[BASIC MT4 : INDICATOR ATR] : PART 1

[BASIC MT4: INDICATOR ATR]
.
.
Apa kejadahnya ATR ni? Apa fungsi dan macam mana ia berfungsi? Custom indicator ke?
.
.
ATR @ Average True Range adalah default indicator yang terdapat di dalam MT4 (desktop dan HP). ATR dikira berdasarkan kepada formula di bawah:-
.
.
source: https://en.wikipedia.org/wiki/Average_true_range
.
.
Mak aii. Siap ada formula tu. Macam susah je nak mengira ATR ni. Hehehe. Sabar-sabar. Ni abam nak share cara nak gunakan indicator ATR ni.
.
.
Ok. Mula2 untuk masukkan dalam MT4 ikut je step dalam gambar kat bawah ni ye.
.
.
source: mt4 PIPHIJAULTD
.
.
Dah tu, macam mana plak nak guna tu? Letak saja sebagai perhiasaan takde guna. Hehe...
.
.
Cuba abam2 akak2 cuba baca dekat website bawah ni. Kot2 boleh faham sikit macam mana ATR ni bekerja.
.
.
.
.
Dah baca pun tak faham lagi? Parah ni. Hehehe. Meh jumpa saya, kita ngeteh. Belanja nescafe tarik cukup la J
.
.
.
.
p/s - nanti abam sambung PART 2 untuk cara penggunaan indikator ATR ni ye. Doakan abam sihat dan ada idea untuk sambung skit lagi ye :)

2018 – The Clash between Weak and Strong dollar factor. Higher volatility ahead.


2018 we may see the clash between factors that may led to weak dollar and factors that may led to strong dollar. Find out what it is

Please click the link below

Learning Objectives
2017 – The Year that was
US Tax Cut and Jobs Act and Dollar in 2018,
US Mid-Term Election 2018
Exchange Rate Regime and Bitcoin
4th industrial revolution and the Electric Vehicle
Saudi Aramco and Oil Price
10 years and 30 years Cycle
New Chief and Federal Reseve Policy in 2018.
Trump Trades Policy
2018 – The Clash between Weak and Strong dollar factor. Higher volatility ahead.

Interested in learning? Please click the link below
News Analysis

Any question on news/events or trades, please join my group below.

Trading Plan Catalonia Election for Independence 21 December


Baru-baru ini Perdana Menteri Sepanyol telah membubarkan Parlimen Catalonia selepas mereka mengistihar kemerdekaan dari Sepanyol.

Esok, 21 Disember Catalonia akan keluar mengundi. Berdasarkan poll terbaru, pihak pro-independence, kalau pun menang tidak mungkin boleh mengistiharkan kemerdekaan. Malah, Ines Arrimadas dari parti pertengahan juga disebut bakal menjadi Presiden Catalonia yang baru.


Kemerdekaan Catalonia dari Spain boleh menjadi contoh dan semangat kepada Negara-negara lain untuk keluar dari EU misalnya. Ia akan memberi kesan kepada Euro.

Pemimpin baru yang bakal dilantik, jika pro pemerintah Spain sekarang, bakal memberi kestabilan kepada Euro.



Trader Saham, Forex, Bitcoin, Oil, Gold dan Futures,
Nak belajar analisa makro? Klik link dibawah



Fasa 1 Meeting Britan-EU Berakhir - Expect Strong Sterling

Meeting antara Theresa May dan wakil dari EU tentang Fasa 1 (divorce dan kos) bakal berakhir tidak lama lagi. Selepas Fasa 1 ini berakhir - satu peringkat ketidak tentuan pasaran sudah berakhir. (uncertainty removed). Dengan berakhirnya satu peringkat uncertainty ini, GBP dijangka meningkat lagi.


Trader Saham, Coach Forex, Bitcoin, Oil, Gold dan Futures, dapat hasil trading yang lebih baik dengan memahami arah news.
Nak belajar analisa makro? Klik link dibawah


Analisa Makro saya kata Jual semasa Gold diatas 1280. Amaran Kepada Trump

Trading Plan FOMC Khamis 14 Dec 3AM
Sebelum FOMC

Perhatikan Gold dan EURUSD. Kita ada set up weak dollar, maksudnya Euro dan Gold akan mengukuh bila-bila masa. Euro sedang membuat set up reversal Falling Wedges.

Selepas FOMC
Semuanya bergantung kepada apakah panduan yang bakal diberi Federal Reserve. Mereka tidak boleh terlalu hawkish kerana Federal Reserve juga bergantung kepada fiscal polisi – Tax Cut Bill. Ini News terbesar bulan ini.

Tax Cut Bill dan Special Election Alabama
Semalam telah berlaku “by-election” di Alabama untuk menggantikan Senator dari parti republican yang meletak jawatan February lalu.

Kemenangan memihak kepada Doug Jones dari parti Democrat, yang pertama selepas 25 tahun.

Doug Jones tidak akan terlibat semasa pengundian Tax Cut Bill nanti tetapi kemenangan beliau  memberi amaran  senator Republican yang mahukan tax cut bill – mereka mungkin kalah pada pilihan-raya November 2018 nanti.

Trader Saham, Forex, Bitcoin, Oil, Gold dan Futures,
Nak belajar analisa makro? Klik link dibawah


Politic vs. the Economy dan Kesan Tax Cut Bill kepada Interest rates.

Market is still in a range trading mode.


Hari Rabu lepas saya tulis trading plan untuk menghadapi undian Tax Cut Bill oleh Senate. Kita cadangkan jual Gold dan beli Dollar. Tapi pasaran tidak semudah itu. Politik mengganggu trading idea ini. Sebab itu money management penting.

Hari Khamis, US Secretary of State, dikatakan bakal digantikan oleh White House. Berita ini sudah pun dinafikan pada hujung minggu.

Kemudian hari Jumaat, Michael Flynn, bekas penasihat sekuriti Trump mengaku menipu FBI berkenaan siasatan campur tangan Russia semasa pilihan raya Presiden tahun lepas.

 Beliau sedia menjadi saksi sekiranya Trump dipanggil membela diri.

Kedua-dua news politik ini membuatkan Gold Spike keatas.

Seterusnya, hari Sabtu, Senate meluluskan usul tax Cut. Tax Cut bill ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi Amerika dan meningkatkan inflasi. Kesan news ini kepada pasaran dijangka akan berlarutan buat seketika

Kesan Tax Cut Bill kepada Interest rates

Ada dua badan perundangan tertinggi di Amerika, Senate dan House. House boleh memilih untuk terus menerima Tax Cut Bill Senate dan menghantarnya kepada Presiden Trump untuk ditandatangani.

Kalau ini terjadi, maka Dollar akan menjadi lebih kuat dan Gold akan terus melemah.

Tetapi yang mungkin berlaku ialah, satu committee akan membincangkan Tax Cut Bill Senate dan Tax Cut Bill House dan satu tax cut bill yang dipersetujui oleh committee ini akan diundi lagi di Senate dan juga House.

Presiden Trump dijangka menandatangani Tax Cut Bill ini sebelum Krismas.

Sekarang kita ada timeline and kita boleh faham mengapa pasaran masih boleh bergerak secara sideways.

Analisa Teknikal Interest Rates

 Dalam masa terdekat, US Bond Yield 10 tahun dijangka mampu naik keparas 2.5 atau 2.6%, sebelum jatuh. (dollar akan mengukuh dan Gold melemah.

Apa menanti 2018?

Jika tiada masalah politik, tax cut dan ekonomi yang stabil dan progresif, Federal Reserve mungkin akan memberi guidance yang mereka boleh menaikkan interest rates dengan lebih laju lagi. Sekarang pasaran menjangkakan kenaikan interest rates sebanyak 2 kali pada tahun hadapan. JP Morgan Asset management membayangkan kenaikkan interest rates sebanyak 4 kali.
  
Masalah Politik
Jika Trump didakwa, Yield boleh jatuh ke paras 2.27% atau 2.20% atau mungkin pada paras 2.0%.

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, tapi jika Trump dipanggil, saham akan jatuh, Gold akan menjadi pilihan untuk “Flight to safety”, dan German Bond akan menjadi pilihan berbanding US Bond.

Berwaspadalah.

News Analysis
Sesiapa yang ada soalan tentang news atau fundamental trade, boleh lah diajukan disini:

Siapa yang belum ada akaun boleh register disini



Trading Plan untuk Undian tax Cut Bill Senate


Semalam Korea Utara membuat ujian bom nuclear tetapi seolah tiada kesan kepada pasaran.  Perhatian pasaran hampir pasti kearah undian tax cut Bill yang boleh berlaku bila-bila masa sebelum minggu ini berakhir. News ini tiada dalam forex factory.

Penggubal undang-undang senate mengundi 52-48 untuk membahaskan Tax Cut Bill. Tax Cut bill ini apabila lulus nanti dijangka memeberi kesan positif kepada ekonomi dan kadar inflasi akan meningkat.

Kesan nya kepada pasaran bond market – yield telah menaik (gambaran bahawa interest rates akan naik) dan akibatnya dollar menjadi kuat dan gold menurun.

Selepas perbahasan, undian akan dilakukan. Keputusannya bila-bila masa sehingga sebelum minggu ini berakhir.
  
Trading Plan untuk tax Cut Bill
Republican mempunyai 52-48 undi majority didalam Senate yang mempunyai 100 ahli. 99.99% sudah hampir pasti tax cut ini akan lulus.
Jadi – juallah gold dan belilah dollar. TAYOR



Jika undi nya lulus, US Yield boleh melepasi paras 2.42% dan Gold mungkin jatuh sehingga paras 1262 atau 1250.

Jika undiannya gagal, maka belilah Gold banyak-banyak.
  
Apa Selepas Undian tax Cut Bill Senate?
Proses ini tidak akan berakhir disini. Selepas lulus, mereka perlu lalui satu lagi proses. Ada dua badan perundangan tertinggi di Amerika, Senate dan House. Kedua-dua badan ini perlu berbincang untuk mencari Tax Cut bill terbaik sebelum dihantar kepada Presiden Trump untuk ditandatangani. Maknanya, pasaran masih boleh bergerak secara sideways atau range trading selepas undian Senate.
  
News Analysis
Saya jarang menulis di PipHijau sekarang kerana kurang sambutan dan kekangan kerja. Sesiapa yang ada soalan tentang news atau fundamental trade, boleh lah join telegram group saya disini:

Siapa yang belum ada akaun boleh register disini

Salam Maulidur Rasul


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :