Showing posts with label tan sri khalid. Show all posts
Showing posts with label tan sri khalid. Show all posts

Filem Trader Melayu Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen


Salam semua,


Sebelum ini admin ada menulis panjang lebar mengenai Dawn Raid 

pada September 2014 , mungkin tidak ramai yang membacanya :
Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.


 Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”










Tahniah Buat Pelakon Bront Palarae yang bakal menghasilkan filem "EPIC" buat semangat Trader-trader kita.Anak Melayu yang menggegar dunia.





Preview Filem Disini :


TEASER

BEHIND SCENE

Petikan Akhbar:
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Filem Nasional (FINAS) berusaha menarik pelabur luar negara untuk membawa komplot pengambilalihan syarikat perladangan Guthrie milik British oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan sekumpulan anak tempatan ke layar perak.
Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman berkata pihaknya sekarang ini menunggu pengarah Bront Palarae, dan penulis skrip Redzha Minhat dan Chew Kin Wah, menyiapkan skrip untuk filem yang diberi judul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen.
“Bront Palarae sudah mendapat kelulusan untuk menghasilkan skrip. Selepas skrip itu sudah dihasilkan, baru kita tengok bajet dan barulah produksi boleh dilakukan.
“Apa yang saya nak buat di FINAS, bila skrip sudah siap dan kini dia (Bront) juga tengah menyiapkan skrip, saya hendak cuba menarik pelabur dari England ke dalam filem itu,” katanya kepada FMT, di FINAS, hari ini.
Filem yang bakal diarahkan Bront itu mengisahkan bagaimana bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kumpulannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan serangan kilat terhadap London.
Berlatarkan fasa radikal Dasar Ekonomi Baru (DEB), penyelidik Shakila Yaacob dan Nicholas J White melaporkan Pengerusi PNB ketika itu, Tun Ismail Mohammad Ali (1978 – 1998) yang juga bekas Gabenor Bank Negara memainkan peranan penting sebagai pembuat keputusan dalam projek Dawn Raid.
“Saya telah jumpa BBC dan Channel 4 di England bertanya sama ada untuk melabur ke dalam filem itu jika skrip sudah siap. Malah, saya akan bawa skrip itu ke England kerana FINAS sudah ada hubungan baik dengan dua stesen televisyen ini,” kata Kamil.
Tambah Kamil lagi, beliau juga menggalakkan filem-filem yang mempunyai nilai sejarah dan mempunyai hubung kait antara Malaysia dan negara-negara bekas penjajah seperti England, Portugal, dan Belanda di filemkan.
“Jika ia ada kena mengena dengan England dan Malaysia, mungkin mereka boleh cari pelakon di England dan jika mereka melabur sebanyak satu juta pound sterling, dengan pertukaran mata wang sekarang, satu juta pound sterling kita sudah dapat tajaan sebanyak enam juta ringgit,” ujarnya.





Filem berjudul "Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen" kini dalam proses pembangunan di studio produksinya, Pixel Play.

Pelakon dan pengarah filem, Bront Palarae merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh 4 jam.

Filem “Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen” yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play.

Manakala, skrip bagi filem itu dihasilkan oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah seperti yang dilaporkan www.screendaily.com.

Watak Khalid akan dilakonkan sendiri oleh Bront.









Filem yang berlatarbelakangkan pada 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serbuan’ di London Stock Exchange diketuai Khalid yang dikenali ‘Dawn Raid’ atau ‘serangan waktu subuh’.

Khalid, bekas Menteri Besar Selangor, menjadi terkenal setelah menyelesaikan “Dawn Raid’ yang membolehkan PNB memiliki 51 peratus syer di syarikat perindustrian British dalam tempoh dua jam, sekaligus menjadikan Guthrie milik Malaysia.

Filem berbahasa Inggeris itu turut mendapat suntikan dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :