Mengenal Chart Pattern Basic

Salam,

Pelajaran #5

Hari ini along meneruskan pelajaran melalui gambarajah,supaya anda semua mudah faham.

Apa itu Chart Pattern?

Chart Pattern ialah pergerakan ritma trend yang mempunyai garis panduan tertentu mengikut kebiasaan dan berlaku secara berulang-ulang dan seringkali berlaku dalam mana-mana pasangan matawang.

Di bawah ini along lukiskan sedikit asas pergerakan Chart Pattern, di mana kepada trader yang memahami fungsi chart ini bergerak ka arah mana,trader tersebut pasti akan trade mengikut kefahamanmenari dengan market atau bahasa inggerisnya "dancing with the market"

Kepada yang masih asas,along galakkan anda print out posting ini dan tampal di dinding,mudah-mudahan anda memahami serba sedikit pergerakan momentum candle stick.

Gambar 1.
 Gambar 2.
 Gambar 3
 Gambar 4.
 Gambar 5.

 Di bawah ini along terangkan sedikit mengenai support dan resistance dan panduan bagaimana untuk "entry" dan meletakkan stop loss yang selamat semasa trading dilaksanakan.

 Gambar 6
 Gambar 7

Sambil-sambil kita memahami pergerakan chart pattern di atas,along sangat tertarik dengan MHI pagi tadi (11/3/2014) Oleh Kapten Norudin Abd Majid yang benar-benar menggugah jiwa mengenai insisden kehilangan MH370.Sama-sama kita mengambil Iktibar.
Segala ilmu,kemampuan dan ilham yang kita miliki ialah milik ALLAH S.W.T


 

Sekian ,Terima Kasih

Semoga Bermanfaat.

Wassalam.

Forex Profit (Ilmu Forex Berterusan)
-Pelajaran #1 (Teknik Asas Trendline)
-Pelajaran#2 (Teknik Pivot Advance)
-Pelajaran#3 (Teknik Pivot Advance)
-Pelajaran#4 (Teknik Divergence)

Teknik Divergence


Salam,

Pelajaran #4

Hari ini along akan kongsikan cara menganalisis market menggunakan teknik "Divergence"

Dalam Forex,divergence mempunyai 2 teknik.

1.Divergence"Standard"
2.Divergence "Hidden"

Apa itu "DIVERGENCE" ?

Ianya Teknikal analisis yang bertentangan "GARIS LUKISAN CHART" dengan trend yang sedang berlaku.

Divergences boleh dikenalpasti menggunakan pelbagai indikator "default" di mt4, contoh seperti:

1.RSI 

2.MACD 

3.STOCHASTIC


Divergence "Standard"

Bullish divergence:

Jika kita perhatikan pada mata kasar,pergerakan graf menurun. Cara mengenal pasti trend "bearish" akan berakhir ialah menggunakan divergence.Caranya dengan melukis garisan seperti gambar di bawah:




Perhatikan anak panah Biru menunjukkan pergerakan trend berubah "bullish" apabila garisan merah "HL" di lukis.


Bearish divergence adalah sebaliknya:




Hidden divergences

Seperti standard divergences, hidden divergences boleh menjadi bullish atau bearish.  Ianya adalah signal kepada pergerakan "mengikut" trend.

Bullish divergence:

Ianya signal kepada pergerakan megikut trend menaik. Ini bermaksud,kita boleh kenalpasti "HIDDEN" yang memastikan pergerakan graf tetap mengikut trend .
Seperti gambar di bawah,TITIK TERENDAH (LL) entry "buy" terbaik. 




Bearish divergence:
Seperti penerangan di atas, bearish di divergence adalah sebaliknya.TITIK TERTINGGI(HH) adalah entry "sell" terbaik.




Sekian,terima kasih.

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Forex Profit
-Pelajaran #1
-Pelajaran#2
-Pelajaran#3

Teknik Pivot Advance


Salam,

Pelajaran #3

Seperti yang along janjikan dalam pelajaran Pivot #2 sebelum ini,perkongsian kali ini menghuraikan dengan lebih terperinci fokus kepada Teknik PIVOT.

Along menganggap bahawa anda mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti support dan resistance dengan lebih berkesan setelah mendownload ex4 dalam pelajaran #2.

Garisan horizontal (melintang)
boleh memainkan dua peranan , ia boleh menjadi rintangan(resitant) atau sokongan(support).


Gambar Di Atas ialah Pivot Version 2.
Lebih Jelas.Anda Boleh Download di pelajaran #2.Cari Pivot Version 2

Sebagai contoh analisis teknikal spot forex,katakan kita mengambil entry BUY limit, cadangan along entry ialah 5 pip di atas garisan PIVOT dan matlamat pertama TP ialah garisan R1,manakala SL pula ialah garisan S1.

Begitu juga sebaliknya.


Namun,ilmu forex ini anda perlu aplikasikan teknikal ditambah dengan ilmu fundamental.

Bak kata guru-guru along.

T.A.Y.O.R (Trade at your own Risk)
T.A.Y.A.R (Trade at your Appartment Rental) :)

Di bawah ini adalah RUMUS bagi PIVOT dan Jenis -jenisnya.Anda boleh Print artikel blog ini untuk melakukan latih tubi 'Isi Tempat Kosong' sebagai "Kerja Sekolah" untuk tujuan penambahan ilmu.

Rumusnya :

PP = Pivot Point
H = High
L  = Low

C = Close 



Cara Kerja Pivot Standard (Biasa Lihat)

Resistance 4
PP + ((H - L)*3)

Resistance 3
PP + ((H - L)*2)

Resistance 2
PP + (H - L)

Resistance 1
(2 x PP) - L

Pivot Point
(H + L + C) / 3

Support 1
(2 x PP) - H

Support 2
PP - (H - L)

Support 3
PP - ((H - L)*2)

Support 4
PP - ((H - L)*3)



Cara Kerja Pivot Woodie

Resistance 4
Pivot +
 ((L - B)*3)

Resistance 3
Pivot +
 ((L - B)*2)

Resistance 2
Pivot + (L - B)

Resistance 1
(2 x Pivot) - B

Pivot Point
(H + L + C*2)
 / 4

Support 1
(2 x Pivot) - H

Support 2
Pivot - (H - L)

Support 3
Pivot -
 ((H - L)*2)

Support 4
Pivot - 
((H - L)*3)



Cara Kerja Pivot Camarilla

Resistance 4
C+(H-L)*1.1/2

Resistance 3
C+(H-L)*1.1/4

Resistance 2
C+(H-L)*1.1/6

Resistance 1
C+(H-L)*1.1/12

Pivot Point
(H + L + C) / 3

Support 1
C-(H-L)*1.1/12

Support 2
C-(H-L)*1.1/6

Support 3
C-(H-L)*1.1/4

Support 4
C-(H-L)*1.1/2


Cara kerja Pivot Fibonacci

Resistance 3
PP + 1.000 x (H-L)

Resistance 2
PP + 0.618 x (H-L)

Resistance 1
PP + 0.382 x (H-L)

Pivot Point
(H + L + C) / 3

Support 1
PP - 0.382 x (H-L)

Support 2
PP - 0.618 x (H-L)

Support 3
PP - 1.000 x (H-L)


Semoga bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Forex Profit
-Pelajaran #1
-Pelajaran#2

Teknik Pivot Pip Hijau

Salam,

Pelajaran #2

Teknik Pivot Pip Hijau

Seperti biasa hari ini along akan berikan file ex4 pivot line supaya mudah untuk kita mengetahui tanda aras pivot, support dan resistance.

Anda Boleh download PIVOT PIPHIJAU



Tanpa berbasa basi, di bawah ini panduan bergambar bagaimana file ex4 ini berfungsi sebagai template indicator.

Panduan 1.
Download file dan save ex4 dan mq4.






Panduan 2.
Save di depan desktop agar lebih mudah.


Panduan 3.
Kemudian "copy" ke dua-dua file.



Panduan 4.
Pergi ke windows C/ files.Dan Cari Platform Broker anda.Seperti di gambarajah ialah yang along gunakan ialah XM Islamic





Panduan 5.
Cari files "expert" di bawah platform broker anda.





Panduan 6.
Kemudian Klik "Indicators"




Panduan 7
"Paste" seperti yang anda "copy" di panduan 3.









Panduan 8.
Buka Platfom broker anda.Dan ikut langkah di bawah.




Panduan 9.
Hasilnya seperti gambar di bawah.Anda boleh ubah warna dan background mengikut kesesuaian anda.Garisan Pivot ini adalah salah satu petunjuk arah yang memudahkan anda mengenal pasti suuport dan resistance.Along cadangkan lihat time frame H4 untuk gambaran yang lebih jelas.




Kepada yang inginkan sedikit modified ,along update Pivot Vesion 2 (10/3/2014)



Anda Boleh Download disini
Pivot PIPHIJAU


Kedua2 pivot di atas adalah berbeza.Namun petunjuknya sama.Anda boleh membuat pilihan.

Sekian Terima kasih,

Di pelajaran berikutnya #3, along akan share teknik entry menggunakan Pivot line dengan lebih terperinci.

Wassalam.


Forex Profit
-Pelajaran #1

Pasaran Forex tidak semestinya mengikut trend 80 - 90% setiap masa

Salam,

Pelajaran #1

Tambahan kepada 6 modul Percuma.Mulai posting ini ,saya bahasakan diri penulis "along" supaya senang saya ceritakan dari perspektif pembelajaran online beserta gambarajah yang mudah faham.

Along akan memberikan penerangan melalui gambar supaya mudah faham.

Gambar 1 di bawah adalah asas kepada trendline secara Trend Bullish (Menaik)


Gambar 2 di bawah adalah asas kepda trendline secara Trend Bearish (Menurun)





Di bawah ini adalah sisi berbeza dari kacamata seorang trader professional







Sekian,kita sambung perkongsian ilmu di lain hari .

Biar sedikit ilmu yang diamal dan difahamkan,namun berhasil dalam sisi "Konsisten"

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :