Kawalan Risiko Dalam Dagangan

Risiko membawa maksud perihal kebarangkalian berlakunya
kemungkinan tertentu samaada dari segi kewangan, harta, diri, dan pihak ketiga.

Kawalan Risiko dalam dagangan bermaksud kebarangkalian berlakunya
transaksi rugi dalam dagangan yang melibatkan kekuatan ekuiti modal  pedagang
bagi mengelakkan ekuiti hangups atau kekurangan margin untuk membuka sesuatu
transaksi dagangan.

Kawalan Risiko yang baik adalah sebanyak 1-5 peratus sahaja dari jumlah ekuiti
bagi sesebuah saiz lot yang dibuka Ketika memulakan urusan dagangan.

Ini mampu mengawal risiko daripada rugi besar dan juga dapat mengekalkan margin minima untuk
dagangan. Ia diperakui dan digunapakai oleh pedagang-pedagang besar dan syarikat-syarikat korporat dunia.

Emosi Mudah Dikawal Ketika Hati Tenang

Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian,
disposisi dan motivasi.

Ini boleh dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan tahap emosi
seseorang trader ketika memulakan dagangan .

Perasaan yang seolah-olah seperti transaksi dagangannya itu betul dan tepat serta tidak pernah silap. Perangai pula yang tidak mahu sabar dan hendak cepat sahaja mahu untung, erti kata lain takut akan transaksi dagangan sedang terapung-terapung. Keperibadian pula boleh dikaitkan dengan sikap sombong dan berlagak pandai, yang mana dirasakan seolah-olah dirinya sahaja yang betul.

Hati yang tenang merupakan sesuatu nikmat yang diimpikan setiap umat manusia.
Dalam konteks Dagangan Matawang, Pedagang yang mampu mengawal emosi secara total
dan baik adalah mereka yang mempunyai hati yang tenang ketika mulakan transaksi dagangan. Ini kerana hati yang tenang mampu mengatasi perasaan yang buruk.

Apabila hati seseorang itu tenang, ia mampu untuk bersabar dan berfikir secara rasional. Hati yang tenang juga dapat mengatasi sikap sombong dan berlagak pandai.

SahVCS pendedahan live trade menggunakan SOP


Bermula dari 2008 SahVCS dibentuk dengan pengabungan analysis di dalam membangunkan teknologi engineering dan graph analysis. Mementingkan formula didalam percantuman setiap indicator sehingga ianya membuang sifat asal indicator yang digunapakai.

Kita hanya menumpang bentuk dan corak. Manakala end user hanya perlu tahu bentuk dan warna dalam menentukan entry dan Tp.

Insya Allah segala ilmu akan dicurahkan seperti mana telah terdidiknya lebih ratusan pelajar - pelajar SahVCS dari dalam dan luar negara dengan kelas formal, ftf mahupun online guide dari group telegram rasmi SahVCS.

Setting percuma teknik SahVCS diberi kan dan ianya sesuai untuk android phone untuk mt4



4 PERKARA BESAR DALAM HIDUP

Kerugian terbesar manusia bukanlah pada saat mengalami kerugian pada perniagaannya,
melainkan pada saat dia kehilangan 'SEMANGAT' hidupnya

Kebankrapan terbesar manusia bukanlah pada saat dia kehilangan segalanya,
melainkan pada saat dia kehilangan 'HARAPAN' hidupnya

Kehilangan terbesar manusia bukanlah pada saat dia ditinggalkan oleh teman-teman
dan orang-orang yang dicintainya, melainkan pada saat dia kehilangan 'KENDALI' atas dirinya

Kerugiaan, Kebankrapan dan Kehilangan terbesar manusia adalah pada saat dia 'TIDAK MENGENAL siapa dirinya


Sempena bulan baik ini, marilah kita MULA buku baru mengenal diri kita, kelebihan, kekurangan serta potensi kita untuk kita menempuh alam dunia yang semakin mencabar.


LET'S TRANSFORM!!!

SahVCS hanya perlu masa 3 jam untuk difahami dari 0 to expert skill

Bermula dari 2008 SahVCS dibentuk dengan pengabungan analysis di dalam membangunkan teknologi engineering dan graph analysis. Mementingkan formula didalam percantuman setiap indicator sehingga ianya membuang sifat asal indicator yang digunapakai.

Kita hanya menumpang bentuk dan corak. Manakala end user hanya perlu tahu bentuk dan warna dalam menentukan entry dan Tp.

Insya Allah segala ilmu akan dicurahkan seperti mana telah terdidiknya lebih ratusan pelajar - pelajar SahVCS dari dalam dan luar negara dengan kelas formal, ftf mahupun online guide dari group telegram rasmi SahVCS.

Setting percuma teknik SahVCS diberi kan dan ianya sesuai untuk android phone untuk mt4

Ramadhan Itu Rahmat

Kehadiran bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan hati yang gembira dan bersyukur oleh setiap umat Islam. Bulan yang mana umat Muhammad S.A.W yang bertakwa diuji dengan godaan nafsu bukan sahaja nafsu makan dan minum bahkan nafsu syahwat. Bulan yang rahmat dan terkandung di dalamnya dan 1001 kebaikan untuk umat Muhammad S.A.W.

Tetapi ada juga yang menganggap bulan Ramadhan itu suatu bulan yang menyusahkan dan menggangu perjalanan hidup mereka kerana terpaksa menahan lapar dahaga dan nafsu syahwat di siang hari.Mereka ini adalah orang orang yang tidak mendapat keuntungan dan rahmat daripada bulan yang suci dan mulia ini.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa diantaranya yang utama adalah menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Di samping itu ia dapat mendidik jiwadan memberikan nilai kesihatan kepada sistem pencernaan khasnya yang telah beroperasi sepanjang tahun untuk dapat berehat di bulan mulia ini.

Puasa juga mengajar erti bersyukur dimana budaya bersedekah lebih tertonjol di bulan ini. Orang yang lebih berkemampuan akan dapat menolong orang yang lebih lemah dan miskin samada dalam bentuk makanan ataupun wang ringgit. Ganjaran bersedekah di bulan Ramadhan ini pahalanya adalah berlipat kali ganda dibandingkan bulan bulan yang lain.

Orang yang berpuasa bererti diperintahkan kepadanya untuk bertakwa kepada ALLAH S.W.T, yakni dengan mengerjakan perintah dan menjauhi larangan-NYA serta ikhlas lillahi taala.

Inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” - Surah alBaqarah: 183 Berdasarkan ayat itu, hikmah diwajibkan puasa ialah supaya wujud sifat takwa dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T

SahVCS SOP Trading live



Visual Control System.

Nantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :