Showing posts with label teknikal analisis. Show all posts
Showing posts with label teknikal analisis. Show all posts

MTF Analysis II

MTF Analysis Bahagian II - Anda WAJIB ketahui sebelum membuat apa-apa trade calls


H4 / H1

Seperti yang telah dibincangkan minggu lalu, kita sudah mengetahui peranan H4 dan H1. 

Pernah tak kita fikir kenapa tak H2, H3, H5, etc? Apa yang special sangat H1 kemudian lompat H4?

Baik, saya kongsikan supaya semua faham. Kita tahu 4 candle H1 merupakan satu Candle H4. Jarak 4 detik ini sengaja dititik beratkan kerana ia bersangkut paut kepada kehidupan kita semua. 

LIHAT BUKTINYA:

I. FAKTA 

Setiap Insan ditentukan mengalami 4 alam. Alam Kandungan, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam Akhirat. 

 Kebanyakkan negeri asing mempunyai 4 musim. (Summer,Autumn, Winter, Spring)

II. FAKTA 

Bagi umat Islam, 3 dari 5 waktu solat berakaat 4. (Wallahu a'lam)
 
Orang putih menamakan fenomina ini "Rules Of Four"

III. FAKTA

Bagi yang memegang jawatan Projek Manager, kita harus menempoh 4 jurusan kelak Initiate, Plan, Execute, Control.


Dan Akhir sekali dalam Forex...ia digelar "Magnification of 4"

Maksudnya, Multiple Time frame Analysis selalunya akan ada 4 TimeFrame Maximum untuk buat analisa.

Kalau minimun pun 3 dan tak kurang dari itu.

Kaedah seperti berikut:-

H4 - Tren terkini
H1 - Trade Setup
M15 - (fine-tune) Trade Setup

TF M15 

Definisi:- 4 x Candle M15 untuk satu candle H1.

TF M15 fungsi di sini untuk fine-tune Trade setup. Bukan satu perkara yang mudah untuk dibentangkan. Ikhtiar lah masing2 kalau nak tahu ye.

Kalau tak nak fine tune entry pun boleh, process cuma optional atau pikir sendirilah. 

Insya Allah di masa-masa akan datang, saya akan bentangkan satu lagi fakta yang penting. Semua trader harus tahu...

semoga bermanfaat...


 











Mekanisma Support Resistance II

Assala mualaikum WR semua,

Alhamdulillah, Hari ini kita sambung penerangan mengenai SnR, khususnya Pengenalan Minor Support Resistance.

Apakah ciri-ciri Minor SnR ini?


  • SnR Minor terjadi di dalam sesebuah trend tak kisah lah naik ke atau turun.
  • Pembentukkan Minor SnR adalah Kecil
  • Kegunaannya tergantung kepada keunikkan ilmu masing-masing yang telah di pelajari.



Lihat illustrasi (kanan) yang tidak asing bagi kalangan traders. Jelas, harga membuat kenaikkan. Namun di dalam  process itu juga terdapat banyak urusan penawaran dari urusniaga pembeli dan penjual.  Dari penawaran itulah, transaksi tersebut bergambar pergerakkan ZigZag.


Sekarang kita lihat perkara yang sama di Chart EURUSD Timeframe H1.




I.) Perhatikan Dari sebelah kiri (kotak biru pertama), semasa harga membuat kenaikkan kemudian turun atau berhenti seketika. Candlesticks yang mula-mula membuat penurunan dan juga Candlesticks seterusnya yang membuat wicks pada bahagian atas menyifatkan zon Resistance. Di sebalik itu, bahagian bawah body candlesticks (kotak kelabu) dan lower wicks di sifatkan sebagai zon Support.

II.) Perkara yang sama berlaku di sebelah kanan pula (kotak oren) Kita maklum, apabila trend berlaku, semestinya terbentuk SnR akibat penawaran di antara pembeli dan penjual.

Di gelanggang trader-trader professional, mereka menggelarkan kenaikkan trend ( kotak biru) sebagai RALLY. Di zon SnR (kotak kelabu) yang baru kita bincang ini dinamakan BASE.

Untuk Downtrend pula, mereka namakan DROP (kotak oren).

dan terjadilah akronim dalam industri 


Rally Base Rally - RBR (trend yang sedang naik , minor SnR di dalamnya)
Drop Base Drop - DBD (trend yang sedang turun , minor SnR di dalamnya)

Tak boleh ke kita panggil UPtrend DOWNtrend..kan mudah?


Sudah tentu BOLEH, tapi bila kita nak bincang atau analisa sesuatu trend. kita mestilah nak berilmu bahwa RBR dan DBD adalah "building blocks of a trend with one thing in common > BASE"


Sekarang anda dah dapat ilmu RBR dan DBD, saya syorkan anda buka chart mana2 currency pair yang anda suka. cuba tandakan Zon-zon RBR dan DBD, hadkan diri selama satu minit aje untuk mencapai tahap kemahiran.

Praktikkan membaca Harga dengan cara begini, Insya Allah, kita akan bertambah ilmu dengan teknik apa pun yang sudah kita kecapi.

Inilah dia huraian minor SnR. Kegunaan minor SnR atau BASE memang banyak sekali mengikut pemahaman masing-masing. Apatah lagi kalau BASE ditemui di dalam situasi RBR/DBD.

Di lain masa, saya akan ketengahkan Major SnR.

Salam hormat.



















Kelas FAC Februari 2015


Kelas kali ini akan fokus kepada:

1.
3 shadow
2.
Smart Fibo
3.
Algorithm Numbers
4.Ulasan dan kaedah penggunaan teknikal analisis kepada Modul FAC 94 m/s yang diberi percuma di bahagian kanan blog piphijau.




Testimoni bergambar Jelajah Satu Malaysia
DISINI


Berminat:

Whats App atau SMS (Daftar Sebelum hadir kelas)


019 651 2313 (Admin Hafeez Mustapai) 
017 948 8490 (Admin Nik Lan)

Kod :

"FAC Cyberjaya (Tarikh Kelas)"


Normal:
RM200 (Seorang)

Promosi 
RM300 (Jika bawa 2 rakan)

Student IPTA/IPTS:
RM150

Bekas Pelajar Sogeh Profit @ PC
RM65

Walk In :(Jika Tidak Berdaftar sebelum Kelas)
RM250


In Sya Allah manfaatnya luar biasa :)



Hadiah
(Akan diterangkan cara penggunaannya dalam kelas)
ULANGKAJI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :