Showing posts with label piphijau. Show all posts
Showing posts with label piphijau. Show all posts

[Currency Meter Pro]

Jadi apakah sebenarnya Currency Meter ni? Ianya berfungsi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu matawang berdasarkan kepada perbandingan dengan matawang yang lain. Dan hasilnya kita akan mendapat satu senarai yang menunjukkan matawang yang paling kuat sehingga yang paling lemah.


Currency Meter Pro

Macam mana nak memanfaatkan meter ni?

Caranya, kita akan melihat senarai untuk mendapatkan matawang yang paling kuat dan paling lemah. Seterusnya kita akan jadikan matawang tersebut sebagai pasangan.

Contoh:-

Matawang paling kuat adalah CHF dan matawang yang paling lemah CAD dan USD.

Maka dari sini, kita tahu matawang yang kita boleh fokus untuk trade ketika itu adalah dua matawang iaitu USDCAD dan USDCHF. Namun, adakah kita perlu trade kedua-dua matawang tersebut? TIDAK!! Kita hanya fokus kepada satu atau dua pasangan sahaja bergantung kepada modal korang.

Jadi yang mana satu patut kita fokus?

Ok. Untuk menentukan pasangan yang boleh kita fokus pula, kita perlu lihat senarai lain pula dengan bantuan maklumat yang kita dapat daripada website berikut :-


Apa yang akan kita perhatikan di sini ye? Ok. Cuba korang klik dulu link tersebut dan tengok apa yang kelihatan? Yezzaa. Dekat situ akan ada senarai pasangan matawang berdasarkan kepada apa yang berlaku di pasaran semasa. Maksubnya kita dapat melihat samaada trader ramai yang sedang BUY/SELL sesuatu pasangan matawang tersebut.

USDCAD

USDCHF

Berdasarkan kepada screen shot tersebut kita dapat perhatikan bahawa trader sekarang ini memilih untuk BUY USDCAD dan USDCHF. Adakah ini bermakna kita akan terus masuk untuk join the trend untuk BUY juga?

Sabar dulu.

Sebelum kita nak masuk entry mana-mana posisi adalah seeloknya kita melakukan teknikal Analisa terlebih dahulukan? Apa guna kita belajar buat analisa tapi tak nak guna kan? Masa ni la nak tunjukkan kehandalan korang menganalisa market bak seperti Soros. Hehe.

Analisa sampai lebam. Dah puas hati baru entry menggunakan kefahaman teknikal korang. Jangan ikut2 orang@masta pula ye. Cukup2 la ikut sikenal orang tu. Cuba la guna sikenal sendiri pula. Mesti kepuasan yang dapat bila TP tu akan lebih terserlah. Hehehe.

Teknikal.

Tak pandai/tahu macam mana nak buat analisa? Meh wasap abam cepat2. Ada offer baik punya ni. Siapa cepat dia dapat ye 😊

Download?

Kat mana nak dapatkan CURRENCY METER tersebut? Meh SINI sedut sampai kenyang. Hehe. Dah sedut tu UCAP la TERIMA KASIH sekurangnya 😊

Semoga bermanfaat buat semua ye.

p/s – abam nak buat kelas di sekitar Selangor pada 17hb Febuari 2018 (Sabtu) yang mana2 rasa berminat tu boleh la wasap dulu ye. **17hb Febuari adalah cuti umum (Tahun Baru Cina)

Update :- Kelas terpaksa ditunda ke bulan March 2018 (tarikh akan diumumkan di dalam group nanti. Join segera untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut)

Link group telegram: Naked Trading System

--
Hilman Nawi
Pengurus PiphijauLTD
email: terengganu@piphijaultd.com

BASIC FOREX : [TOOL UNTUK TRADE FOREX]

Hari ni abam rasa nak kongsi la satu tool/apps yang kita boleh gunakan dalam trading.

Pernah dengar atau guna website/apps https://www.investing.com tak? Yang pernah guna mesti dah tahu macam mana nak gunakan. Yang tak boleh pernah guna dan pertama kali dengar jangan bimbang, abam nak kongsi la ni macam mana nak guna apps tu 😊

Ni rupa website investing.com tu

source : https://www.investing.com

Nak lagi cantik, korang signup la siap2 satu akaun dekat investing.com tu. Jadi nanti bila korang ada buat apa2 perubahan setting custom, korang tak perlu dah load balik setting tu. Cuma perlu LOGIN je akaun investing.com yang dah korang SIGNUP tu. Tak perlu la nak setting banyak2 kali. Kan dah mudah tu.

Jadi apa yang syoknya pasal investing.com ni? Haa.. meh sini abam nak tunjuk. Sebenarnya banyak je yang kita boleh dapat dari investing.com ni kan. Contohnya boleh dapat berita semasa berkait dengan ekonomi (saham, forex dll). Tapi hari ni abam tak nak cerita pasal fungsi lain2 tu. Abam nak cerita yang istimewa sikit. Cer tengok gambar kat bawah ni jap.

source : https://www.investing.com

Apa yang korang nampak dari gambar tu? Haa.. betul la tu. Kita boleh tengok trend semasa untuk sesuatu PAIR matawang tersebut. Abam ambil contoh pair USDJPY neh. Dalam gambar tu, kita boleh tengok kesemua timeframe menunjukkan STRONG BUY. Maka yang perlu kita buat selepas dah nampak tu? Apa lagi kan. Kita cari la peluang untuk BUY sahaja pada waktu tu. Jangan terus masuk BUY, buat la analisa untuk dapatkan point entry yang terbaik. Kan kalau floating korang marah kat abam lak :p

Ehhh.. dahtu kena ON komputer ke setiap kali nak dapatkan info dari investing.com tu? Tak perlu pun. Sekarang kan zaman semua mudah. Pakai SMARTPHONE. Kena la gunakan kemudahan yang memang kita dah ada tu. Jangan la guna untuk wasap or telegram cari signal je dalam group. Banyak lagi yang kita boleh dapatkan dari henpon pintar tu 😊

Buat yang gunakan henpon android, korang cari je apps ni ye
source : PLAYSTORE
Install siap2 dalam henpon. Senang bila nak pakai nanti. Tak perlu la korang nak buka browser setiap kali nak tengok investing.com kan. Dekat android je ke yang ada apps ni? Hehe. Untuk IPHONE abam tak pasti pula sebab tak pernah lagi guna IPHONE. Tunggu abam dah guna nanti abam update semula ye. Hehehe..
 
source: PLAYSTORE
Korang login la ke akaun yang dah signup sebelum ni tu. Jadi senang la bila nak digunakan nanti. Korang boleh set kan pair yang korang nak ada dalam senarai tu. Letak la pair yang biasa korang trade. Cepat la sikit bila nak rujuk nanti. Jangan la letak banyak2 melainkan memang korang kaki entry semua pair yang ada. Hehehe.

Abam bercadang nak buat kelas awal bulan Disember 2017 nanti kat KEMAMAN, TERENGGANU. Abam nak share macam mana nak utilize kan website/apps investing.com ni. Ada yang berminat tak? Abam open untuk 20 orang je. Tak nak ramai2. Baru boleh fokus dekat sorang2.

Yang berminat whatsapp abam ye. Nanti abam bagi detail pasal kelas tu. www.wasap.my/60199590539 (hilman nawi)
---
Hilman Nawi
Pengurus Piphijaultd
Email : terengganu@piphijaultd.com
Official website: http://piphijaultd.com/ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :