SahVCS menerangkan tentang CS rujukan sebagai TP dan sidewaynya


Sepertimana diberitahu sebelum ini, CS hanya ada 2 dan dinamakan sebagai:

πŸ‘‰ CS merah = CS SELL.
πŸ‘‰ CS hijau   =  CS BUY.

Pencarian 2 CS sama level sebagai rujukan diperlukan di dalam teknik SahVCS sebagai sideway dan TP.






πŸ‘‰ Dari M15, kita memerlukan 4 CS bagi membentuk 1 CS H1.

πŸ‘‰ Begitu juga dengan 4 CS H1 diperlukan bagi membentuk 1 CS H4.

πŸ‘‰ 4 CS D1 diperlukan untuk membentuk 1CS W1

πŸ‘‰ 4 CS W1 diperlukan untuk membentuk 1 CS MN.

Perasan tak diatas tidak disebut sebagai CS M1 kepada M5, M5 kepada M15,  M15 ke M30, dari M30 ke H1, Begitu juga dari H4 ke D1.  Ini kerana ianya bukan terdiri dari gandaan 4 CS membentuk 1 CS seterusnya.

Jadi disini kita katakan sebagai gandaan 4 CS lebih sesuai digunapakai sebagai Trend dan selain itu ianya adalah time frame rujukan.

SahVCS menerangkan cara membaca CS


Ini adalah CS atau nama sebenarmya Candle Stick. Berbagai nama diberikan hasil dari gabungan beberapa CS dan kita wajip mengetahuinya sekiranya anda adalah berada di kelas selain SahVCS. Kebiasaannya anda hanya akan menghabiskan masa sekitar penuh 2 hari kelas hanya untuk mempelajari nama dan bentuk gabungannya. Contohnya Morning Star, Doji, Evening star dan beratus lagi yang saya sendiri sudah lupakan dan tidak lagi menguna pakainnya didalam pembentukan graph SahVCS.




Didalam teknik SahVCS Candle stick hanya disebut sebagai CS sahaja dan didak digabungkan dengan bentuk atau nama lainnya. Disebabkan tiada keperluan untuk kita fokus sebenarnya di setiap bentuk gabungan CS berkenaan.

SahVCS mengekalkan SIDEWAY adalah asas penting dalam perjalanan graph





Sideway adalah asas didalam SahVCS (Sideway as Hint, Visual Control System)



πŸ‘‰Kita tidak akan lihat sesebuah negara yang maju hari ini akan muflis teruk pada keesokan harinya kerana berlaku DOWN TREND.



πŸ‘‰Kita juga tidak akan melihat sebuah negara miskin akan terus kaya raya esoknya hanya kerana berlaku UP TREND.

πŸ‘‰Kita juga tidak boleh hidup dengan hanya menyedut nafas tanpa menghembus keluar.



Sebenarnya forex adalah mengikut hukum alam ianya bergerak secara moderation dan memerlukan penyeimbangan sekiranya kita melihat pada jarak yang luas.




Kita hanya perlu mendisplinkan diri dan menguatkan emosi dengan memahami apa yang disampaikan di blog ini sebagai panduan.

SahVCS menerangkan perbezaan saham dengan forex trading


Saham adalah suatu perdagangan sehala yang mana ianya dinilai dari ekuiti syarikat itu sendiri dan di nisbahkan dengan sandaran pemalar yang diberikan oleh bursa saham.


Forex trading pula adalah nisbah nilaian matawang pertama berdasarkan matawang kedua didalam pairnya contoh UsdCad ini bermaksud nilaian USD1 adalah bersamaan dengan nilaian PIPs yang tertera di skrin mt4 semasa.

Dengan saham adalah perdagangan sehala maka ianya adalah hanya untung jika market didalam keadaan up trend. Manakala akan terus rugi jika ianya berada di down trend.

Forex trading melakukan perdagangan secara 2 hala. Iaitu ianya seperti kaedah matematik Y/Z. Kita ambil satu contoh pairs untuk memahaminya secara mudah. UsdJpy




πŸ‘‰  Usd adalah Y
πŸ‘‰  Jpy adalah Z

Sama seperti Usd/Jpy.

Jadi semasa USD kuat ianya akan membentuk UP TREND

manakala sebaliknya

 Jika JPY kuat ianya akan membentuk DOWN TREND.

Ini adalah sebab mengapa kita masih boleh untung jika pasaran UP TREND kita buy begitu juga di pasaran DOWN TREND kita sell

SahVCS menerangkan mengenai PIPs dan money changer serta perbezaannya dengan forex trading


Apakah itu PIPs yang ramai sebutkan bilamana ianya berkait dengan kadar tukaran matawang.




πŸ‘‰ PIPs adalah bermaksud butiran halus pasir yang digunakan sebagai istilah nilaian angka berserta titik perpuluhan yang tersenarai di bahagian tepi graph berkenaan.

Money changer juga mengunakan kaedah yang sama dalam pengiraan begitu juga dengan forex trading dan juga saham.





Cumanya money changer berurusan dengan client iaitu kita sebagai penukar duit di premis berkenaan dengan nilaian 2 atau 3 titik perpuluhan . Maksudnya 123.XX atau 123.XXX begitu juga dengan saham. Manakala forex trading berurusan dengan kita mengunakan 4 atau 5 titik perpuluhan.

Atas sebab itu mengapa kita lihat mengapa begitu banyak pusat tukaran matawang tumbuh dan tidak gulung tikar. Sebab mereka mengurangkan risiko dan mengambil lebihan yang banyak untuk keuntungan semasa kita berurusan semasa mendapatkan tunai.

SahVCS menerangkan mengenai pairs-1


Didalam mt4 anda bukanlah sekadar melihat value pips atau angka hanya didalam application tetapi anda sebenarnya berada di dunia nyata dengan nilaian semasa matawang.


Pairs adalah NISBAH GABUNGAN DUA MATAWANG.

Mari lihat contoh dibawah yang mana setiap satunya adalah dari kadar tukaran asing dan satu lagi ditunjukkan melalui mt4





Dari sini akan saya sambungkan lagi mengenai pips, perbezaan money changer dengan forex trading dan juga saham

SahVCS menerangkan pembahagian matawang


Didalam mt4 kita akan dapati berbagai pilihan pairs yang boleh ditrade. Persoalaannya adakah ianya semua sama?

πŸ‘‰ Jawapanya: TIDAK SAMA.

Gabungan USDXXX atau XXXUSD adalah merupakan major pairs yang bersifat lebih stable.




Selain gabungan diatas kita akan menamakannya di dalam kelompok minor pairs yang mana ianya lebih kurang kestabilannya berbanding major pairs.

Selain itu juga pilihan pairs yang mempunyai spread yang rendah adalah keutamaan utama para traders untuk kekal bertahan di persada forex.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari info FX di Blog ini :