Skip to main content

Posts

Showing posts with the label to trade is to know your finance

Silibus Yang Tertinggal - Part 2 : The Middle Income Crisis

Untuk memahami istilah Middle Income Crisis ini dalam konteks negara kita, kita perlu melihat dengan lebih jelas cara pembahagian pendapatan rakyat yang digariskan oleh kerajaan Malaysia.

Maaf post ini akan menjadi agak skema, tetapi ia amat penting untuk anda mengenalpasti kedudukan anda sekarang - supaya anda boleh tetapkan halatuju yang jelas untuk diri sendiri. Umpama anda mempunyai sebuah perta harta karun yang amat berharga, jika anda tidak tahu di mana kedudukan anda sekarang, macam mana anda nak ke tempat harta karun tersebut? So bear with me okay?

Terlebih dahulu, kerajaan Malaysia telah membahagikan kita kepada 3 kategori berdasarkan kadar pendapatan isi rumah (jumlah pendapatan isi rumah ya, bukan individu). Apakah kategori tersebut?
1. T20 (Top 20%) 2. M40 (Middle 40%) 3. B40 (Below 40%)
Bagaimana ia dikategorikan?
1. T20 - Pendapatan bulanan purata RM8,319 2. M40 - Pendapatan bulanan purata antara RM3,860 hingga RM8,319 3. B40 - Pendapatan bulanan purata di bawah RM3,860

Silibus Yang Tertinggal - Part 1 : The Rat Race

Dari alam persekolahan lagi, kita dihidangkan dengan silibus akademik yang disediakan oleh pihak sekolah/kementerian. Subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya menjadi kewajipan untuk kita hadam dan sematkan dalam minda. 
Ia tidak terhenti di situ, bagi anda yang meneruskan pelajaran ke Universiti, anda dipersiapkan pula dengan silibus-silibus yang lebih khusus dan kompleks, sesuai dengan bidang pilihan anda di menara gading. 
Kebanyakan kita menyangkakan dengan silibus yang disediakan ini, kita pasti mampu menghadapi alam pekerjaan dengan baik. Cukup bulan, dapat gaji, belanja sana sini, bayar kereta, rumah dan segala bil yang ada. Tapi bila sampai tengah bulan je- "Eh, mana pergi semua duit gaji aku?" 
Pernah tak anda mengalami situasi tersebut? Pernahkah anda fikir kenapa anda belum kaya-raya lagi walaupun dah 5 tahun kerja stabil? Kat mana silapnya tu? Belajar dah elok dah, kerja pun tak kurang rajinnya berbanding orang lain. Hmm...mus…