Showing posts with label syed mokhtar . lim goh tong. Show all posts
Showing posts with label syed mokhtar . lim goh tong. Show all posts

Syed Mokhtar Vs Lim Goh Tong

Kisah tauladan antara nafsu,duit dan maruah diri.
Antara kisah yang jarang sekali dibuka mulut oleh Melayu terkaya di Malaysia,iaitu Syed Mokhtar.



“Ya, saya hanya peniaga kecil dari Alor Setar yang tidak tamat tingkatan lima. Ya, saya tidak pandai menderaf surat dengan baik. Saya tidak pergi ke pawagam atau menghabiskan cuti dengan berlumba layar. Bagaimanapun, saya yakin kepada Allah Subhanahu Wataala. Dia memberikan saya kedudukan ini dan kekuatan mental,rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan apa jua situasi,dan apa jua golongan manusia,”

“Hari ini saya menjadi Melayu terkaya disebabkan oleh syarikat sayrikat saya yang disenarai awam. Terdapat ramai lagi yang tidak diketahui,dan mungkin lebih kaya daripada saya.”

Bagaimanapun, dia menyedari yang Dasar Ekonomi Baru telah dikhianati. “Ramai Melayu patut disalahkan,begitu juga dengan orang Cina. Dalam keadaan mereka sepatutnya menyimpan apa yang diperuntukkan kepadanya sebagai bumiputera,mereka menjualnya atau menjadi orang tengah. Mereka termakan pujuk rayu orang-orang Cina yang menjanjikan seribu satu imbuhan."

“Ia pernah terjadi pada saya. Apabila saya memulakan perniagaan lori,saya hanya seorang pemuda yang mempunyai wang yang sedikit. Saya hanya mampu membeli dua buah lori,tetapi diberikan empat permit di bawah kuota bumiputera. Dengan segera tauke-tauke Cina menawarkan untuk membeli dua permit yang tidak digunakan itu. 

Saya tolak. Saya tidak mahu menjadi orang tengah.

“Terdapat banyak peristiwa lain.Pada tahun 1989,Kementerian Kewangan menganugerahkan kepada syarikat saya 10 peratus kepentingan dalam penjanakuasa bebas Genting Sanyen. Pemegang saham lain ialah tenaga Nasional ( 10%), Kerajaan Negeri Selangor (20%) dan Genting Berhad (60%).”

“Pemilik Genting Lim Goh Tong, yang ketika itu berumur akhir 80-an,mendapat tahu saya tidak mampu mengambil bahagian yang diperuntukkan kepada saya itu. Saya masih muda ketika itu,dan dia menawarkan saham saya dengan harga RM6 juta. Saya memang sangat-sangat perlukan duit,tetapi saya tidak mahu berkompromi. 



Sebaliknya,saya serahkan bahagian saya itu kepada Tenaga Nasional,menjadikan ekuitinya meningkat kepada 20 %. Saya sebenarnya berharap Lim Goh Tong akan membantu saya mendapatkan pinjaman, bukannya membeli saya.

“Pada pandangan saya, saham-saham yang diperuntukkan kepada bumipiutera tidak harus dijual kerana ia diberi kepada kita bagi mencapai matlamat 30% pemilikan bumiputera dalam sektor korporat. Saya juga tidak mahu mencacatkan rekod saya. 

Saya berumur 38 tahun ketika itu,dan RM6 juta merupakan umpan yang menarik. Tetapi reputasi saya lebih penting dari itu.

“Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. Apabila dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membagunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. 

Sekali lagi, saya menolak. 

Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya,dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya, Ambang Budi.


“Saya menolak RM6 juta ketika itu,tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group,yang saya miliki.”

SYED MOKHTAR


-Lagenda Bisnesman Melayu-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :