai pendapatan seperti seorang superstar.Anda boleh membuat buku sendiri.Anda boleh trading dengan margin (modal) yang tanpa batas dan akaun anda akan menjadi berlipat kali ganda ..Hanya 3% sahaja trader yang boleh sampai ke peringkat ini

Sekarang anda tahu anda dimana.Semakin tinggi ilmu,semakin banyak manfaat untuk Orang lain dan semakin dekat "Dagu ke Dada" bila di khalayak

Semakin banyak profit semakin kita takut dipertanggung jawab oleh Allah atas kemana pergi setiap sen yang anda dapat T_T

wassalam :)

Rahsia 61.8 dalam Al-Quran

Bismillah.

Kita perhatikan fibo ini:
along bagi contoh 61.8

Kita buka surah
ke-61(As-Saff)
ayat lapan(8)

Perhatikan maksud ayat "cahaya"

ulang berkali2 dan baca tafsiran merujuk kitab ulamak2 besar.

 

Sekian untuk hari ini.
wassalam

Benar..Al Quran bnyk rahsianya..along kuat
mengumpul dan membaca buku motivasi org
yahudi,nasrani dan bangsa lain..mereka mengkaji al
Quran dengan sungguh2..namun tiada iman..manakala
melayu Islam kita membaca tanpa faham dapat pahala
juga..namun kebanyakan kita membuatkan Quran kita
dirumah berdebu.

The Greatest motivational book ever.
-Al Quran-
The Miracle.
Let's Allah speak to you

Budak Kampung Ke Super Trader






Salam semua,

Along ada posting di FB seperti di bawah :


Dalam Malaysia ini,antara trader seluruhnya along tidak layak untuk berdiri di khalayak ramai dan mengajar ilmu ini.
Namun nabi s.a.w pesan, "sampaikanlah ilmu walau satu ayat"

Menjadi rutin harianku memeriksa besi yang karat untuk dibersihkan "Blasting" dan menjadikannya bernilai tinggi "Painting"



Kenapa along buat kelas "Sogeh Profit" :
(Maksud kiasannya Kaya Bertaqwa dengan ilmu dunia untuk bekal akhirat)

Ada 2 sebab.

1.Atas alasan sama,seperti tugas diatas,along dikelilingi trader Malaysia yang dari 100 orang,98 loss dengan teruk.
Ulamak bagitau,jika kita lihat orang lemas,"wajib" yang pandai berenang selamatkan segera.Begitu juga dengan "Dagangan Analisa Matawang"

2.Saya terpanggil dengan cabaran seorang trader No.1 Asia,

"Tiada seorang trader Muslim yang namanya di ranking dan proven di Wall Street apatah lagi berbangsa Melayu".

Pada ketika itu Perodua Kancil kesayanganku kehabisan minyak di tepi jalan T_T





Dan pada ketika itu juga page
https://www.facebook.com/forexprofit
ini dibuat bagi menunujukkan usaha kecil dan berhasil bukti rakyat Malaysia juga Boleh.
dengan Trade mark "Dari Budak Kampung Ke Super Trader"




yang menjadi doa,dan yakin bahawa Allah s.w.t jua yang memakbulkan doa.

Hudud di Brunei

Salam semua,

Hari ini penuh dengan perkara yang membahagiakan,

Yang paling Bahagia Bila Mendengar Ucapan Sultan Brunei,Hasanal Bolkiah melaksanakan ketetapan dan hukum Allah sejak azali iaitu Hukuman Hudud.





Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP



Bil TNB baru

Salam Aidil Adha buat semua,

Hari ini along dalam mood menulis modul dan disamping cuti dan berehat di rumah.

Sedang menulis,tiba-tiba ada brother TNB hantar notis seperti biasa

"Rakyat didahulukan atau kena dahulu :)"

sebagai tugasan biasa rakyat Malaysia setiap bulan iaitu menjelaskan bil-bil kegunaan harian,yang didoakan orang yang rakyat beri amanah (Kerajaan) menggunakan duit rakyat untuk tujuan yang betul.Bukan masuk kocek sendiri.Ingatlah Allah akan tanya satu persatu di Mahsyar nanti.

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan iaitu bil tnb yang baru.

Along,ini pun kau nak share ke.

Ya,walaupun seremeh bil tnb.

Nabi pernah bersabda,"sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat"

Along nak ubah cara berfikir orang Islam kita terutama sekali bangsa melayu.Mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya jika apa yang mereka tahu(sedikit ilmu) orang lain tahu juga.

Ini namanya kedekut ilmu.

Along ulang buat kali yang berapa puluh ratus.

"Sejak kita dalam perut ibu(dalam air ketuban ibu),Allah dah atur segala rezeki dan aturan hidup kita.Cuma cara kita mengambil jalan,sama ada cara benar atau salah,Yang baik atau yang buruk Allah beri kita akal untuk berfikir dan mengubah hidup"

Nah..ini bil contoh perbezaan bil TNB yang lama dan yang baru
Sekian,

jumpa lagi next posting di tulisan perkongsian ilmu Allah yang tiada penghujung yang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :