Dollar dan Gold – Politik masih menghantui dollar dan sumber kekuatan Gold. Fundamental boleh membantu trade teknikal analisis anda.

Satu waktu dulu rasa macam susah EURUSD hendak capai 1.13, tetapi sekarang EURUSD sedang menghampiri 1.20. ECB tidak sukakan Euro yang terlalu kuat, tetapi sekarang ialah kisah Dollar yang lemah, kesan perkembangan politik Amerika terkini.


Ini adalah chart Dollar dan Gold. Perhatikan sekitar November 2016, Selepas Trump menang, beliau berjanji akan menurunkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan guna untuk meningkat ekonomi Amerika.

Di Amerika, Presiden tidak mempunyai kuasa mutlak. Ada dua badan perundangan tertinggi yang sentiasa memantau keadaan di Amerika, Senate dan House of Representatives.

Terdapat seratus kerusi Senate, pilihanraya diadakan setiap  dua tahun sekali dimana hanya 1 pertiga kerusi ahlinya akan dipertandingkan. Bermakna mereka berkhidmat selama enam tahun. Di Senate, Republican (parti Presiden) mempunyai 52 kerusi, Democrat 46 dan bebas 2 kerusi.

Manakala 435 kerusi House of Representative akan dipertandingkan setiap dua tahun. Republican mempunyai 240 kerusi, Democrat 194 dan bebas 1 kerusi.

Undang-undang Amerika digubal supaya tidak ada seorang pun yang mempunyai kuasa mutlak kepada segalanya.

Bila menggubal undang-undang, politik Amerika seboleh-bolehnya mahukan keputusan yang bipartisan – maksudnya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dan sebab itulah undang-undang baru health care telah gagal walaupun Republican menguasai kerusi Senate.

Mereka rasa cara ini dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Amerika dan saya fikir inilah sebab sebenar kekuatan ekonomi Amerika dan memberi "value" atau nilai kepada dollar sebagai matawang utama dunia.


Politik Amerika

Sejak March yang lalu, siasatan berkenaan campur tangan Russia dalam pemilihan Presiden Amerika telah mendapat perhatian. Dikatakan Trump boleh didakwa dan digantikan oleh Vice Presidennya.

Terbaru tadi, Suruhan Jaya Khas ditubuhkan untuk menyiasat urus niaga Trump dengan Russia, kemungkinan “money-laundering” disebalik urusniaga tersebut.

Kegagalan”Trumpcare” dan sekatan ekonomi terbaru yang diluluskan oleh Kongress Amerika menunjukkan ahli politik Amerika tidak semestinya bersetuju dengan apa yang Trump hendak lakukan.

Sebab itulah Dollar menjadi lemah dan Gold menjadi kuat, tidak seperti semasa Trump menang tahun lepas.


Gajah sama Gajah Berperang – trade agreement dengan China

Malam nanti Trump dijangka mengumumkan perubahan dasar perdagangan dengan China. Jika dasar ini terlalu memihak kepada Amerika dan merugikan China, sudah pasti ada tindak balas dari China. Kita pelanduk ini akan merana sama.


Payroll
Thomson Reuters melaporkan, ekonomi dijangka menambah sebanyak 183000 pekerjaan dan unemployment rate berkurang sebanyak 4.3% dari 4.4%

Perhatian lebih kepada kenaikkan gaji, yang dijangka sebanyak 0.3%. Data-data ekonomi sebelum ini menunjukkan kenaikan gaji tidak akan setinggi mana.

Apapun trade yang kita pilih, tema utama Politik ini perlu diberi perhatian.


Central Bank dan Indeks

Bulan September nanti, Federal Reserve dan ECB dijangka akan menurunkan saiz balance sheet masing-masing.


Lihat chart dan fikirlah sendiri kesannya kepada indeks nanti.

Kesimpulannya

Kita masih belum tahu apakah kesudahan nasib Trump nanti. Bula September nanti, undng-undang berkenaan Tax dan perbelanjaan infrastruktur akan dibincangkan. itu mungkin boleh merubah arah Dollar dan Gold.Buat masa ini kita perlu tunggu.


Update healthcare 4
Senate sepatutnya sudah bercuti rehat tetapi sidang Senate dilanjutkan sehinga 11 August. Munkin akan ada kejutan tentang healthcare nanti.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya. Saya tahu money management yang sesuai untuk anda.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com





Dollar dan Gold: Update Healthcare 3 – gagal Lagi dan Kesannya pada Trade Agreement dan Tax Reform August nanti


“Kekuatan Dollar dan kelemahan Gold ini mungkin berterusan atau bertukar arah malam nanti bergantung kepada undian nanti. Kalau anda ada position, lebih baik anda jangan tidur.”

Malangnya, saya sendiri pun tertidur. Anda boleh bacanya disini



Sebelum Subuh tadi usul untuk memansuhkan Obamacare tanpa menggantikannya dengan yang baru tidak diluluskan. Undian ini pernah dibuat dan lulus pada 2015 tetapi telah ditolak oleh Presiden Obama.

Kali ini ada 6 senator dari Republican yang mengundi Ya pada 2015 tapi mengundi  Tidak pada kali ini. Laporan media sebelum ini memang tepat sekali.

Sekarang kita berdepan dengan versi “sedikit pembetulan kepada Obamacare”. Proses ini boleh berlarutan hingga ke hujung minggu.

Ahli ekonomi belum sempat membuat anggaran berapakah wang yang boleh dijimatkan oleh Kerajaan.

Dan sekarang Dollar kembali lemah dan harga Gold melonjak. Trend ini dijangka berlarutan sehingga kita faham versi healthcare yang sedang dibincangkan oleh  penggubal undang-undang di Amerika.


Trade Agreement
Trump sedang mencari jalan menjimatkan wang untuk  Perbelanjaan Infrastrukturnya nanti.

Selepas Healthcare, tumpuan akan diberikan kepada Trade Agreement seperti NAFTA – satu perjanjian antara Amerika dan jirannya Canada dan Mexico. USDCAD dijangka memihak kepada dollar bila mereka bercakap tentang perjanjian ini nanti.

Amerika akan mencari jalan mengurangkan trade deficitnya melalui perjanjian ini nanti.

Satu lagi yang sedang dinanti pasaran - “Tax reform”. Ada dua perkara penting disini, menggalakkan syarikat membawa pulang Dollar yang disimpan di luar Amerika. Bila ini berlaku, Dollar akan mengukuh.


Pesanan untuk Trader Indeks
Satu lagi ialah tentang “import levy”. Barangan Amerika yang diexport akan dikecualikan cukai manakala barangan import akan dikenakan levy. Trump mahu Amerika menjadi Negara Pengilang kembali

Ini pasti memberi kesan kepada Trade atau perdagangan antarabangsa.

Pasaran saham masih memberi tumpuan kepada laporan earnings dan terbaru result yang baik dari Boeing telah melonjakkan pasaran.  

Akan sampai masa pasaran saham juga akan memerhatikan Dasar Amerika dan perdagangan antarabangsa.


FOMC
Apa yang diumumkan oleh FED semalam sudah pun dijangka oleh pasaran.  Strategi penurunan saiz balance sheet juga telah diberitahu semasa testimony Yellen baru-baru ini.

Beliau membayangkan akan menurunkan saiz balance sheet FED sebanyak $1.8 trillion dan mungkin mengambil masa selama 5 tahun. Ini satu langkah yang perlahan. (dovish). Dollar menjadi lemah dan Gold menjadi kuat selepas testimony Yellen ini.

Yang peliknya untuk Penganalisa Fundamental, walaupun semalam news yang sama berulang kembali, pasaran masih memberikan reaksi. Sebab itulah sesetengah orang duduk tepi semasa news dan hanya trade selepas news.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341

ahmadsherhanabusamah@gmail.com

Dollar dan Gold: Update Healthcare 2 dan FOMC


“ Saya memilih Dollar akan mengukuh dan Gold akan jatuh.”
Ini yang saya tulis semalam. Inilah yang kita dapat hari ini.

Tidak terlambat untuk anda membacanya disini.


Rajin-rajinlah layari blog PipHijau untuk mendapatkan analisa seperti ini. 

Perkara 1 seperti diceritakan semalam sudah berlalu dan tidak lulus. Malam nanti dan kemungkinan sebelum FOMC, Senate akan mengundi untuk perkara kedua pula. Media mengatakan besar kemungkinan ianya tidak akan lulus juga berdasarkan cakap-cakap sebelum ini orang yang akan mengundi nanti.

Kekuatan Dollar dan kelemahan Gold ini mungkin berterusan atau bertukar arah malam nanti bergantung kepada undian nanti. Kalau anda ada position, lebih baik anda jangan tidur.

Saya berpendapat undian untuk memansuhkan Obamacare ini akan lulus. Maknanya, strong dollar dan weak Gold akan berterusan. FOMC pun bergantung kepada undian ini.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com



Dollar dan Gold: Update Healthcare, Satu Contoh Analisa Fundamental yang World Class

Anda baca dahulu dan kemudian anda buat keputusan adakah sesuai tajuk yang saya pilih.

Healthcare, mengapa ia penting?

Pasaran kewangan 2017 bermula baik dengan Donald Trump merancang untuk meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan Cukai.

Pengurangan cukai bermakna pendapatan berkurangan. Donald trump perlu mencari sumber wang untuk program pembangunan infrastrukturnya.

Sistem healthcare yang baru, jika diluluskan dapat mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Duit yang dijimatkan bakal digunakan untuk program pembangunan infrastruktur yang dijanjikan Trump.
.
Bila ini berlaku, ekonomi Amerika  akan berkembang dengan lebih baik lagi. Maka Federal Reserve boleh menarik balik sokongan yang diberikan kepada sistem ekonomi Amerika dengan menaikkan interest rate dengan lebih aggresif atau menurunkan saiz balance sheetnya.

Inilah kaitan Healthcare dgn Dollar dan Gold. Jika diluluskan sistem yang baru, duit dapat dijimatkan untuk perbelanjaan infrastruktur, FED boleh naikkan interest rate, Dollar akan mengukuh dan Gold akan jatuh.

Awal minggu lepas, ada berita mengtakan bahawa sistem healthcare yang baru ini tidak akan diluluskan, Dollar menjadi lemah dan Gold mengukuh.

Apakah Yang dinanti pasaran?

Ada 2 perkara yang perlu diputuskan oleh Senate dan mereka belum membuat keputusan, Senate ialah satu badan tertinggi penggubal undang-undang di Amerika.

1. Memansuhkan Obamacare dan menggantikannya dengan sistem yang baru atau kekalkan Obamacare.
2. Memansuhkan Obamacare dan tiada sistem baru dicadangkan. Jika ini berlaku, Amerika akan menggunakan sistem Healthcare seperti sebelum zaman Obama atau kekalkan Obamacare

Mengekalkan Obamacare hanyalah suatu kemungkinan kecil pada masa ini. Jika ini berlaku, Dollar akan terus lemah dan harga Gold akan terus meningkat.

Jika Senate memilih yang pertama – saya berpendapat itu kerana mereka yakin mereka akan dapat undi untuk meluluskan sistem healthcare yang baru. Dollar akan mengukuh dan Gold akan jatuh.

Jika Senate memilih yang kedua, ini sebenarnya lebih baik dari yang pertama. Trump dapat menjimatkan wang kerajaan lebih banyak. Dollar akan mengukuh dan Gold akan jatuh.

Untuk makluman – Senate pernah mengundi untuk membatalkan Obamacare pada 2015. Undang-undang itu akhirnya diveto oleh Presiden Obama.


Saya lebih kepada Obamacare ini bakal dimansuhkan. Kemudian, Ahli politik ada dua tahun untuk memperkenalkan sistem yang baru. Saya memilih Dollar akan mengukuh dan Gold akan jatuh.

Bilakah undian akan dibuat tidak diketahui. Bacalah news unutk mengetahuinya.

Indeks Saham
 Untuk mereka yang trade indeks, anda boleh lakukannya di PipHijau.
Pasaran saham atau trader indeks berdepan dengan 2 perkara.

1. Jika Trump dapat apa yang dia mahu - Sistem Healthcare yang baru atau Obamacre dimansuhkan, Trump dapat menjimatkan wang, maka pasaran saham berdepan dengan interest rate yang lebih tinggi dimasa hadapan. Biasanya akan berlaku 'correction"

2. Obamacare dikekalkan. Ini bermakna adalah sukar untukTrump mengotakan janjinya untuk meningkatkan perbelanjaan infrastruktur. Sukar bukan bermakna tidak boleh, tapi kita perlu tunggu. Jika ini berlaku, kita akan lihat "correction" pada indeks.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Mahu buat analisa seperti diatas? Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com




Trading Plan dan Inter-Market Analisis 24 July - Selamatkan Al-Aqsa dan Obamacare bakal dimansuhkan


Minggu ini amat penting untuk kesudahan arah pergerakan Dollar dan Gold, samada Dollar akan terus melemah dan Gold terus menguat atau sebaliknya.

News 1: Obamacare bakal dimansuhkan
Saya tidak pasti bilakah dateline undian untuk Pemansuhan Obamacare bakal diadakan. Untuk makluman, pihak Senate gagal memperkenalkan sistem healthcare yang baru.

Pilihan lain ialah untuk memansuhkan Obamacare dan menggunakan sistem yang ada sebelum Obamacare. Kemudian mereka ada dua tahun untuk memperkenalkan sistem yang baru. Ini pernah dilakukan oleh Senate pada 2015 tetapi telah diveto oleh Presiden Obama waktu itu.

Pendapat saya – inilah yang bakal kita dapat pada minggu ini, cuma bila undiannya tidak pasti.

Bila Obamacare dimansuhkan, Amerika dapat berjimat lebih $400 billion dollar untuk tempoh 10 tahun. Duit ini yang bakal digunakan untuk Peningkatan Perbelanjaan kerajaan nanti.

Bila ini terjadi, barulah Federal Reserve boleh menaikkan int rate dengan lebih agresif lagi.


News 2. Kongress menyiasat campurtangan Russia dalam pilihan Raya Presiden

Hari Isnin dan Selasa minggu ini, menantu Donald Trump bakal ditemuduga pleh Kongress Amerika. Ianya temuduga tertutup tapi jika ada news buruk untuk Donald Trump, Gold bakal melonjak lagi.

Minggu ini juga Kongress sedang membuat undang-undang untuk melakukan lebih banyak sekatan Ekonomi kepada Russia.

News 3. Selamatkan Al-Aqsa

Umum mengetahui pergolakan terbaru di timur tengah. Beberapa Negara dilaporkan sudah pun memberi kata dua kepada Israel. Perhatikan harga minyak. Jika krisis ini bertukar menjadi perang, harga minyak akan meningkat. Gold juga.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Telah ada permintaan untuk saya mengajar analisa Makro untuk forex, saham, Gold dan Oil. Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk anda yang tidak sukakan volatility yang tinggi, hubungi saya.

Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com


Pengurusan Risiko EA Bahagian Kedua dan Sebab Mengapa Trader Gagal


Kita jawab dahulu mengapa trader gagal. Jawabnya ialah, statistik tidak menyebelahi anda. Anda mungkin buat duit sekarang tapi akan ada zaman anda kena margin call. Sebab itu ada soalan siapa yang tidak pernah MC. Jangan give up pulak, dengan perancangan risiko yang rapi, masalah MC boleh diatasi.



Ini adalah kajian pasaran saham. Pie Chart yang diatas itu, menunjukkan pulangan saham dalam setahun, data indeks S&P500 antar 1926 hingga 2015. Untuk tempoh ini pasaran saham naik sebanyak 73% dan jatuh sebanyak27%.

Pie Chart yang kedua berkenaan pulangan saham dalam tempuh 5 tahun, maknanya tengok chart 5 tahun. Pasaran saham naik sebanyak 86% dan jatuh sebanyak 14%.

Pie Chart yang ketiga tentang pulangan saham dalam tempuh 15 tahun, atau chart 15 tahun. Pasaran saham tidak pernah rugi.

Fund Manager institusi seperti KWSP melihat pasaran dalam tempoh yang sangat panjang. Sebab itu mereka tidak perlu risaukan pasaran. Statistik menyebelahi mereka.


Ini adalah data untuk daily chart dari 1996 hingga 2015. Pasaran saham menaik atau menurun nampak lebih kurang sama bukan? Bayangkan trader menggunakan H4 dan H1. Untuk makluman, Komoditi seperti Gold dan Oil adalah lebih volatile berbanding saham dan Forex adalah lebih volatile berbanding komoditi.

Volatility inilah yang membunuh trader dan EA. Kita memang memilih jalan sukar tanpa disedari.

Pengguna EA perlu ada ilmu untuk campur tangan bila EA tersalah arah. Tidak perlu selalu.Gold contohnya, kita hanya perlu masuk campur bila kita rasa Gold akan trending sebanyak 40 point keatas, atas atau bawah.

Seminggu dua ini trading agak susah. Ada dua news politik yang menggangu dan kita perlu beri perhatian. News tentang Healthcare, telah dikupas minggu ini. Kisahnya masih belum habis. Minggu depan akan ada vote lagi tentang Healthcare ini. Gold boleh menjunam jika Healthcare ini akhirnya diluluskan dan sebaliknya jika gagal lagi.  Tiada analisa teknikal atau fundamental yang dapat meneka apakah news yang bakal keluar nanti.

Seperti wayang Hollywood, semuanya diselesaikan pada saat-saat akhir.

News politik yang kedua adalah berkenaan kaitan antara Trump dan Russia. Anak Donald trump sudah pun dipanggil mengadap Kongress.

Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Telah ada permintaan untuk saya mengajar analisa Makro untuk forex, saham, Gold dan Oil. Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Sesiapa yang tidak sukakan volatiliti dan berminat untuk mendapatkan return 10% setahun, hubungi saya. 

Sudah tentu,sesiapa yang sukakan adrenalin, juga dialu-alukan.

Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk yang trade dibawah saya, saya mungkin akan menulis lebih banyak tentang analisa makro ini menerusi email.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com













Trading Plan untuk BOJ, ECB Press Conference dan Gold.

Esok kita ada BOJ dan ECB. Sebelum saya teruskan, inilah hasilnya hasil faham news semalam. 


Anda boleh bacanya disini.



Saya bukanlah trader yang hebat. Emosi selalu menganggu. Kalau akaun ini bersaiz USD250 ribu, saya tak mungkin akan biarkan float sehingga USD100 ribu.

Kemampuan kewangan kita berbeza. Kalau anda mampu mengambil risiko yang lebih, saya mungkin ada banyak idea untuk anda. Hubungi saya seperti yang tertera dibawah.

Saya memang sarankan traders ada satu akaun yang ada cash tapi menanti peluang yang sekali sekala datang, bila pasaran dalam keadaan extreme seperti sekarang ini.


Analisa Fundamental Gold dan ECB.

Bila trading, kita ada short-term dan long-term trend. Analisa Fundamental juga begitu. Kisah Healthcare bill yang gagal ini adalah berkenaan politik. Ini adalah kisah Fundamental short-term.

Analisa Fundamental Long-term pula adalah berkenaan Balance Sheet Central Bank. Banyak gambaran sudah diberi, Central Bank bakal mengecilkan saiz balance sheet mereka. FED dijangka melakukannya pada September nanti. ECB mungkin akan mengumumkan pendirian mereka malam esok. 


ECB Press Conference



Bila saiz Central Bank membesar, kita dapat currency devaluation (gold menjadi pilihan, maka nilainya naik). Bila saiz Central Bank balance sheet mengecil, nilai Currency akan naik dan nilai Gold pula akan jatuh.

Seperti Biasa kita tidak akan tahu apakah news yang akan keluar tapi jika ECB bercakap tentang mengecilkan saiz balance sheetnya, nilai Gold mungkin jatuh.


BOJ


BOJ pula sehingga kini masih belum membayangkan untuk mengecilkan saiz balance sheetnya. Jika mereka masih belum bersedia,kemungkinan untuk USDJPY mengukuh adalah tinggi.


Coaching Inter-Market dan Analisa News
Trading memang tidak mudah, samada secara Teknikal atau Fundamental. Tapi yang pasti, News lah yang menggerakkan pasaran.

Telah ada permintaan untuk saya mengajar analisa Makro untuk forex, saham, Gold dan Oil. Sesiapa yang berminat boleh PM atau email saya.


Buat Analisa atau Gunakan Robot untuk Trade.
Berminat? Sila register
http://bit.ly/2ogtk8O

Untuk yang trade dibawah saya, saya mungkin akan menulis lebih banyak tentang analisa makro ini menerusi email.


Selamat Melabur. Risiko anda yang tanggung dan semoga mesejnya sampai.
Ahmad Sherhan Abu Samah. Penganalisa Makro.
0107874341
ahmadsherhanabusamah@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :