Skip to main content

Posts

Matlamat Trader Forex

Salam,

Penetapan Matlamat dalam menjadi Trader Forex berjaya.

Ambil sekeping pen dan kertas A4, draft matlamat anda secara kasar sebelum anda print out dan tampal di dinding bilik tidur.

Sebagai Contoh di bawah:

Saya akan menetapkan matlamat saya untuk "withdraw" minimum USD 500 setiap bulan.

Apakah matlamat anda? Tetapkan sekarang.Jangan Berlengah.

Untuk memstikan USD 500 setiap bulan terhasil dari forex trading sepenuh masa atau separuh masa ,kita sebenarnya perlu membuat lebih daripada hanya USD 500.

USD 500 adalah jumlah keperluan minimum yang perlu di "set" kan setiap bulan untuk melangsaikan hutang piutang.In sya Allah,ia ibarat DOA yang disertakan dengan ikhtiar atas ilmu,dan tidak perlu khuatir jika matlamat anda itu tidak tercapai,kerana setiap apa yang berlaku akan menjadi hikmah dan ketetapan rezeki dari Allah s.w.t.
Bagi Allah, ianya "Kun Fayakun"

Berbalik kepada tajuk asal,bagi memastikan ianya lebih "idealistik" apa kata kita menetapkan m…

WhatsApp dari zero ke USD19 Bilion dibeli Facebook

Salam semua,

Hari ini along ceritakan kepada anda kisah inspirasi dan motivasi buat anda.
"Biar Kecil, Asal Berhasil "



Tidak dapat disangkal lagi penggunaan whatsApp sangat meluas di Malaysia dan seluruh dunia dan hampir setiap pengguna telefon pintar men download aplikasi ini sebagai alternatif baru mengatasi penggunaan sms berbayar.

Eksklusif: Kisah umpama kisah dongeng atau mimpi yang menjadi kenyataan BagaimanaJanKoum membina WhatsApp dari kosong KeUSD 19Biliondibeli olehFacebook.

Pengasas WhatsApp iaitu BrianActondan JanKoum.



Di depan pintu ofis lama whatsApp Koum menandatangani perjanjian pembelian bernilai Usd19 Billion oleh Mark Zukerberg pengasas facebook .


" WhatsApp ialah jalan pintas kepada hubungan 1 bilion orang . Perkhidmatan ringkas yang berjaya dan amat berharga, " kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg dalam satu kenyataan. 



" Saya mengetahui Jan untuk masa yang lama dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau dan pasukannya untuk …

Inspirasi Buat Trader Muslim

Salam semua,

Hampir setahun along berkongsi ilmu forex dan belum pernah along tunjukkan income atau statement acc forex kepada anda atas sebab privacy dan keselamatan family along di depan peserta seminar.

Namun peserta seminar ada juga yang menanyakan soalan sebegini,sebagai persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Long,kenapa kau share ilmu ini,adakah kau sudah bergelar jutawan?


Adakah income kau melebihi ratusan ribu sebulan?

Adakah kau mempunyai kelayakan yang setanding dengan trader-trader yang hebat-hebat di luar?

Pernahkah kau menjuarai mana-mana pertandingan forex peringkat dunia?


Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain-main difikiran semua.

Jika along jawab "Ya" atau "Tidak" ia akan menimbulkan banyak andaian, fitnah dan sangkaan orang ramai mengenai bidang Forex.Adakah perlu himpun wang berjuta atau memenangi sesuatu pertandingan forex di tempat pertama baru kita hendak kita kedepan sebarkan ilmu.

Along cuma menjawab begini:

Tugas saya menjadi Fardu Kifayah…

Islam mengajar umatnya berkata benar

Salam,

Along belajar daripada talaqi seorang guru bahawa Al-Quran adalah Mukjizat yang mengugah jiwa.Setiap kelas yang dihadiri bukan Islam,along akan berikan senaskhah Al-Quran terjemahan peribadi hadiah buat mereka.

Bahawa orang yang paling dekat kecintaan kepada umat Melayu Islam di Malaysia ialah yang berbangsa Cina dan India tidak kira(Nasrani,Buddha,Hindu dan lain-lain)



Jika tidak kerana membaca dan berguru dengan ulamak mengenai Peribadi Saidina Umar Al-Khattab r.a, along tidak berani buka mulut mengenai Islam dan Al-Quran kepada bukan Islam.

Namun segalanya menjadi Ketentuan Allah.Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya dengan "berkata benar".

Kisah Saidina Umar r.a begini:

Salah seorang pembantu Umar yang beragama Nasrani dan berbangsa Rom bercerita.
"Aku ialah hamba dimiliki Umar bin Khattab.

Dia berkata kepadaku "Masuklah Islam.Jika engkau masuk Islam,aku akan meminta tolong kepadamu untuk menjaga amanah umat Islam."

Lelaki Rom berkata "Ak…

Khilaf Pelaburan Vs Sedekah

Salam Semua,
Hari ini kita berkongsi ilmu infaq @ sedekah @ derma @pemberian ikhlas.

Khilaf Muamalat

Maslahat Ikhtiar Hidup.

Asal Segala Hukum adalah Harus,namun ilmu adalah penentu samada ianya Halal atau Haram.

1.Saham
2.ASB @Tabung Haji.
3.Forex
4.Insuran
5.Pinjaman Ansuran
6.Pelaburan Mutual
7.Unit Trust.
8.Emas Fizikal @ non Fizikal(Tunai).
9.Hartanah lelong

Kesembilan senarai di atas tidak boleh menandingi yang di bawah ini :

1.Sedekah Ikhlas.

(Dikala hati kita berasa takut dan kedekut akan habisnya harta simpanan dunia yang sementara)

Noktah.

Namun Ramai yang mengabaikannya.


Mari Kita Teliti ayat 177 surah Al Baqarah di bawah sebagai pedoman kita bersedekah :


Surah (2) Al-Baqarah
Ayat [177]

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; 
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya…

Mentaliti trader forex

Salam semua,

Mari kita kenali ,anda mentaliti trader di tahap mana


Peringkat 1

Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan seorang ketua pengarah di syarikat2 yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun “Demo” anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi profit dengan mudah.

Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor “Tuah” @ luck yg menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.An…