Skip to main content

Posts

Dollar dan Gold - Perjumpaan Central Bank di Jackson Hole dan FOMC 20 September

Hujung minggu nanti,akan berlangsung “ The 2017 Economic Symposium, "Fostering a Dynamic Global Economy," bermula pada Aug. 24-26, 2017 di Jackson Hole, Wyoming, Amerika.
Jackson Hole Summit ini adalah persidangan ekonomi tahunan bermula sejak 1982 dan di hostkan oleh Federal Reserve Kansas City. Semua Central Bankers utama dunia biasanya akan hadir.
Sebelum persidangan ini bermula, European Central Bank, ECB dan Reserve Bank of Australia, RBA sudah pun memberi bayangan bahawa currency masing-masing adalah terlalu kuat dan boleh memberi kesan negative kepada ekonomi masing-masing.
Jadi besar kemungkinan, Central Bankers ini akan berbincang dibelakang tabir tentang kelemahan Dollar yang mungkin menggangu tempo ekonomi dunia ketika ini.
Kesan perjumpaan ini mungkin akan dapat dilihat semasa mesyuarat FOMC pada 20 September nanti.

FOMC 20 September
Ada dua perkara yang menjadi perhatian umum, interest rate dan balance sheet Federal Reserve.
Interest rate bukanlah isu utama pada mesyua…

Dollar dan Gold – Masalah di Rumah Putih adalah Trump sendiri.

Ada dua sebab mengapa investor membeli Gold, untuk melindungi nilai semasa inflasi yang tinggi dan untuk melindungi nilai semasa krisis.

Jumaat lepas menyaksikan Gold naik mendadak, dan harga kemudiannya turun selepas berita Chief Strategist White House Steve Bannon dipecat.


Ekonomi dan inflasi membayangkan harga Gold akan turun. Kita kupas isu ini ditulisan akan datang. Sekartang kita sedang menghadapi krisis “leadership” di Rumah Putih.


White House sedang mengalami “Staff turnover”  yang sangat tinggi.
Pada 13 February, Michael Flynn, National Security Adviser telah meletak jawatan kerana menipu Vice Presiden Amerika, Pence tentang perbualannya dengan Duta Russia sebelum trump memegang jawatan Presiden.
Kemudian “Communication Director” Dubke dan Scaramucci berhenti dari jawatan ini.
Steve Bannon yang baru dipecat ini dikatakan bertelingkah dengan National Economic Adviser, Gary Cohn. Juga dikatakan, Gary Cohn hampir melepaskan jawatannya.
Semua hura hara ini akhirnya berpunca dari satu o…

Dollar dan Gold – Huru hara di Amerika!!!. GoldTarget 1292 kembali

Selepas kemenangan Trump, berlaku banyak kekecohan berkaitan “White nationalist” atau White Supremacist” di Amerika sehingga berlaku kematian empat hari lepas di Charlottesville, sebuah pekan di Virginia, tempat yang terkenal dengan lagu “Country Road, take me Home”. Ha ha anda mungkin belum lahir lagi waktu itu.


Cara Trump menangani masalah di Virginia ini telah mendapat teguran ramai pihak. Trump tidak menghentam secra terbuka puak yang pro “white Nationalist” ini.
Beberapa nama besar yang menjadi member kepada “manufacturing council” mula menarik diri. Akhirnya semalam Trump telah mengumumkan  penutupan dua majlis penasihatnya berkenaan ekonomi, menghidupkan peluang pekerjaan dan meningkatkan aktiviti perkilangan di Amerika.



Malam tadi juga menyaksikan teguran secara terbuka tanpa berlapik oleh CEO JPMorgan, Jamie Dimon. Mereka ini semua orang-orang hebat dalam industri masing-masing, bukannya perserta The Apprentice.
Kenyataan Trump juga mendapat reaksi negative dari Theresa May, Perd…

Dollar dan Gold – Central Bank berubah fikiran!!! 1260. Lupakan North Korea

Saya sedang menulis ini bila Gold telah pun hit paras 1274. Semalam penuh dengan berita bahawa Amerika tidak mahu berperang tapi akan gunakan talian diplomatik dalam menghadapai ancaman Nuklear North Korea. Saya fikir cerita Korea ini belum berakhir.



Berita yang lebih penting, sekitar 2 pagi tadi, statement dari Dudley, ketua FED cawangan New York memberi gambaran bahawa mengharapkan FED untuk menurunkan saiz balance sheetnya adalah tidak keterlaluan. Dia juga membayangkan saiz balance sheet Federal Reserve lima tahun yang akan datang pada paras $2.5 trillion. Kenyataan ini adalah lebih “dovish” dari yang diberikan oleh Janet Yellen iaitu $1.8 trillion.
Jika tiada news yang mengubah kenyataan ini, kita mungkin lihat Gold kembali keparas 1260.
Daytrading Gold dengan Berita Terbaru


Walaupun kita trade short-term, adalah elok jika melihat chart yang besar untuk melihat horizontal support dan resistance yang penting. Kita lihat di Daily chart 1274 agak kuat juga.

Untuk mereka yang suka buat c…

Dollar dan Gold – Russia dan China kacau Trend Menaik Gold. Fahami Polisi Luar Amerika

News yang tidak ada didalam forex factory memang selalu memberi masalah kepada perancangan trade kita. Hari Jumaat yang lepas, pukul 8.30 malam kita dapat inflasi yang lemah, maka Gold pun melonjak.
Saya pun membuat trade saya selepas news. Saya long Gold. Pukul 9.15, trade saya dah terkena Stop Loss.  Gold jatuh keparas 1281, paras resistance yang saya sebutkan dalm tulisan saya yang lepas.
Selepas ini kalau Gold jatuh merudum lagi, dia boleh pergi keparas 1278 pula. Spike atas bawah inilah yang menyusahkan kita sebagai traders.

Sentiasa ada news yang merubah pasaran, samada kita terbaca mengenainya ataupun tidak. Kalau kita faham, mengapa trend berubah, kita akan trade dengan lebih yakin. Lebih baik kita cari news apa yang merubah pasaran ini.


Sekitar pukul 9 malam, ada news berkenaan Russia dan China sentiasa cuba untuk menyelesaikan krisis North Korea. Sekiranya, berlaku perdamaian antara North Korea dan Amerika, maka harga Gold akan jatuh menjunam.
Pemahaman saya berkenaan politk Am…

Dollar dan Gold – 1274 pecah seperti dijangka. Kemana selepas ini?

Trading range untuk Daytrade Gold ketika ini

Ini trading range Gold pada pagi ini. Saya akan cuba beli pada paras support dan jual pada paras resistance dan kita faham trend menaik Gold ini masih belum menunjukkan tanda-tanda ia sudah lemah. Kemungkinan ia akan cuba mengetuk paras tertinggi yang terdekat pada 1281.

Analisa Jangka Panjang - Teknikal

Kita tahu, ada banyak selling order pada paras 1280 hingga1297 sebab ada banyak bearish candle disini.
Kita juga ada pattern Quasimodo, tidak berapa cantik tapi ada, Kita perlu berhati-hati pada paras 1297.
Pada 14 Jun, kita ada pattern fail to return yang membuat paras tertinggi pada 1281. Dari segi analisa teknikalnya, kita sudah boleh berfikir untuk menjual pada paras antara 1283 ke 1297.
Semua analisa ini saya belajar dari Cikgu Mansor Sapari. Beliau sekarang bersama Harvest-Markets. Saya sekarang daytrade menggunakan teknik Supply and Demand yang beliau ajar.
Cuma saya gandingkan dengan analisa fundamental yang sudah sebati dengan saya selama…

Dollar dan Gold – Ancaman Perang Nuklear Korea Utara ubah Trend Gold

Perlu ada news untuk merubah arah pasaran. Kita dapat data yang kuat pada Jumaat lepas dan dollar menjadi kuat serta Gold jatuh merudum. Kemudian pasaran Gold bergerak secara sideways dan mula menaik sehingga ke paras 1265 sebelum jatuh secara mendadak sehingga keparas 1251.


Kemudian kita bangun tidur, Gold kembali berada pada paras 1260. Rupanya ada news kemungkinan perang Nuklear Korea Utara. Samada kita percaya news ini tidaklah penting, ianya mungkin mainan politik Donald Trump sahaja tetapi pasaran mengambil serius perkara ini.
Kita perlu tandakan news ini dalam chart kita, sebab perlu ada news untuk merubah arah pasaran. Maksudnya, trend Gold sekarang adalah menaik.

Daytrading Gold dan perang Nuklear
Semasa artikel ini ditulis, resistance berada pada paras 1265.2. Resistance in telah pecah. Walaupun kita daytrade, seeloknya kita ambil trade ikut arah news. Kita buy on dip and cuba jual pada paras resistance. 
Dimana hendak dibeli bergantung kepada pergerakan Candle, atau apa yang di…