Showing posts with label riba' dikalangan umat islam. Show all posts
Showing posts with label riba' dikalangan umat islam. Show all posts

Perbankan Islam ada Riba' atau Tidak.

Pembongkaran Riba' disebalik kocek Umat Islam. (Part 1)
Salam semua,mulai hari ini team PipHijau akan memberikan artikel yang lebih bermanfaat,luar kotak,perbincangan,jujur,straight to the point menerangkan yang Hak,walaupun kadangkala artikel ini tidak dipersetujui pakar2 kewangan dan ahli agama terutamanya panel2 syariah yang makan gaji di Bank mereka kerja, kesemua info yang ditulis ini dengan harapan memberi manfaat yang banyak buat anak cucu kita,kesemuanya dengan izin dariNya.

Gambar Dia atas merupakan sketsa tipikal yang biasa berlaku kepada rakyat yang ingin membuat pinjaman atas urusan peribadi atau perniagaan.Pilihan samada menggunakan perbankan konvesional atau Islamik.Umat Islam sudah tentu memilih perbankan Islamik.Baiklah,seperti yang tuan puan fikirkan adakah lebihan Rm2000 di atas :
1.Upah,komisyen Bank (Urusan bayar gaji pekerja,elektrik,sewa kedai buat bank dan sebagainya)
2.Caj bank setiap bulan kumulatif sehingga 12 bulan.
3.Upah setuju antara peminjam dan bank.
4.Caj cukai kerajaan seperti GST dan sebagainya.
5.Duit bank untung atas perniagaan "pinjaman".

6.Riba'

Setiap antara kita akan memberikan jawapan yang berbeza mengikut tahap pendidikan masing-masing.Baiklah,kita buang semua pangkat,darjah kebesaran,status ustaz,imam,perdana menteri,menteri,jkk,DR mahupun PHD.Mari kita jadi orang awam.Secara umumnya kita akan mengambil pandangan sederhana nombor 3 iaitu (Upah setuju 20% antara peminjam dan bank) dengan nilai Rm2000 dalam tempoh masa setahun.

Baiklah,persoalan yang lebih komplek seperti dibawah:


Kenapa Riba/interest itu haram? 
Adakah kerana riba itu menindas dan menzalimi?Adakah kerana riba itu memudharatkan?Adakah kerana riba itu melibatkan masa (time value of money)?Adakah kerana riba itu membawa kepada kebinasaan?Adakah kerana bank tidak menggunapakai istilah yang Islamik? Adakah kerana bank tidak mengupah perunding kewangan Syariah yang bertauliah? Adakah kerana bank tidak mendapat sijil halal? 


Mari kita bincangkan
Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun (+BLR%). Mengikut prinsip perbankan Islam al-Bai-Bithaman Ajil, bank akan membeli rumah daripada pemaju pada harga RM,100k, dan kemudian menjualkan kepada anda pada harga RM400k.Bagaimana rumah yang berharga RM100k boleh menjadi RM400k? Ini kerana bank mencampurkan kiraan riba 30 tahun dan pada kadar 9% setahun ($9,000 x 30 tahun + $100k). Bagaimana kalau rumah anda berharga RM200k? Maka jumlah dicampur riba ialah RM800k, RM1.2 juta bagi rumah berharga RM300k, dan seterusnya.Bagaimana pula pinjaman peribadi Bay’ al-‘Inah berjumlah RM14k, kadar faedah 9% setahun dan bayaran kembali 7 tahun? Bank menjual sahamnya sendiri yang bernilai sebenar RM14k, tetapi ditambah menjadi RM22.8k. Bagaimana saham RM14k menjadi RM22.8k? Ini kerana bank mencampurkan riba 7 tahun ($1,260 x 7 tahun + $14k). Setelah anda membeli dengan harga tambahan RM22.8k, anda wajib menjual kembali saham kepada bank dengan harga asal RM14k. Oleh itu anda perolehi tunai RM14k kerana menjual saham yang belum anda miliki (belum selesai bayar), dan membayar ansuran 7 tahun untuk melangsaikan hutang beli saham RM22.8k.
Fakta sekadar menunjukkan konsep sistem dan pihak pembaca boleh membuat penyelidikan. Perbincangan memfokuskan perbezaan yang menggambarkan kesan apabila bank meminta Peminjam membayar wang yang lebih besar daripada wang yang dicipta di dalam ekonomi  [Wang dikendaki bayar (principal +riba) > Wang dicipta atau wujud (principal)]. Anda juga disarankan membaca kisah berkaitan Sejarah Knights Templar dan Yahudi Zionis  dan melihat bagaimana mereka berjaya menguasai sistem dan perbankan hari ini.
Great Deception of Islam Banking!
Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi melibatkan Harga Jualan rumah daripada bank kepada Pembeli (Peminjam). Apakah pendapat anda? Adakah ini riba? Saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.
Maksudnya: “…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; al-QuranAl-A’raaf:163
Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.
Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereka meletakkan jala ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.
Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir. Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah dipermainkan?
Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam hari ini? Tiada bezanya!! Mereka menyatakan larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya bukan riba. Sistem bank konvensionl dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapat keuntungan melalui “tambahan” (riba) dalam perniagaannya memberi hutang.
Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan “nama” kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali perdayaan ini (yg tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis mengatakan akan datang  suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, samada mereka atau Allah swt.
“…mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…; Al-Quranal-Baqarah: 275
Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam bukunya Tipu Daya halalkan Riba atau Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997 menyatakan:
“..ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insuransBank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan… Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk memberinya kehidupan)…”; Dr Yusuf Al-Qaradawi
Bayangkan dahulunya bank berasal daripada individu perseorangan. Seluruh masyarakat kampung berusaha mencari rezeki tetapi individu ini hidup goyang kaki memerah titik peluh orang lain untuk hidup senang. Mereka menggunakan konsep “money work for you” dan mewujudkan situasi hutang tidak berupaya dibayar untuk merampas aset dan hartanah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :