Skip to main content

Posts

Silibus Yang Tertinggal Part 6 : Savers Are Losers!

Savers are losers? Betul ke statement ni? Takkan la orang yang kuat menyimpan tu rugi? Habis tu, kena spend la semua duit yang kita ada?

Indeed, percaya atau tidak, savers are losers. Simply atas satu sebab - wang kita ditelan inflasi setiap hari. Mungkin ia susut dalam angka yang kita tidak nampak, tetapi hakikatnya nilai wang kita makin menyusut saban tahun.

Bagaimana kita mahu mengira kadar penyusutan duit kita ni? Formula mudahnya, anda boleh melihat pada kadar inflasi tahunan negara kita, iaitu pada purata sekitar 3% setahun.

Untuk mengira kadar penyusutan wang kita, kita gunakan formula asas compounding seperti berikut:

Fv : Future Value Pv : Present Value r : Rate (inflation) n : Period (year)


Sebagai contoh, mengambil kira kadar inflasi pada purata 3% setahun, wang kita sebanyak RM100,000 pada hari ini akan mempunyai nilai cuma RM73,742  pada 10 tahun akan datang!

Kadar ini adalah compounded value, bermaksud nilai tunai wang yang kita simpan secara fizikal, tak kisah la di bawah ba…

Rezeki Pagi : Ramai Trader Selalu Lupa!

Apa yang kita selalu buat sebaik sahaja bangun pagi dan buka mata? Saya yakin, 80% trader tegar akan terus membuka MT4 mereka, samaada dalam PC, laptop ataupun phone masing-masing, bimbangkan position yang tengah floating, ataupun takut terlepas entry gap!

Namun tahukah anda, kebanyakan orang yang berjaya memulakan pagi mereka dengan aktiviti yang jauh berbeza?
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang Multi-millionaire dan juga motivator terkenal, Stefan James, beliau mendapati bahawa kebanyakan public figure yang berjaya mempunyai rutin pagi yang istimewa yang juga dipanggil 'Morning Ritual'.
Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa individu-individu ini memperuntukkan permulaan hari mereka, sejurus selepas bangun pagi dengan 'self-empowerment rituals' yang menjadi pasak kepada semangat mereka untuk memulakan hari tersebut.

Mari kita lihat hasil kajian brader Stefan ni:
1. Tony Robbins (Global Motivator)
Tony Robbins memulakan hari beliau dengan mandi di dala…

7 Kesilapan Besar Dalam Trading

Setiap trader bercita-cita untuk menjadi trader yang profitable dan konsisten, namun tak ramai yang betul-betul mengulangkaji kesilapan sendiri dalam trading. Hakikatnya, mereka yang rajin yang menilai semula kesilapan-kesilapan dalam entry mereka akan berjaya mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama berulangkali.




Berikut adalah 7 Kesilapan Besar Dalam Trading yang boleh kita ambil iktibar bersama:


1. Tidak Meletakkan Stoploss Pada Entry.

Ini memang kesilapanclassicyang dilakukan oleh semua trader tak kira newbie mahupun trader yang dah bertahun dalam bidang ni. Benar, kita paling sakit hati bila price makan stoploss dulu, baru pergi ke arah yang kita mahukan. Sakitnya tuh di sini! Namun, penggunaan stoploss dapat mengelakkan akaun kita daripada MC dan mengelakkan kita daripada menanggung kerugian yang lebih besar jika market tidak bergerak ke arah yang kita mahukan.

Malah, pergerakan market pada tahun kebelakangan ini (2010 ke atas) agak berbeza berbanding tahun-tahun …

Analisa AUDUSD 9/10/2018 - AU Gagal Bertahan di Phsycological Level 0.72000

Setelah membuat rebounce bermula pertengahan bulan September lalu, pair AUDUSD dilihat gagal bertahan pada paras psikologi 0.72000, lantas membuat terjunan tiruk minggu lalu dengan penurunan sehingga 200 pips.

Data ekonomi Australia yang positif pada minggu lalu juga gagal memberikan impak positif kepada sentimen pasaran terhadap pair ini. Namun, yang menariknya, Australia sebenarnya 'selesa' dengan 'valuation' matawang mereka, kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada perolehan eksport. Nilai matawang yang rendah dijangkakan akan merancakkan lagi industri eksport mereka ke negara luar.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk dahulu pada Weekly Chart bagi pair ini.


 Bearish Marubozu Candle @Weekly
Seperti yang kita lihat pada Weekly Chart di atas, candle yang terhasil pada minggu lalu membentuk Bearish Marubozu, satu petanda kuat bahawa pair ini masih dalam mood downtrend.
Maka kita perlu mencari peluang untuk sell di timeframe yang lebih kecil di H4 seperti be…

Fundamental Review Minggu Ini : 8/10/2018 - 12/10/2018

Berikut adalah key events yang akan mempengaruhi pergerakan pair sepanjang minggu ini:



******
ISNIN, 8 Oktober

Pasaran Matawang Jepun Ditutup (Cuti Health-Sports Day)
Pasaran di Kanada ditutup sempena Thanksgiving Holiday
Pasaran Saham di US dibuka, tetapi pasaran bon ditutup sempena Columbus Day


SELASA, 9 Oktober

8.30 pagi - National Bank of Australia (NAB) akan mengeluarkan data Business Confidence 


RABU, 10 Oktober

9.10 pagi - Presiden Federal Bank of New York, John Williams akan berucap dalam event di Bali
4.30 ptg   - UK akan mengeluarkan data GDP bulanan dan data Industri Pembuatan
8.30 mlm - US akan mengeluarkan data PPI - Data Indeks Harga Pengeluar


KHAMIS, 11 Oktober 

7.30 mlm - European Central Bank (ECB) akan mengeluarkan minit mesyuarat berkenaan kadar faedah terkini
8.30 mlm - US akan mengeluarkan data CPI - Data Indeks Harga Pengguna


JUMAAT, 12 Oktober

China akan mengeluarkan data terkini berkenaan dagangan yang dijangka akan mempengaruhi pasaran Asia dan US.

******


Pastikan …

Analisa Teknikal EURGBP 8/10/2018 - Rundingan Brexit Beri Kelebihan Pada Pound

Dalam sesi dagangan pada minggu lepas, pair EURGBP telah membuat penurunan sekitar 140 pips tanpa correction. Seperti yang kita tahu, range bagi pair ini agak kecil, kerana kedua-duan matawang ini 'berkawan' rapat dari segi ekonomi dan politik. Namun, sejak UK memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, pair ini agak volatile dan sensitif, lebih-lebih lagi dengan sebarang rumors berkenaan rundingan Brexit.

Tambahan pula, pada minggu lepas, Perdana Menteri Ireland, Varadkar menggesa Theresa May (PM UK) untuk mempercepatkan perancangan tentang sempadan Ireland bagi rundingan Brexit. Kenyataan ini disokong pula oleh peningkatan data-data ekonomi di UK, seperti kenaikan KDNK kepada 1.2%, peningkatan inflasi harga pengguna kepada 2,7% dan juga penurunan kadar pengangguran kepada 4%, yang terendah sejak Februari 1975!

Apapun, kita lihat dulu analisa teknikal pair ini bermula dengan Weekly Chart.


Bearish Marubozu @Weekly Candle

Seperti yang anda dapat lihat di atas, momentum bea…

Analisa GBPAUD 8/10/2018 - Benteng Kuat di 1.85000 Akhirnya Ditembusi!

Dalam 3 hari terakhir dagangan minggu lepas, GBPAUD membuat bullish rally berterusan tanpa retracement, sekaligus memecahkan benteng resistance sekitar 1.85000 yang sudah beberapa kali gagal ditembusi sejak Mac 2018 lalu.

Sentimen pelabur nyata tidak berpihak kepada Australian Dollar, meskipun data ekonomi yang baik ditunjukkan pada Jumaat lepas. Dan pastinya, matawang Pound telah menarik pembeli dengan respon positif berkenaan rundingan Brexit yang 'hampir pasti'.

Beralih kepada analisa teknikal, kita rujuk terlebih dahulu kepada Weekly Candle yang terhasil pada minggu lepas. Candle Bullish Marubozu terbentuk hasil daripada momentum pergerakan bullish yang kuat bermula hari Rabu.


Bullish Marubozu terbentuk di Weekly Candle

Kemudian kita lihat pula pada Daily Candle untuk double-confirmkan arah yang perlu dipilih pada minggu ini.


Strong Bull Momentum at Daily Candle

Nyata kita dapat lihat strong bullish momentum di Daily Candle, menandakan kita perlu mencari peluang buy pair GBP…