Showing posts with label skandal BMF 1983. Show all posts
Showing posts with label skandal BMF 1983. Show all posts

HybridFX - Major Trend


Dah lama plak Abam Man tak menulis dekat sini ye. Ada yang rindu penulisan Abam Man tak? Hahahaha. Perasan je lebih Abam Man ni.

Jadi sebenarnya macam mana nak tentukan major trend? Selain daripada menggunakan trendline, kita juga boleh gunakan sifat candle itu sendiri untuk menentukan MAJOR TREND untuk minggu tersebut.

<< MACAM MANA TU? MEH TERUSKAN BACAAN >>

Untuk menentukan arah trend untuk sesuatu minggu kita akan rujuk kepada candle minggu sebelumnya.

#1 Gunakan timeframe weekly. Sebab kita nak tentukan major trend untuk seminggu kan. Jadi kita fokus la guna timeframe weekly. (Rujuk gambar MT1)

MT1 : AUD 5.8.2018

#2 Seterusnya, kita akan kira jarak pips dari HIGH KE CLOSE (HC) dan juga LOW KE CLOSE (LC). Yang mana lagi panjang?

#3 Jika HC > LC maka kita akan mencari peluang untuk SELL. Begitu juga jika sebaliknya LC > HC maka kita akan fokus mencari peluang BUY.

#4 Maka dari contoh pair AUDUSD pada 5.8.2018 telah memberikan petunjuk bahawa minggu seterusnya kita patut fokus kepada mencari peluang SELL.

<< MACAM MANA NAK BUY ATAU SELL? >>

Yang ni korang boleh gunakan teknik yang korang pernah belajar. Tak kisah la nak gunakan NAKED CHART atau berselirat INDICATOR. Yang penting kita nak dapatkan sebanyak mungkin USD dari setiap analisa yang kita lakukan.

Bila nak entry? Kita akan entry hanya pada hari Rabu@Khamis? Kenapa? Sebab Isnin dan Selasa biasanya market akan melakukan RETRACEMENT. Rabu@Khamis barulah market akan mengikut arah sebenarnya.


Stop Loss (SL) dekat mana? Kita akan letakkan SL pada High/Low candle minggu sebelumnya.

*Ehhh.. kata nak tahu cara baca MAJOR TREND je. Ni dah termasuk teknik entry la plak. Hehe.

**Jadi? Acaner? Agak2 mudah tak nak tentukan major trend untuk minggu hadapan dan seterusnya?

***Ada lagi persoalan yang tidak terjawab dari ebook ni? Nak dapatkan artikel ni dalam bentuk ebook? Sedut dekat LINK ni cepat !! Jangan lupa ucap terima kasih ye :)

Meh wasap abam cepat2 meh {{ www.wasap.my/60199590539/majortrend }}


. . . . . . .
Disediakan oleh:

Hilman Nawi

#hilmannawi
#hybridfx
#fibohybrid
#piphijaultd
#forextrader
#foreignexchange
#swingmodeon

Skandal BMF 1983 dan Kenapa Forex Tidak Dibenarkan Kerajaan Malaysia.

Salam semua,

Fakta yang petama berkenaan, Kenapa FOREX tidak dibenarkan kerajaan Malaysia sehingga kini disebabkan:
Kerajaan Malaysia diwakili Bank Negara Malaysia kehilangan hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994, sebelum muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.Kisah selanjutnya dihuraikan di bawah.


Hari ini penulis ingin berkongsi satu luahan dari sahabat FB berkenaan "Untold" story 
yang disembunyikan Bank Bumiputra Malaysia Berhad,namun tulisan Prof. Abdul Muati Ahmad menceritakan kejadian yang sebenarnya berlaku.Tentang Pembunuhan Terancang Jalil Ibrahim.





Semoga Kisah ini menjadi Tauladan buat kita anak cucu masa depan.


SKANDAL OH SKANDAL!!!
Assalamualaikum. Coretan pagi Jumaat 10.6.16
Masih ingat skandal BMF 1983? Masa itu saya berada dlm tahun 3 bacelor di UPM. Tiba2 negara dikejutkan dgn berita pembunuhan Jalil Ibrahim di Hong Kong.

Arwah Jalil (kanan)

Arwah Jalil berada di sana utk mengaudit hal kewangan Bumiputra Malaysia Finance (BMF) iaitu anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BBMB masa itu punyai banyak wang sebab menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas.
Ia merupakan jaringan bank terbesar dlm negara waktu itu. Ia kemudian membuka cawangannya di Hong Kong atas nama BMF dgn tujuan utk menjadi international player dan mendapatkan lebih keuntungan untuk negara. Ini satu hasrat yg baik.
Pengerusi BMF ini ialah Lorraine Esme Osman. 

BMF telah meluluskan pinjaman demi pinjaman kpd sebuah syarikat bernama Carrian Group. Syarikat ini diterajui George Tan. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yg bermasalah.

Akhirnya pinjaman yg diluluskan semakin bertambah hingga mencecah RM2.5 billion. BBMB menghantar pegawai tingginya yg berwibawa lagi jujur bernama Jalil Ibrahim utk mengaudit bagaimana aliran wang yg begitu banyak boleh berlaku.
Tiada siapa rakyat biasa di Malaysia pd waktu itu sedar bahawa wang kita sedang dicuri malaon2 ini. Sehinggalah berita mengejutkan sampai ke Malaysia bahawa Jalil dibunuh dan mayat nya dijumpai dlm sebuah kebun pisang di Hong Kong.
Arwah berasal dari Melaka, meninggalkan seorang balu dan 4 anak yg masih kecil. Barulah Malaysia jadi kelam kabut siasat sana siasat sini.
George Tan ditangkap, Lorraine ditahan di London, hitman yg bunuh Jalil bernama Mak Foon Kam ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup di Hong Kong, dan beberapa orang lagi yg bersekongkol dipenjarakan.

Yang Rajin Tengok "YOUTUBE" boleh habiskan data mobile korang disini untuk ilmu dan sejarah yang tidak diceritakan di Malaysia. :)

Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan “Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.
Dan kita telah kehilangan RM2.5 billion pd waktu itu. Serik kah kita? Belum. Kerana tidak lama selepas itu kita berdepan pula dgn skandal Perwaja Steel yang dikaitkan dengan kerugian sebanyak RM2.56 bilion.
Projek keluli syarikat Perwaja ini menghadapi masalah pengeluaran. Apabila dah rugi banyak kerajaan membawa masuk Eric Chia utk memperbaiki keadaan pd tahun 1988. Awalnya nampak mcm berjaya. Malangnya sehingga 1995 jumlah kerugian meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih. Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.
Malah, Tun Mahathir sendiri telah mengaku kepada umum pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion dalam dialog dengan rakyat Malaysia di London di mana beliau juga mengakui terdapat penyelewengan pelaburan dan salah urus dana dalam Perwaja. Rugi lagi.
Kesemua skandal yg menyebabkan kita kehilangan banyak wang negara (atau wang rakyat?) ini berpunca daripada rasuah dan salah guna kuasa.
Apabila orang yg diberi amanah utk bekerja telah pecah amanah. Ini orang yg tak takut balasan Allah. Apakah orang Melayu saja yg terlibat rasuah dan salah guna kuasa ini? Tidak. Masyarakat Cina juga dikejutkan dgn kes Pan El dan Multipurpose Holdings yg melibatkan Tan Koon Swan pada tahun 80an dulu. Masyarakat India pula dikejutkan dgn kes Maika Holdings juga sekitar lewat 80an dulu. Sesiapa yg berminat nak tahu lebih lanjut boleh surf internet. Banyak maklumat di sana. Saya tak mahu sentuh kes penyelewengan Pan El dan Maika sbb nanti ada yg sensitif tuduh saya rasis. Baca sendiri.
Saya lebih berminat sentuh penyelewengan dan rasuah di kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan yg terdiri daripada orang Melayu sbb mereka beragama Islam dan Islam sangat keras mengharamkan rasuah.
Jumlah kerugian yg begitu banyak sepatutnya sudah membolehkan kita memberi pendidikan percuma kpd rakyat Malaysia dari tadika hingga ke ijazah bacelor di universiti. Tapi apa yg berlaku?
Yang berlalu sudah berlalu. Ada yg sudah dihukum di dunia. Yg terlepas akan dihukum di akhirat. Lagi teruk. Marilah kita berdoa semoga dijauhkan daripada amalan terkutuk ini. Marilah kita mendidik diri dan anak cucu kita supaya tidak terpalit dgn amalan buruk ini. In sha Allah.

FB : Abdul Muati Ahmad.


Kisah Di bawah merupakan "TimeLine" Hutang-hutang MEGA BIllion di Malaysia sejak 1980-an.

Kontroversi mengenai urus niaga syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan tanpa henti, tetapi ini bukan kali pertama kerajaan persekutuan dibelenggu skandal kewangan besar.

Skandal Kewangan 3 Dekad Di Malaysia [2]

Terdapat banyak kes serupa dalam tempoh 3 dekad yang lalu, bermula semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

1MDB kini mempunyai hutang RM42 bilion dan bergelut untuk membayar faedah kepada kedua-dua bank tempatan dan antarabangsa.

Dengan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1MDB ditubuhkan pada 2009, dan segera melaksanakan pelbagai urusan penjanaan bon dan usaha sama antarabangsa yang mengejutkan dunia kewangan.

Dua projek perdana utama, Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan Bandar Malaysia diberikan kepada 1MDB. Terdapat ura-ura 1MDB menjual atau mencairkan aset tertentu, tetapi tahap kerosakan yang dialami kerana urus niaga hanya akan diketahui selepas laporan audit ke atas syarikat itu, pada akhir Jun.

Di sini, kita lihat skandal kewangan sebelumnya yang menguasai tajuk-tajuk utama akhbar, bermula dari 1981:

BMF

Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong.

Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu. Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011.

Maminco

Pada 1981, sebuah syarikat bernama Maminco Sdn Bhd ditubuhkan tidak lama selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri, bertujuan mengawal harga timah di bursa London.

Maminco mengambil pinjaman berjumlah RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra tetapi menanggung hutang apabila harga timah jatuh akhirnya.

Satu lagi syarikat yang dipanggil Makuwasa Sdn Bhd ditubuhkan untuk menutup kerugian Maminco itu. Saham baru kononnya dicipta dan dirizabkan bagi golongan miskin Bumiputera ditukar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjual saham dan pasaran harga murah untuk menggantikan kerugian Maminco.

Pembayar cukai kehilangan sekitar RM1.6 bilion dalam skandal Maminco itu.

Perwaja Steel

Pada 1982, Perwaja Steel dimulakan sebagai syarikat usaha sama antara kerajaan dan Nippon Steel Corporation Jepun. Apa yang sepatutnya menjadi satu projek mega bagi menggalakkan perindustrian Dr Mahathir menjadi tidak keruan kerana syarikat menghadapi masalah pengeluaran, akhirnya melihat Nippon menarik diri daripada kerjasama.

Bayaran faedah meningkat dan kerajaan terpaksa menyuntik RM2 bilion untuk menyelamatkan syarikat itu, bersama-sama pinjaman daripada KWSP dan Bank Bumiputra. Tan Sri Eric Chia, sekutu Dr Mahathir, dibawa masuk untuk menerajui Perwaja selama 7 tahun, tetapi meninggalkan syarikat itu dalam keadaan lebih buruk berbanding ketika beliau mengambil alihnya.

Syarikat ini menanggung kerugian tambahan sebanyak RM5.7 bilion dan kerugian RM2.5 bilion.

Chia didakwa pecah amanah pada 2004 tetapi dibebaskan 3 tahun kemudian, dan tiada siapa dipertanggungjawabkan bagi kerugian dalam skandal Perwaja, yang didakwa termasuk mengganggu rekod perakaunan.

Keseluruhan kerugian skandal itu dianggarkan hampir RM10 bilion.

Forex

Pada awal 1990-an, Bank Negara mula berkecimpung dalam perdagangan mata wang spekulatif dan perdagangan pertukaran asing dengan jumlah wang yang besar wang, membimbangkan institusi perbankan lain di seluruh dunia.

Ia kehilangan hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994, sebelum muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.

Tiada seorang pun daripada eksekutif tertinggi dalam Bank Negara dituduh kerana aktiviti-aktiviti perdagangan itu kerana kerajaan menyerap kerugian sepenuhnya.

Selepas itu, Bank Negara tidak menceburi apa-apa perniagaan berisiko tinggi untuk mengelakkan ia berulang.

Malaysia Airlines (MAS)

Pada 1994, ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli kepentingan mengawal saham MAS pada harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran – RM8 sesaham.

Tujuh tahun beliau menerajui MAS adalah tempoh didakwa berlakunya pelbagai urusan penipuan.

Syarikat itu mempunyai RM600 juta rizab tunai apabila Tajudin mengambil alih, tetapi menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion apabila beliau meninggalkan syarikat itu pada 2001.

Walaupun rugi besar, kerajaan masih membeli semula MAS daripada Tajudin dengan harga sama ia dijual – RM8 sesaham – kerana terdesak untuk memastikan syarikat penerbangan terus bertahan bagi memungkinkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA).

Tajudin terlibat dalam beberapa tindakan undang-undang dengan syarikat-syarikat berkait kerajaan menuntut pinjaman tidak dibayarnya dan walaupun kalah terhadap kes Danaharta dan diarahkan membayar lebih RM500 juta, syarikat dan Tajudin menyelesaikannya di luar mahkamah, apa yang dipanggil sebagai "bailout" oleh pengkritik.

MAS mengalami masalah kewangan sejak itu.

PKFZ

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berlaku 6 tahun lalu, dianggarkan kerugian kerajaan kira-kira RM12.5 bilion, tetapi tiada siapa setakat ini disabitkan ke atasnya.

Enam orang didakwa, 2 dibebaskan manakala 4 kes lain belum selesai. Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) baru-baru ini membincangkan untuk menggugurkan saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), menimbulkan persoalan sama ada wang itu akan diperoleh semula.

Projek ini mula diketahui apabila didapati kos menubuhkan zon bebas melebihi RM3.5 bilion. Kuala Dimensi juga membuat keuntungan modal RM993 juta kerana ketika ia membeli tanah dari Pulau Lumut Development Cooperative Berhad pada kadar hanya RM95 juta sebelum menjualnya kepada PKA dengan harga RM 1.8 bilion.

Kerajaan juga melanjutkan pinjaman mudah RM1 bilion bagi projek itu, selepas PKFZ dinasihatkan untuk membangunkan keseluruhan projek dalam fasa tunggal, yang menelan belanja RM1.8 bilion.

Bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik adalah antara mereka yang didakwa, tetapi beliau dibebaskan daripada tuduhan menipu berkaitan penyelewengan dalam penilaian tanah.

Skandal Kewangan 3 Dekad Di Malaysia

Sumber: Themalaysianinsider.com







Penaja blog :


PiphijauLTD.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :